Bab 9

853 21 5
                                    

"HOW is your first day? Smooth?" tanya kak Med sebaik sahaja aku menghempaskan tubuh ke atas sofa di ruang tamu.

"boleh-boleh aje la. Mungkin kena biasakan diri dulu kut, baru orang kawan." balasku sambil membuka lilitan selendang yang aku pakai. Kak Med tersenyum.

"seronok lah tu, bos dia kacak gila! Boleh lah hadap encik Thaqiff tu hari-hari..ahhh.. Untungnya." aku hanya mencebikkan bibir. Yalah tu untung.

"apa yang untungnya? Nia akan jadi bosan lagi adalah. Asyik hadap muka dia je. Kalau pandang kiri, confirm nampak muka mamat tu.." jelasku penuh teliti. Kak Med kelihatan hairan. Mulutnya berhenti mengunyah buah epal.

"kenapa kena pandang kiri pula?"

"ye lah, kiri. Sebab bilik encik Thaqiff tu sebelah bilik Nia je. Yang pisahkan kami hanya dinding cermin lutsinar. Ofcourse can see through!"

Mata kak Med bulat memandang aku. Tu ekspresi tak percaya cerita aku lah tu.

"serius ke?"

"ye la!"

"kut ya pun baru balik dari kerja, bawa-bawalah mandi dulu Dania oiihh..." tegur ibu secara tiba-tiba. Kak Med dan aku tersengih sahaja. Ibu mengambil tempat di sebelah aku dan matanya terus tertancap ke arah televisyen. Haihh.. Ibu ni suka sangat tengok drama slot akasia kat tv3 ni. Lengan ibu aku peluk manja sekali.

"penatlah, bu.."

Ibu ketawa kecil. Kak Med pula menjeling, mungkin cemburu aku manja-manja dengan ibu.

"sudah, jangan malas-malas pergi naik mandi cepat."

Arahan ibu aku patuh. Aku segera mencapai beg tangan dan selendang aku, seterusnya naik ke bilik.

AKU mengesat mata. Pukul berapa dah ni? Aku tengok jam di dinding. Terbeliak mata aku.

WOI DAH 8 PAGI!!!

aku segera menolak selimut dari terus membaluti badan aku dan ke bilik air dengan pantasnya. Nasib lah tengah ABC. Tak adalah kalut pasal subuh. Aduh Dania.. tu lah mimpi ada skandal dengan Kim Woobin lagi kan dah lewat bangunnya!

aku menggigit bibir sambil membelit sahaja shawl chiffon yang aku beli semasa bercuti ke Jordan 2 tahun lepas. Jadi ke tak, belakang cerita. Yang aku tahu, aku kena pantas! Selepas mencucuk jarum peniti yang terakhir aku segera mengambil beg tangan dan turun kebawah dengan tergesa-gesa. Second day dah berani buat kepala. Haih.. naya-naya.

"Ibu! Orang nak cepat ni, esok je lah orang sarapan kat rumah!" Jerit aku sambil terkial-kial menyarung kasut.

"Apa kamu merepek ni Dania? Kamu demam ya?" Soal ibu pula.
Aku mengerutkan kening. Perlahan-lahan ibu datang ke arah aku. Lalu, ditekapkan telapak tangannya di atas dahi aku.

"Kenapa pula bu?"

"Cuba tengok jam tu sekarang pukul berapa.."

Oh no.. aku ada dapat this feeling. This... ugly feeling and... ya Allah! Now i know! Aku teringatkan sesuatu.

"Huaaa ibu!!!!! Apa ni!!!!! Kenapa ibu tak tukar bateri jam Nia lagi? Mati-mati Nia ingat Nia dah lewat!" Aku mengeluh sambil membuka semula kasut sarung yang telah aku pakai tadi.

Aku atur langkah longlai ke dalam rumah semula.

hampeh punya jam. Baru nak masuk 6:40 AM rupanya. Apalah nasib. Patutlah rasa mengantuk je lagi.

"Nia.. Nia.. bangun,"

Aku tersentak apabila ada tangan menepuk bahuku. Aku mengerling ke arah jam rumah. 7:20 AM. Sah, Sah kau terlelap Dania. Aku mengesat tepi bibir. Kot-kot lah ada ayaq liuq satgi.. malu kat orang ja.

suka, sayang, cinta!Where stories live. Discover now