AKU berjalan membuntuti cikgu Nadim. Ceh! Kata tak takut konon, padahal dah terketar lutut. Apa lah yang cikgu baru seorang ni tak puas hati dengan aku ya? Aku conteng kertas saja. Tapi kau pun sama saja Nia.. Kau menjawab!
"apahalnya ni cikgu Nadim?" tegur ketua pengawas a.k.a senior aku a.k.a Umar Firasy.
Cikgu Nadim berhenti serta-merta. Nasib lah aku tak terpeluk dia. Kalau tidak, gosip murahan saja. Dah la si Umar.. Alamak! Mamat ni pula dah.. Jangan dia sekepala dengan cikgu ni juga sudah lah."ada masalah disiplin sikit."
Mata Umar membulat memandang aku tidak percaya. Ya, Umar.. Saya pun tak percaya saya buat hal dengan cikgu baru ni. "Setahu saya Dania ni tak pernah buat masalah disiplin sebelum ni. Dia buat apa cikgu?"
"oh seriously? Mungkin saya kacak sangat kut sebab tu dia nak tarik perhatian saya." balas cikgu Nadim dengan nada bergurau. Umar sudah ketawa terbahak-bahak.Ohh please! And oh seriously!? Aku nak perhatian dia? Sebab dia kacak? Eeee! Perasannya Sir Nadim ni! Ingat aku semurah tu ke?
"okey lah cikgu, saya gerak dulu ke kelas. Cikgu denda saja budak ni. Dia nakal tu!" kata Umar sebelum beredar.
Kurang asam punya Umar! Tadi back up aku sekarang sekepala dengan cikgu Nadim ni pula.
"cepat jalan. Ikut saya," arah lelaki itu. Huh.. Bukannya aku nak lari pun. Aku tahulah.
Sampai sahaja dibilik guru dia duduk di tempatnya. Tangannya menongkat dagu memandang aku yang sedang berdiri di depan mejanya. Pandangan yang tajam dan dingin... Do I care?
"apa masalah awak dengan saya sebenarnya?"
Pulak dah.. Patutnya aku yang tanya kau soalan tu! Aku menundukkan pandangan.
"saya tanya jawab lah!"
"saya.. saya.."
"Daniel, Daniel Lee!"
Aku mengerut dahi. Aih.. Aku tengah nak explain dia pergi sebut nama Daniel Lee kenapa? Mata aku masib tertancap kepada kasut sekolah di bawah.
"ya, cikgu?"
"awak kenal budak ni?"
"namanya Dania.. Dania Khadijah." suara.. Daniel. Aku pantas mengangkat muka. Aku menelan air liur. Alamak.. Memang Daniel. Malu lah aku! Mana nak sorok muka?? Mesti dia ingat aku bad girl!
Aku buat senyum pelik sahaja kepada Daniel. Dia membalas senyumanku semula.
"kamu berdua ni ada apa-apa ke?" aku dan Daniel sama-sama tersentak. Aku menunduk kan pandangan. Pipi aku dah panas macam kuih pau goreng!
"kami cuma kawan."
Cuma kawan.. Ya.. Kita berdua hanya kawan. Betullah kata-kata Daniel. Kami hanya kawan. What do you expect, Dania Khadijah?
"kalau macam tu, kamu balik kelas dulu Daniel."
"baik."
"yang awak blushing kenapa? Suka kat dia?"
"mana adalah!" aku menafikan. Sosodap molot je dia tuduh!
Cikgu Naddim kembali tersenyum sinis.
ARGHHH...!
YOU ARE READING
suka, sayang, cinta!
RandomTerlibat didalam kancah menyukai seseorang dalam diam membuatkan Dania Khadijah melupakan hasrat untuk bercinta. lain yang diharap, lain yang datang. Cinta yang tak sempat diungkap, dibiarkan sahaja. Dia tidak sanggup untuk menaruh harapan lagi. Bia...