Haih , ikut dua ekor jembalang ni buat aku penat .
"Ya ! korang pergi laj , aku tunggu sini . Aku penat lah" kata ku dah tak larat ikut Jiyeon yang berlari macam kanak-kanak kurang zat .
"Ahaha , baiklah" jawab Taehyung yang memahami aku .
Hari semakin malam , tapi memang taman tema dibuka malam . Mata aku dah mengantuk sebenarnya , tambah pula aku penat . Aku berjalan menuju ke bangku lenguh kaki aku .
Buk
"Ahh" aku mengaduh kesakitan apabila badan ku dilanggar oleh seseorang . "mianhae ! jeongmal jeongsohamnida!" aku terus membongkokkan badan ku dan meminta maaf berulang kali walaupun aku tahu bukannya aku yang langgar dia pun .
"gwenchana"
Kepala aku didongak sedikit untuk melihat muka orang yang baru saja merempuh badan kecil molek ku ini .
Eoh ?
"Yoongi ?"
Mirip .
Mirip Yoongi , aku salah tengok ke ?
Min Yoongi Side
Mata aku mengerling sekilas ke arah kakak ku yang berjalan di sebelah . Aku pelik , pergi taman tema dengan pakaian pula dah macam vampire . Iyelah , sekarang kan malam , tapi pakaiannya menutup sana sini . Semuanya hitam dan apa motifnya?
"Yoongi ! noona pergi ke sana sebentar , Yoongi tunggu sini ! jangan pergi mana-mana" katanya dan berlalu pergi dari hadapan ku .
Aku berjalan-jalan seketika menunggu kakakku . Aku tak suka menunggu , rasa aneh . Macam pelik aku ada kakak hah .
Tanpa aku sedari aku badanku merempuh seseorang dari hadapan . Dia membongkokkan beberapa kali badannya sambil meminta maaf ke arah ku .
Setelahnya , dia mengangkat wajahnya . "Gwenchana" tiba-tiba raut wajahnya bertukar menjadi terkejut .
"Yoongi ?"
Giliran ku pula memandangnya hairan .
"siapa kau?"
"Oppa ? Yoongi oppa ? Jangan mengarut oppa tak ingat Shin dah ke ? Mana oppa pergi selama ni hah ?"
Bertubi-tubi dia mengajukan soalan pada ku .
"Yoongi ? Yoongi ?!" jerit noona ku yang tiba-tiba datang melulu ke arah ku . "eh noona.." kata ku dengan dingin apabila nampak Kakak ku berlari ke arah ku . Aku kembali menatap gadis dihadapan ku tadi dengan riak biasa . Aku cuma hairan , macam mana dia tahu nama aku dan apa yang dia mengarut sebentar tadi ?
Min Jungshin Side
"Yoongi ? Yoongi ?!
"eh ..noona"
Apa ?
"kan noona kata tunggu kat sana tadi!" kata wanita itu pada Yoongi . Aku menatap tajam arah wanita itu , peliknya cara pakaian dia tapi macam aku kenal pula siapa dia .
Segera wanita tersebut menarik tangan Yoongi pergi dari hadapan ku , belum sempat wanita tersebut berlalu aku menyambar lengannya dengan cepat dan memandang tepat ke arah anak matanya .
"eh , apa ni .. Lepas lah!" Dengan kasar dia menggertak tanggan ku kuat sehingga genggaman tangan aku pada lengannya terlepas .
Aku hanya menatap kedua insan itu menghilang dari pandangan ku . Aku salah orang ke ? Taㅡtapi , arghhhh !
Aku terduduk lemas .
Tapi kenapa seolah Yoongi tak kenal aku ?
"Shin ! "
"Shin kau okay tak , kenapa duduk bawah ?" Jiyeon yang entah mana datang melulu ke arah ku yang terduduk di atas tanah .
"Aㅡabang aku" aku berkata perlahan sambil menunduk . "Yoongi ?" tanya Taehyung . Aku mengangguk perlahan , Yoongi dah lupakan aku ke ? Tak mungkin aku salah orang tadi !
Jiyeon terus memeluk aku sebaik sahaja terdengar nama Yoongi. Aku pula sudah tak dapat menampung air mata yang dari tadi menampung . Aku menyambut pelukan Jiyeon , melepaskan semua rasa kecewa ku pada Yoongi .
"dah jom balik , nanti kau ceritakan semua pada aku. Okay ?"
= Stand By Me =
"kau nampak Yoongi ? betul ke ?"
"Iye ! aku pasti itu Yoongi , depan mata aku aje Jiyeon !" aku menceritakan semuanya kepada Jiyeon dan Taehyung tentang kejadian sebentar tadi .
"Shin ! aku rasa baik kau rehat dulu , kau banyak fikir tentang Yoongi . AKu tak yakin itu Yoongi. Kau dah lupa ke apa janji Yoongi dekat kau ? dia tak akan pernah lupakan kau betulkan ?" Kata Jiyeon . Aku hanya diam dan memandang kosong ke arah lantai . Tak mungkin lah tadi tu bukan Yoongi .
"tak apa lah . Mungkin betul kata Jiyeon aku banyak fikir , korang balik lah . gomawo untuk hari ni" kata ku
Kim Taehyung Side
aku merebahkan badan ku ke atas katil dan mengimbas kembali wajah perempuan di taman tema tadi .
Aku nampak , ya . Aku nampak perempuan aneh tu . Buat apa dia dekat sana dengan pakaian yang mencurigakan .
dah lah , lebih baik kalau aku tidur . Mungkin aku perlu berjumpa dengannya lagi .
____________
╰( ̄▽ ̄)╭
![](https://img.wattpad.com/cover/49560936-288-k278162.jpg)
YOU ARE READING
[ Stand By Me ] ✔
FanficMin Jungshin merupakan seorang gadis yang tinggal bersama abang kandung kesayangannya iaitu Min Yoongi , semuanya berlaku selepas kematian kedua ibu bapa mereka . Namun , itu tidak menghalang kebahagian Jungshin dan Yoongi . Berasa bahagia kera...