Bab 16

883 30 2
                                    

"NIA pergi mana tadi? Puas ibu cari," aku meraih tangan ibu.

"Borak-borak saja dengan Thaqiff." Balasku. Ibu melihat belakang aku seperti mencari sesuatu.

"Ibu! Cari apa?"

"Mana Thaqiff nya? Segak betul si Thaqiff tu. Ada mix ke?"

"No.. he's pure chinese.."

Ibu tercengang.

"Dah peluk Islam lah ibu."

barulah ekspresi wajahnya kembali seperti biasa. Kalau tidak tadi macam tercekik tulang ayam saja. Ibu tersenyum kemudiannya. Aku yang melihat jadi risau.

"Ibu dah kenapa senyum sorang-sorang? Ayah mana?" soalku sambil mata melilau di sekitar kawasan dewan mencari kelibat ayah. Kenduri orang lain, dia pula yang sibuk!

"Aih, ibu nak senyum pun tak boleh ke? Ayah kamu tu biasa lah, dia berkepit dengan Uncle Hairil tu saja sebab lama tak jumpa. Macam tu lah gayanya. Eh, kamu tak jawab lagi soalan ibu. Mana Thaqiff?"

aku terkejut apabila melihat Thaqiff berjalan ke arah kami namun dari arah belakang ibu. Macam tahu-tahu saja sedang sebut nama dia. Panjang umur! Aku memuncungkan bibirku kebelakang. Ibu toleh kebelakang dan tersenyum lebar melihat gerangan yang menyapanya itu.

"Maaf tadi saya pergi macam tu je," kata Thaqiff kepada ibu. Ibu dengan senyuman lebarnya menggeleng kepala.

"Tak apa pun." balas ibu. Dari tadi matanya asyik tertancap ke arah lelaki itu saja. Bercahaya pula tu! Dah berkenan sangat ke?

"Kamu berdua memang sudah kenal sejak sekolah menengah ke?" Soal ibu sekali lagi. Aku malas-malas menganggukkan kepala. Begitu juga Thaqiff.

"ya auntie, saya kenal si Nia ni memang sejak dulu lagi. Dia memang rapat dengan saya pun dulu. Kan awak?" Thaqiff menyiku lengan aku. Aku berpura-pura ketawa. Rapatlah sangat ya..

"macam tu lah.." balasku. Ibu ketawa mendengar respon aku.

"Thaqiff dah berkahwin ke?"

"Macam mana nak kahwin auntie kalau calonnya pun tak ada? Yang sebelah saya ni harga sahamnya tinggi benar.."

Aku terkedu buat sekian kalinya lagi. Aku?

Seraya itu, ibu menampar lembut peha aku.

"Kalau orang dah suka tu terima sajalah. Jangan nak jual mahal sangat. Awak tu bukannya muda lagi Dania Khadijah. Dah lah, malas ibu nak layan. Ibu pergi berborak dengan Auntie Sarimah lagi bagus." dia bangkit dari duduknya dan meninggal kan kami berdua. Aku masih lagi terpinga-pinga. Apalah salah aku? Kenapa aku dijadikan sebagai mangsa keadaan? Kak Med pun masih belum kahwin lagi. Kenapa aku yang didesak?

"Betul tu. Umur awak tu makin meningkat. Bukan menurun ya cik Khadijah." tambah Thaqiff selepas ibh beredar. Dia menyokong lagi kata-kata ibu tadi. Aku memberi Thaqiff jelingan halus.

"Awak cakap orang, awak pun sama saja!" Aku menjelir lidah. Dia julingkan matanya ke atas.

"semuanya terserah pada awak."

"Apa maksud awak? Kenapa terserah kepada saya pula? Hee.. pening lah saya. Awak yang nak kahwin kenapa terserah pada saya pula? Apa awak ingat saya ni miss wedding planner ke?" Aku mula merungut. Geram pulak rasanya.

Dia ketawa dan mengangguk. Tak lama kemudian dia berwajah serius sambil jari telunjuknya diletakkan di dagu. Seolah-olah sedang berfikir.

"Memang itu pun yang saya fikirkan. Bila kita kahwin nanti, awaklah miss wedding plannernya. Tak ke lebih istimewa perkahwinan kita nanti kalau kita sendiri yang atur sendiri for everything?"

Hanya ada beberapa perkataan sahaja yang aku dengar.

Perkahwinan kita.

Kita?

Aku dan Thaqiff?

"Siapa nak kahwin dengan awak?" Aku menjeling Thaqiff sekali lagi.

Dia membetulkan duduknya dan bersilang kaki untuk lebih selesa. Asyik betul matanya dari tadi memandang aku. Cucuk nanti tahu lah! Oh. Oh. Senyuman itu. Senyuman sengetnya yang membunuh itu!

"Wh..what? Why are you smiling like that to me?"

"you really want to know who huh?" Dia merapatkan jarak tubuhnya dengan aku. How dare!

"Yes," aku balas juga. Tak mahu kalah. Sikit pun aku tak berganjak walaupun dia semakin hampir. Dia tak akan berani buat gila di majlis orang. I know him.

but what if he do so?

Aku ketap bibir.

"Balik nanti, awak naik bilik awak, tengok lah depan cermin. You will know who." Dia kembali ke posisi asal. Huh Nia.. cakap saja lebih. Padahal dah cuak! Peluh-peluh sudah dahi aku.

"Nia, jom balik. Ibu dan ayah tunggu dalam kereta dulu ya?" Tegur ibu. Aku mengangguk setuju. Baiklah aku beredar dulu daripada menghadap Daniel aka Thaqiff yang masuk air ni.

"Saya balik dulu, Thaqiff. Assalamualaikum." aku mula meminta diri.

Dia tersenyum manis seperti biasa.

"Waalaikumussalam. jaga diri dan.. jangan tak datang ofis pula hari isnin ya? Jangan culture shock lama sangat. Nanti saya rindu."

Erk. SUNGGUH SELAMBA!

suka, sayang, cinta!Where stories live. Discover now