SETELAH dua bulan aku berkawan dengan Daniel, hidup aku mula ceria. Daniel seorang yang baik hati. Hari ini, aku terima surat daripada Daniel pada waktu rehat. Aku perlahan-lahan membuka sampul surat itu sesudah sahaja aku masuk ke kelas.
Jumpa I di belakang sekolah. I've got something to tell you.
~D.L
"Hoi! Surat daripada siapa tu ha? Suka benar nampaknya! Daniel eh......." Farhana mula mengusik aku. Cepat-cepat aku simpan surat itu. Aku tersenyum sambil mengangkat bahu.
"no comment!"
kami berdua ketawa. Farhana menepuk bahu aku perlahan.
Kring!!
Bunyi loceng menandakan waktu persekolahan sudah tamat mula berkerincing. Aku cepat-cepat mengemas segala barang dan peralatan sekolah ke dalam beg. Aku tak nak Daniel tertunggu-tunggu.
"Nia! Nak ke mana tu? Tunggu aku!" tegur Farhana.
"belakang sekolah! Sorry! Bye!! Gotta go!" aku terus bergegas meninggalkan Farhana seorang diri.
Kelihatan kelibat Daniel sudah berdiri sambil bersandar tenang di dinding sekolah. Aku mula rasa kekok dan.. Malu. Tarik nafas Dania! Erk.. Tapi takut pun ada.. Kut-kut lah ada pula nanti gosip panas keluar. "junior dan senior bertut tut di belakang sekolah." huh! Naya.
Kaki aku sudah pun terpacak dihadapan Daniel.
"apa yang awak nak cakap kan?" aku mengerut dahi.
Daniel hanya berdiam diri. Err.. Is he being too serious?
"Dania.."
"yes?"
"do you like me?" soal Daniel sambil matanya mula merenung anak mata aku.
Alamak.. Soalan apa yang diberi oleh Daniel ni? Apa yang aku nak jawab? Yang benar atau yang palsu? Wey.. kita budak sekolah lagi.
"i don't care what ever your answer is.. But if you're liking me all this while, then please stop."
Aku tersentak. Terpana. Terpaku. Kata-kata Daniel seolah-olah mengoyakkan hati aku. Please stop?
"but why suddenly Daniel?" suara aku mula bergetar. Hold it in, Dania.. Not yet.. Not infront of him.. No!
"it's because we can't Dania! We can't. We are both in different religions. We have different believings. You sanggup tinggalkan agama you demi i? Tak kan?"
"now you're talking nonsenses Daniel. Saya benci awak! Saya ingat awak ikhlas berkawan dengan saya, walaupun kita berlainan agama. Tapi saya salah!"
Aku terus lari meninggalkan Daniel seorang diri. Tinggalkan agama? Astarghfirullah.. Tak pernah terlintas langsung. Kalau macam ni lah the true colours of Daniel Lee, berkawan dengan awak pun saya tak mahu!
Tanpa sedar air mata mula bercucuran sendiri. Aku berdiri di bawah pokok sendirian, menyeka setiap air mata yang turun sendirinya.
"Dania Khadijah.."
Daniel? Apa yang dia buat disini? Aku pantas menyeka air mata yang laju merembes keluar.
"apa yang awak buat disini? Pergi! Saya tak nak tengok muka awak."
"I minta maaf. I'm deeply sorry."
"how can you make a conclusion all by yourself when you don't even listen to my answer yet? What makes you certain about me liking you all this while?"
Haa kan dah keluar! Daniel yang berwajah kusut. Tak kacak.
"about you liking me, I don't know. Tapi I dapat rasakan yang you memang ada perasaan kat i. kita masih muda lagi, Nia. I akan pergi tinggalkan you selepas SPM. I akan sambung belajar di tempat lain. Kemungkinan untuk kita berjumpa sangat tipis. I tak mahu kita mempunyai hubungan yang macam itu. Pasal agama juga, I tak mahu libatkan dengan you. Keluarga I pun takkan benarkan I convert kepada Islam. I pun tak mahu tinggalkan agama I. I harap you boleh terima. I hope we can continue being friends.. Just let's remains as.. Friends."
Panjang lebar Daniel menjelaskan. Aku mengangguk. Menyeka sisa air mata.
"okey. Goodluck for your SPM."
Itu saja yang terluah dari bibir aku. Cukup lah persahabatan kita sampai disini saja. Saya sukakan awak Daniel. Saya lain. Saya tak anggap awak sebagai kawan. Aku mula hendak melangkah pergi namun lengan aku ditarik oleh Daniel. Whoa!!
"hands off Daniel.."
Dia pantas melepaskan pegangannya dari lengan aku.
"Jangan nangis lagi. Balik cepat. Jangan singgah mana-mana, okey?" arahnya.
Diam.
"okey?"
"hmm.."
Daniel senyum lebar semula. Aku hanya berdiam diri dan terus melangkah pulang ke rumah. Tak ada mood! Muka kacak dia pun dah tak terasa kacak dah. Sampai hati budak cina ni buat aku macam ni sekali. Huh!
YOU ARE READING
suka, sayang, cinta!
RandomTerlibat didalam kancah menyukai seseorang dalam diam membuatkan Dania Khadijah melupakan hasrat untuk bercinta. lain yang diharap, lain yang datang. Cinta yang tak sempat diungkap, dibiarkan sahaja. Dia tidak sanggup untuk menaruh harapan lagi. Bia...