"KAK Med.."
"ya?"
"ada orang cari kakak tadi." balasku dengan selamba.
Sedap pula mi goreng yang ibu beli ni. Tahu tadi aku order 2! Mamak ni memang hebatlah masak mi goreng. Macam manalah agaknya ya? Nanti google saja! Eh! Siapa yang sembur aku ni? Aku dongak ke atas. Kak Med!!!! Aku mendengus kasar.
"kak Med! Apa ni? Habislah mi goreng Nia...."
"hah?! Siapa? Apa namanya?" soal kak Med sambil mengelap mulutnya, laju.
"Tha...Thaqiff kut, kalau tak silap." kata aku sambil mengherotkan mulut. Hish! Hati aku masih panas lagi ni sebab mi goreng tadi. Tak pasal-pasal kena sembur.. Apalah nasib. Aku hanya mampu merenung sayu ke arah mi goreng itu.
"HAH?! Tha..Thaqiff? Oh my god! I'm dead!!!" jerit kak Med.
"chill, sis.." satu jelingan padu aku berikan kepada kak Med. Gelabah sangat kenapa? cuba ambik khursus chill macam aku ni.
"jom teman kak Med jumpa dia! Please Nia.. It's urgent.. Jomlah!"
"Nia lapar tahu tak?!"
"nanti sampai KLCC, kak Med belanja Nia makan di O'Briens, ya? Please...."
"hmm, yelah. Kejap. Tunggu Nia nak pergi salin baju jap."
Kak Med mengangguk cemas. Entah apalah yang dia takut sangat dengan klien dia tu. Klien aje kut.. Kemon!
LAJU saja kaki aku melangkah mengikuti kak Med. Laju benar! Nak pergi jumpa klien, macam nak lari dalam pertandingan marathon! Penting sangatkah klien dia tu? Aku nak makan pun, terpaksa tunggu. Ni yang geram ni!
"Kak Med! Nia nak makanlah!" kata aku sebaik sahaja kami masuk ke dalam kafe Harrods. Kak Med memilih tempat yang agak kelam dibelakang. Aku duduk saja bersebelahan dengan kak Med.
"adikku sayang... Boleh tak adik diam dan sabar sebentar? Lepas habis meeting ni kita pergilah makan. Tak pun, Nia pergi la pilih kek apa Nia nak makan buat alas perut dulu." balas kak Med bersahaja. Aku memuncungkan bibir.
"Nia nak makan benda lain! Nia tak nak kek!"
Kak Med menjegilkan matanya kepada aku, tanda sedang memberi arahan.
"untuk alas perutlah! Tolonglah behave, Nia.. Pergi oder kek, lepastu makan dulu. After meeting, I promise you, I will take you to O'Briens. Okay?"
"apa-apa ajelah," balasku sambil berdiri ke kaunter, untuk mengoder makanan untuk mengalas perut.
Sebaik sahaja aku sampai ke meja semula, pinggan yang aku pegang seolah-olah hendak terpelanting ke bawah. Kaki pun rasa hendak terjelepok di lantai. Lelaki itu turut memandang aku, lama. Dengan pantas, aku terus melabuhkan punggung di sebelah kak Med.
Jadi.. Inilah Thaqiff, ya? Ermmm... Not bad. Muka dia macam cina tapi macam korea campur melayu pun ada. Mix... Tapi kenapa muka dia macam teringatkan aku pada seseorang ya? Sementara mereka sedang berbincang, aku mengambil peluang yang ada untuk menilik muka Thaqiff puas-puas. Muka dia macam.. Daniel. Ahh.. Ngilunya hati teringatkan Daniel. Lelaki itu mesti sudah bahagia dengan hidup dia. Move on, Nia!
"oh, sorry, this is my sister, she just came back from her studies in Auckland. Dania Khadijah." aku berhenti menyuap kek blueberry cheesecake kedalam mulut apabila kak Med memperkenalkan aku kepada kliennya, Thaqiff. Aku tersenyum kecil sambil menundukkan kepala sedikit kepada lelaki berhadapan kak Med itu. Dia juga turut melakukan perkara yang sama.
"Khadijah kerja dimana sekarang?" tanya lelaki itu.
Aku hampir sahaja tersedak! Khadijah?
"err, Nia. Just call me Nia or Dania. Saya tak berkerja lagi buat masa ni. Saya baru habis belajar, so I'm thinking of taking a break."
Lelaki itu menganggukkan kepalanya perlahan.
"apa major course, Dania?" soalnya lagi.
"business and marketing." lelaki itu mengerutkan keningnya kemudian mengangguk lagi. Dia mengeluarkan sesuatu dari beg dompetnya dan menghulurkannya kepada aku.
"Ni, kad saya. Kalau awak berminat untuk bekerja dengan saya, then give me a call. Saya memang perlukan seorang head manager di syarikat saya."
Aku terkejut. Ketua pengarah?! Aku? Whoaaa.... Peluang besar ni Dania!
"how much?"
Lelaki itu kemudiannya tersenyum kecil. Kak Med pula mencubit peha aku. Laaa... Salah ke tanya gaji berapa?
"RM 6000, okay?" harga yang ditawarkan oleh lelaki itu memang menarik perhatian aku. Enam ribu woi! Siapa nak bagi banyak tu? Kerja sebagai ketua pengarah, tak susah mana pun.. Kan? Aku mengangguk laju.
"I'll take it Encik Thaqiff! Thank you for offering." kata aku dengan nada gembira. Tapi... Perniagaan dan syarikat jenis apa yang dia ni lakukan?
"but actually, what kind of business, you're handling Encik Thaqiff?" soalku semula.
"furnitures.. and tiles." kali ini aku pula yang terangguk-angguk.
"okay ladies, I gotta go. So, Dania. I'm going to see you tomorrow. Bye." selepas meminta diri, lelaki itu terus berlali dari tempat itu. Aku menekapkan tangan aku rapat ke dada. Ah!!! Leganya bila dia dah pergi. Tak tahu kenapa hati aku rasa macam sesak apabila melihat muka lelaki tadi. Kacak macam Lee Dongwook! Tak, lagi kacak dari Lee Dongwook!
"Nia ni dah kenapa?" tanya kak Med dengan wajahnya yang penuh kehairanan.
"patutlah kak Med laju aje nak pergi jumpa klien. Rupanya klien dia kacak gila!" kata aku tanpa berselindung. Kak Med membulatkan matanya.
"Nia suka dia ke?"
Aku tersengih. Suka? Tak lah kut. Mana mungkin aku suka dia jika hati aku masih teringatkan Daniel Lee? Ahh Dania! Balik-balik nama Daniel juga yang kau sebut..
"cuci mata boleh lah, Kak Med. Suka tu tak lah kut." kata aku jujur. Kak Med tersenyum sinis.
"ye lah tu...."
"Kak Med, dia tu siapa sebenarnya?" tanya aku kepada kak Med. Kak Med meneguk airnya sebelum menjawab pertanyaan aku.
"siapa, apa maksud Nia?"
Aku mengherotkan bibir.
"maksud Nia, dia tu sebenarnya orang apa? Dia mesti anak orang kaya kan?"
Kak Med mengangguk.
"itu memang sudah tentu! Dia tu ada syarikat sendiri, ada kafe sendiri. Oh.. Dia pure chinese."
"ta..tapi namanya Thaqiff?"
"dah convert."
Okey. Statement kak Med akhir tu memang buat aku terkejut. Chinese...? Sangkaan aku memang tepat. Cuma tersasul sikit saja. Ingatkan mix.. Cina asli rupanya. Dia convert? Tersentuh aku dengar.
"tu, habiskan kek tu." balas kak Med yang tak sedar aku mula membisu.
"tiba-tiba kenyang pula. Kakaklah yang habiskan, Nia nak pergi shopping baju kerja. Bye!"
YOU ARE READING
suka, sayang, cinta!
RandomTerlibat didalam kancah menyukai seseorang dalam diam membuatkan Dania Khadijah melupakan hasrat untuk bercinta. lain yang diharap, lain yang datang. Cinta yang tak sempat diungkap, dibiarkan sahaja. Dia tidak sanggup untuk menaruh harapan lagi. Bia...