"HELLO Thaqiff, i met her!"
"Ha.. Assalamualaikum. Ada apa kau telefon aku ni? Met her? Met who? Jangan cakap kau jumpa...."
"Waalaikumussalam. Hish. Sempat lagi kau perli aku. Yes, Aku jumpa dia. Masa aku ambil Farhana di kafe kau tadi, dia ada di situ."
"Kafe aku? Dania Khadijah? Seriously bro?"
"Ye serius lah! Takkan aku nak main main pula?"
"Thank God.. all praises to Allah."
"Go find your love Thaqiff!!!"
"Terima kasih bro! Assalamualaikum!"
"Waalaikumussalam."
"THATS it."
"Itu je?" Aku tercengang. Eii.. tak kan itu aje. Wait.. Patutlah Nadim beria tanya pasal Thaqiff lepas tu asyik tersasul je. Memang betul rupanya sangkaan aku.
"Yang telefon awak tu.. Nadim? saya serius tak faham. Macam mana awak semua boleh berkawan dengan dia sedangkan kali terakhir saya berjumpa dengannya dia masih lagi cikgu kepada kita semua.."
Thaqiff tersenyum tenang. Aku masih lagi merenung ke arahnya. Mata aku seperti meminta penjelesan.
"Kalau awak nak tahu, Nadim tu senior sekolah kitalah. Bekas team rugby sekolah kita juga. Mestilah saya kenal dia,"
"Tapi.. awak panggil dia cikgu?"
"Memanglah. Dalam sekolah dia cikgu, luar sekolah dia tetap kawan dan senior saya."
Dia ketawa sebelum menyambung ayatnya.
"Lagipun he is not a real teacher yet anyway, dia cuma guru praktikal saja waktu tu."
Aku mencebik geram. Tak puas hati sebenarnya.
"Macam mana saya seorang saja yang tak tahu menahu pasal ni ya? Jadi... awak tahulah yang dia bertunang dengan Farhana? dan.. Farhana tahu jugalah awak sebenarnya Daniel?"
"Banyaknya soalan awak. Baiklah, biar saya jawab satu-satu soalan awak tu. Tentang pertunangan Nadim dan Farhana tu, sudah semestinya saya tahu. Nadim kan kawan saya. Tapi pasal Farhana tu... saya tak sure. Lastly, kalau pasal kenapa awak seorang je yang tak tahu saya rasa sebab awak sibuk merajuk kut masa tu," seraya itu dia ketawa kuat. Aku menjeling Thaqiff. Jeling-jeling pun tersenyum juga kau Nia!
"Jangan nak mengusik saya ya? Saya masih nak dengar penjelasan awak ni. Maknanya bila saya angkat telefon kak Med tu... awak tahulah saya siapa? Awak sengaja buat macam tu?" Aku mula menebak Thaqiff dengan soalan-soalan maut. Maut ke?
"Oh yang pasal telefon tu.. saya pun tak sangka awak angkat. Dan saya tak tahu pun awak adik kepada Medine. Saya rasa ni jodoh kita kot, awak tak rasa macam tu?"
Tiba-tiba aku dihurung rasa malu pula kerana menyangka yang bukan-bukan tentang lelaki ini. Tersedak air liur aku. Jodoh?
"Kebetulan lah. Tapi bila kita jumpa di KLCC tu kenapa awak pura-pura tak kenal saya?"
"Bukan pura-pura. Saya terkejut sebenarnya awak ada disitu. Tapi awak tak kan tak cam muka saya langsung?" Dia memanggung kepala di atas lututnya, memandang tepat kearah aku. Mengharapkan sebuah jawapan dari aku. Aku buat-buat berfikir.
"Saya ada cam sebenarnya. Tapi nama awak Thaqiff, saya tak naklah tegur. Kang salah orang buat malu saya je. Oh. Lagipun masa tu saya tak tahu pun awak convert ke tidak. Saya tak puas hati betul bila awak pura-pura tak kenal saya selama ni.." balas aku sambil mengherotkan bibir tanda geram.
"Saya seronok tengok awak. Yelah, sebab lama tak jumpakan. Saya ingat bila saya ambil awak bekerja awak cam lah siapa saya. Rupanya awak langsung tak ingat siapa saya. Kecewa saya.. macam-macam klu saya bagi dalam kereta haritu."
Erk. Terkedu lagi. Klu? Dalam kereta...? Maknanya.. gadis yang dia ceritakan itu adalah..
"Yes awaklah perempuan yang dalam cerita saya tu." balasnya seperti tahu tahu saja apa yang bermain di kepala aku.
Aku kehilangan kata-kata. Berbahang rasanya muka aku ni. Penghawa dingin disini pun tidak dapat menyejukkan pipi aku yang semakin panas dek menahan malu. Thaqiff ketawa.
"Oh kenapa ya muka awak semerah tomato ni? Biar saya teka! Awak malu sebab awak teringatkan apa yang awak ceritakan tentang saya di kafe tu kan?"
Oh annoyingnya!
Aku harap ada lubang tanah didepan aku sekarang supaya aku boleh kambus diri aku sendiri 7 kaki ke dalam tanah. Malunya sampai langit ke 7! Patutlah sampai merah muka dia gelak haritu sebab aku cerita kan tentang dia. Kisah puppy love aku.. okey rasa macam nak menjerit sekarang. Ingat Tuhan Dania!! Aku menutup muka dengan kedua-dua belah telapak tangan. Enggan melihat muka Thaqiff lagi. Mesti dia akan bahan aku lebih teruk lagi. Oh Dania... malangnya nasib mu!
"saya suka kisah puppy love awak. Veerrrrry much. Sangat menarik. Kejam betul budak cina sepet tu ya? Awak kata dia kacak tapi awak nak tendang dia.. hairan saya tapikan, dahsyat plus comel betul awak ni."
Dia perli aku!!!
"Thaqiff.. janganlah perli saya. Saya benci awak. Awak jahat."
"Tapi saya tak benci awak, saya suka awak."
"Awak kata kita tak boleh bersama. Awak tak boleh suka saya, saya tak boleh suka awak."
"Itu kata kata Daniel Lee yang tak matang 10 tahun dulu. Kenapa pula saya tak boleh suka awak?"
Aku mengangkat muka memandang Thaqiff yang sedang tersengih. Matang sangatlah sekarang ni? Aku mencebik bibir.
"Tanyalah Daniel Lee!"
"Esok saya tanya dia ya?" Eee!! Dia berloyar buruk pula dengan aku. Aku berikan dia sebuah jelingan tajam. Dia? Dia seperti biasa tersenyum sahaja.
"saya dengan awak sama je. Kita dua-dua makan nasi. Tak ada sebab untuk saya tak boleh suka awak." Sambungnya lagi.
"Tapi saya tak suka awak."
"Tapi saya suka awak. Sangat-sangat."
Tersentak. Dup. Dap. Dup. Dap.
"Dah lah, lama sangat dah kita kat sini. Nanti ibu dan ayah awak syak yang bukan bukan pula. Tak pasal-pasal saya dituduh bad guy sebab buat anak mereka nangis." kata Thaqiff selamba, serentak berdiri dan menepuk habuk di belakangnya. Aku turut berdiri juga.
"Muka saya okey tak?" perlahan sahaja suara aku menyoal. Malu sebenarnya.
"tak okey.. ada something yang tak kenalah Dania." Dia mengerutkan keningnya. Seolah-olah mencari sesuatu di muka aku.
Aku mula panik. Apa yang tak kena? Mekap aku bercelaru sangat ke? Tangan aku mula menyentuh muka, risau.
"You forgot something. Something precious.."
"Apa dia.."
"senyuman awak yang berlesung pipit tu." Dia tersenyum memandang aku yang masih bermasam muka.
"Senyum lah sikit." pintanya.
Aku turutkan juga permintaannya kerana malas untuk memanjangkan isu.
"Sikit macam ni?" Aku tunjuk ke arah muka aku. Dia mengangguk laju dan bibirnya masih lagi tidak jemu memberikan aku senyuman.
"Yes macam ni. Sikit je. Jangan senyum lebih-lebih, nanti ada yang sakit jantung sebab diabetes."
Oh Tuhan!
YOU ARE READING
suka, sayang, cinta!
RandomTerlibat didalam kancah menyukai seseorang dalam diam membuatkan Dania Khadijah melupakan hasrat untuk bercinta. lain yang diharap, lain yang datang. Cinta yang tak sempat diungkap, dibiarkan sahaja. Dia tidak sanggup untuk menaruh harapan lagi. Bia...