SEGELAS cawan Hot choco terhidang dihadapan mata aku. Thaqiff tersenyum melihat air yang dibancuhnya. Dia mempelawa aku untuk mencuba hot choco yang dibancuhnya tadi. Aku meniup terlebih dahulu sebelum aku menghirup hot choco tersebut. Ya Tuhan.. this is like the best hot choco ever! Dia memang tak melawak. Air tangannya memang marvelous! Aku menunjukkan 'thumbs up' kepada Thaqiff. Lelaki itu mula tersenyum bangga.
"Sooo.. how was it? Sedap kan?"
Aku mengangguk setuju. "Sedap."
"Tu aje?"
"Apa maksud awak?" Aku menghirup hot choco sekali lagi.
Dia mula memanggung kepalanya dan merenung aku. Aku juga membalas renungan Thaqiff dengan selamba.
"Am i the hottest barista yet?" keningnya terangkat-angkat. Aku tersengih.
"Belum lagi."
Serta merta tawanya terletus. Aku pula yang kehairanan. Dah kenapa gelak pula? Bukan aku buat lawak pun? Aku minum hot choco keluar dari hidung ke?
"Kenapa awak gelak?" Jari aku secara automatiknya menggaru dahi yang tak berapa nak gatal.
"You are so entertaining. Tak menyesal saya ambik awak kerja dengan saya." ketawanya mula reda apabila melihat muka 'saya tak faham' aku. Serius! Dania Khadijah sungguhlah blur hari ini.
"Baru dua hari saya kerja dengan encik- hei.. tu hot choco saya!" Tanpa sempat aku menghabiskan kata-kata, dia menarik semula gelas berisi air coklat itu dengan muka tegang
"What did we discuss about this?"
"Discuss? About what?"
Dia menyepetkan matanya kepada aku.
"Never call me encik.. it sounded so formal. Panggil Thaqiff saja."
Lah.. sebab itu sajakah? Sebab aku panggil dia encik aje muka dia dah ketat? Tapi itu bukan ke benda yang memang harus aku lakukan. Dia bos, aku pekerja. Memanglah harus berformal. Apa-apa sajalah. Malas hendak ambil pusing pasal benda ni.
"This is... an order?"
Keningnya diangkat.
"I hope its not but it is.. so yes, it is an order. Do obey me." Dia menunjuk jari telunjuknya ke atas seolah-olah tanda muktamad. Aii.. berbelit sungguh ayatnya. Tapi aku mengangguk saja janji hot choco aku dipulangkan.
Baru sahaja aku hendak mencapai gelas tersebut, dia menariknya kembali. Kening aku sudah bertaut. Tidak suka perasaanku dipermainkan sebegini rupa.
"Okay tak ni?"
"Okay, okay, apa pula tak okay? okay sangaaaat. Bagi balik saya punya air." sempat juga aku menyelitkan sindiran halus. Dia kelihatan biasa dan akhirnya memulangkan semula air aku. Kali ini senyuman kembali terhias di wajahnya. Aku meneguk air tersebut dengan segera kerana aku perasan yang Thaqiff asyik memerhati gerak-geri aku. Creepy. So much.
"kenapa awak tengok saya macam tu sekali?" soalku teragak-agak. Dia kembali tersenyum sambil memanggung kepalanya.
"Saya masih tak percaya awaklah Miss D yang mereka selalu cerita kepada saya. Miss D memang suka Hot Choco, oh boss she is stunning.. and much more they blabbered about you." Thaqiff mengajuk gaya-gaya pekerjanya membuat aku ketawa perlahan. Oooo mengutuk staf sendiri ya?! Aku bagitahu mereka nanti. Huh. Nakalnya idea kau Dania!
"Oh ya, one more thing, saya memang suka tengok orang makan atau minum. You may think that i am a pedophile tapi saya orang baik. Saya suka tengok saja. Terutamanya awak. Very cute," ujarnya dengan nada tenang sekali.
YOU ARE READING
suka, sayang, cinta!
RandomTerlibat didalam kancah menyukai seseorang dalam diam membuatkan Dania Khadijah melupakan hasrat untuk bercinta. lain yang diharap, lain yang datang. Cinta yang tak sempat diungkap, dibiarkan sahaja. Dia tidak sanggup untuk menaruh harapan lagi. Bia...