Aku merebahkan badanku ke atas katil empuk milikku sendiri . Ahh , leganya . Melepaskan semua keletihan yang aku lalui tadi , aku menggapai telefon pintar aku yang berada di atas meja sebelah katil. Gambar Yoongi yang terpampar di lockscreen ku di renung. Gambar ketika dia sibuk bermain dengan telefonnya di tangan, ku jadikan sebagai lockscreen telefon aku mulai sekarang .
Hiks !
Baru aku teringat akan telefon bimbit Yoongi dengan pantas aku bangun dari katil dan mencampakkan telefon ku di atas katil begitu sahaja .
Aku masuk ke dalam bilik Yoongi yang belum sama sekali dihuni selepas kehilangan Yoongi. Aku menyelongkar bilik Yoongi untuk mencari telefon bimbitnya . Namun nihil , tak jua aku temukan .
Punggung direbah atas katil , aku cuba berfikir di mana telefon bimbitnya . Tak mungkin dia bawa sekali .
"Eohh !" Tempat terakhir aku belum tengok , dalam laci almari baju . Laci dibuka , aku membelek-belek kertas yang ada di dalam laci almari Yoongi , banyak kertas . Kenapa macam surat cinta ?
______________________________
Dari : Kim Hyemi
Hai Min Yoongi , seperti baru semalam kita kenal . Terima kasih sudi berkawan dengan saya . Tapi , kalau boleh saya menunggu untuk awak mempunyai perasaan yang lebih dari seorang kawan .
Untuk Min Yoongi
______________________________
Oh , wow ?
Dan banyak lagilah surat dari Kim Hyemi .
Begitulah salah satunya surat yang kubaca daripada Hyemi , apa kaitan Hyemi dengan abang aku ni ? Kawan ? Lagi ?
Beberapa minit kemudian baru aku tersedar akan tujuan ku ke bilik Yoongi adalah hendak mengambil telefon miliknya .
Lain pula jadinya ._.
Aku mengambil semula kesemua kertas milik Yoongi itu dan aku menyimpannya di dalam sebuah kotak .
"Ahh , itu pun kau"
Aku membuka telefon Yoongi, masih ada 35 peratus baterinya . Laju aku menekan contacts , aku cuba melihat-lihat nama yang tertulis di setiap nombor .
banyak betul panggilan yang tak terjawab dari Hyemi . Sepertinya Hyemi salah satu rakan yang terdekat dengan Yoongi .
Lagi aku menyiasat mesej yang dihantar oleh Hyemi , ayat yang sama semuanya dan hanya di balas dengan 'Ok'
._.
Aku makin hairan dengan semua ni . kenapa Yoongi tak terima aje Hyemi . Sedangkan bagi aku Hyemi seorang perempuan yang baik .
Sudah !
Aku mengantuk , segera aku kemas semua barang dah beranjak dari milik Yoongi .
= Stand By Me =
Lama .
Sangat lama .
Sudah hampir 6 bulan . Masih belum ada apa-apa berita tentang Yoongi. Tinggal seorang , Puan Kim pula tak pernah jemu menghantar makanan siang malam , uruskan hal rumah aku . Dia sudah aku anggap seperti ibu sendiri , tak salah . Dia juga hanya ibu tunggal . Aku berterima kasih sangat-sangat dengannya .
And God , tell us yhe reason youth is wasted on the young .
It's hunting season and the lambs are on the run .
Searching for meaning ,
But are we all lost stars trying to light up the dark . -Ahh ,
Lagu Lost Star cover by JungKook berbunyi di telefon ku menandakan 'incoming call' segera ku angkat .
"yeobuseyo?" sapa ku di talian
"tak payah nak yeobuseyo sangat lah! ni aku bukannya atok mana pun" katanya di seberang .
-,-
"ehh , kau bukan ke ahjumma jual ikan masin tepi jalan tu" bidas ku balik
"hish ! kau ni dah la tu ! Masuk air betul . Aku telefon kau ni nak ajak keluar ! bukan cari gaduh dengan kau" kata Jiyeon , eh dia yang main-main dengan aku dulu .aku sapa 'yeobuseyo' je pun , haa kan dah kena samakan dengan mak cik jual ikan masin tepi jalan.
"Ahh , Jiyeon-ssi malas lah . aku tak ada mood lagi pun kau taju kan. Aku tak ad semangat nak keluar kalau tak ada Yooㅡ"
"sebab itulah aku ajak kau keluar ! tenang kan fikiran kau yang dah bercelaru tu !" Jiyeon memotong percakapan ku .
"Apa-apa aje lah ahjumma ! Iyelah , aku ikut ! Dekat mana nak jumpa?" malas aku nak bertekak lama-lama dengan mak cik seorang ni . Jiyeon memang tidak akan menerima penolakan .
"kau tunggu aje dekat rumah , nanti aku datang !"
"Eh , taㅡ"
Tut
Tut
Tut"Aku bunuh juga ahjumma seorang ni , aku belum habis cakap lagi !" Memekak depan telefon pun apa salahnya.
= Stand By Me =
"awal sampai" perli ku kepada Jiyekn yang baru sahaja tiba dengan Kereta? Pandangan ku menjadi hairan melihat kereta milik Jiyeon .
"Ohoho ! Ini bukan kereta aku Shin-ssi . Ini kereta Alien" kata Jiyeon dengan lagak mak cik nya .
"Alien ? lorh , alien ada kereta ke ? Ingatkan kereta alien macam ufo tu" aku berjalan ke kereta yang dikatakan milik alien tu . Ya, aku tahu siapa alien yang dimaksudkannya itu .
"Ya ! Yeorobun !"
"Let's go to the Galaxy!" Taehyung mengangkat tangan sebelahnya membuat ala-ala naik kuda aku dan Jiyeon yang berada di belakang hanya membuat muka flat face
"Kita nak kemana wahai adik-adik menis sekalian ?" tanyaku yang dah tak tahan dengan dua makhluk bersama aku sekarang ini
"ikut aje , aku bosan duduk rumah tu.." Taehyung memulakan perjalanannya dengan menginjak pedal kereta . "Eh Tae !" aku menepuk bahu Taehyung kuat .
"Aduh ! Apa mahu mu Shin ?!" Taehyung menggosok-gosok bahunya dengan tangan sebelah kanannya , tangan kirinya pula erat memegang stereng kereta . Aku tergelak kecil .
"kau tak ada kawan lelaki ya ?" tanya ku tanpa membuang masa . Iyelah , selama ini aku hanya lihat dia dengan aku dan Jiyeon sahaja .
"aku ada.."
"tapi dulu..."
"sekarang?"
"Sekarang masih mencari ehehe , mestilah aku ada kawan lelaki , tapi seorang aje . Itu pun dia berada di luar negara sekarang" Jawab Taehyung .
"Jinjja? hensem tak ?" tanya Jiyeon pula yang dari tadi hanya menjadi pendengar aku dan Taehyung .
"tengkorak kau hensem ! lain pula yang kau nak tanya !" aku menyiku kepala Jiyeon , gatal .
"Fasal tu lain kali aku cerita , korang tahu tak kita nak kemana" Taehyung menukar topik . "Takkk" serentak aku dan Jiyeon menjawab .
"Taman tema !" jerit Taehyung macam orang gila .
_________
Wuuuu~⊙▽⊙
Thanks for VoMent  ̄ε ̄
╰( ̄▽ ̄)╭

ANDA SEDANG MEMBACA
[ Stand By Me ] ✔
Fiksi PenggemarMin Jungshin merupakan seorang gadis yang tinggal bersama abang kandung kesayangannya iaitu Min Yoongi , semuanya berlaku selepas kematian kedua ibu bapa mereka . Namun , itu tidak menghalang kebahagian Jungshin dan Yoongi . Berasa bahagia kera...