"Shin-ah, Jiyeon-ah, annyeong !" Sapa seseorang dari arah pintu kelas.
"Tae, annyeong!" Balas Jiyeon pada Taehyung. Aku hanya tersenyum melihat wajah Taehyung.
"Tak pergi rehat ke?" tanya Taehyung mengambil tempat di sebelah ku. Aku hanya menggelengkan kepala ku sambil tersenyum manis.
Jiyeon yang memandang ku dengan tatapan yang sukar ditafsir mengerling sekilas ke arah Taehyung.
"Aku lapar la, aku rehat dulu tau. Kalau kau tak nak ikut,terpulanglah" kata Jiyeon hendak keluar dari kelas
"Geuraeyo Shin, jom lah ikut sekali, lapar ni" Taehyung cuba memujukku untuk pergi rehat. "Baiklah, aku ikut" aku hanya mampu mengalah sedangkan mereka tersenyum kemenangan.
= Stand By Me =
Aku dan Yoongi kini berjalan kaki menuju ke rumah selepas pulang sahaja dari sekolah, sepanjang perjalanan aku dan Yoongi ke rumah, hanya bunyi tapak kaki sahaja yang terdengar dari lubang telinga ku.
Dirumah aku hanya melakukan hal sendiri. Yoongi juga melakukan hal yang sama seperti ku . Sejak kebelakangan ini Suga hanya berdiamkan diri sahaja dan mengurung diri dalam bilik .
aku sangat bosan dan membuat keputusan untuk keluar mengambil udara segar. Keluar sahaja aku di depan pagar rumah, aku melihat seorang lelaki yang agak familiar bagi ku berjalan di hadapan rumah ku.
Bukankah itu Taehyung ?
nampak sahaja Taehyung, aku terus berlari menuju ke arahnya yang kini sudah pun memasuki sebuah kedai.
"Taehyung-ah ! Annyeong" Aku menegurnya dan menepuk bahunya dengan agak kuat . Aku dapat melihat wajah Taehyung sedikit berkerut, mungkin akibat terkejut dengan jerkahan aku sebentar tadi.
"Eh ..eh ..Shin! kau buat aku terkejut lah.." Ujar Taehyung pada ku "Hehe. Mian..ermm, kau sibuk ? boleh teman aku tak?" aku bertanya pada Taehyung untuk menemani aku berjalan-jalan di sekitar tasik yang tidak jauh dari kedai ini.
"Tak ada lah, aku tengah lapang sekarang. Sekejap tau, aku pergi bayar barang dulu" kata Tae berlalu ke kaunter pembayaran.
"Nae, aku tunggu luar" balas ku pula.
Kini, aku dan Taehyung kini berada di sebuah tasik yang cukup aku suka. Aku memang suka berkeliaran di tasik ini. Selalunya aku akan keluar ke tasik ini dengan Yoongi, tapi tidak dengan kali ini.
"Nah, Aku belanja" tiba-tiba sahaja Taehyung menghulurkan Ais krim coklat yang dibeli di kedai tadi pada aku.
"Eoh, gomawo Tae" senyum ku merekah apabila mendapat ais krim kegemaran ku. "Yoongi okay?" Tanya Taehyung tiba-tiba yang membuatkan aku terpaku seketika.
"Dia okay~ tapi dia aku tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni Yoongi asyik berdiam diri aje." jawab ku sambil sesekali menjilat ais krim di tangan.
"Ah ya, lagi satu boleh aku tanya. Kenapa hari tu aku dengar kau panggil Yoongi dengan sebutan Suga ?" Tanya Taehyung lagi.
Aku tergelak kecil "Suga ? Eum, panggilan tu aku mula gunakan waktu aku kecil dulu. Aku panggil Suga sebab muka dia manis macam gula, lebih-lebih lagi waktu dia tersenyum, lagi pun dia suka dengan nama tu"
Taehyung mengangguk tanda faham. Aku tahu sebenarnya Taehyung belum pernah melihat Yoongi tersenyum. Yoongi jarang tersenyum pada orang yang dia belum kenal rapat .
"Nasib aku sebenarnya sama macam kau, kehilangan ibu bapa sebab kemalangan dan kecelekaan, hanya aku dan kakak aku sahaja yang selamat dan beberapa hari lepas tu, aku jugak kehilangan kakak yang aku sayang" Taehyung memulakan kisah hidupnya.
"Wae ? Kenapa dengan kakak kau pula?" tanya ku hairan. "Aku lari dari dia. Selepas pemergian eomma dan appa aku, dia terus berubah jadi lain. Balik sekolah lambat, petang keluar rumah, balik lewat malam dan selalu bawa lelaki pulang ke rumah . ."
Seketika Taehyung berdiam diri .
"Dia juga pernah nak buat benda yang diluar jangkaan pada aku, jadi aku lari dari rumah. Beberapa hari lepas tu aku berjumpa semula dengannya, tapi tak selalu" Cerita Taehyung panjang lebar.
"tak selalu? kenapa?"
"Dia ajak aku pulang ke rumah semula, tapi aku tetap tak nak tinggal dengannya. Aku tak nak orang lain salah faham sebab sikap kakak aku tu dan hanya di sekolah sahaja aku dapat berjumpa dengan dia" sambung Taehyung lagi .
"sekarang kau tinggal dekat mana?" Aku bertanya lagi. "rumah kawan aku" jawabnya pendek.
"Boleh aku tau siapa nama kakak kau?" tanya ku yang berasa sedikit kasihan dengan Taehyung.
"Kim ㅡ" percakapan Taehyung tergendala apabila terdengar seseorang menjerit memanggil nama Shin .
"SHIN!!"
Manusia tersebut berlari ke arah ku dengan cepat. Tak kuduga, abang ku Yoongi yang berlari ke arah ku sekarang.
"Shin ni selalu keluar rumah tak bagi tahu oppa !" marah Yoongi dengan nada yang terkawal lalu manik matanya teralih pada Taehyung di sebelahku.
Taehyung hanya tersenyum apabila Yoongi memandangnya. Yoongi yang perasan itu juga membalas senyuman Taehyung.
'Betul kata Shin, senyuman Yoongi sangat manis' Taehyung mermonolog.
"Kim Taehyung ? Betulkan ?" Yoongi bertanya "ah, Nae hyung" balas Taehyung ramah.
"Ouh, ssaeng hyung selalu cerita pasal kau. Itu yang hyung tahu tu" jelas Yoongi sambil menggosok kepala ku.
Aku hanya mencebik kerana Yoongi telah serabaikan rambut aku yang sudah tersisir rapi tadi.
Taehyung mengerling sekilas ke arah jam tangannya "Shin, Yoongi Hyung. Mianhae tak dapat borak lama, Taehyung kena balik rumah sekarang, sebab ada hal" pamit Taehyung pada ku dan Yoongi dan berlalu pergi.
Aku duduk semula di kerusi setelah berdiri sejak Yoongi datang tadi .
"Shin bosan duduk rumah tu, oppa pulak asyik kurung diri tu dalam bilik, lepas tu diam aje. Ingat tak bosan ke?" aku berkata kepada Yoongi. Cuba untuk memanaskan suasana.
"Mianhae Shin, mian kalau sejak dua menjak ni oppa abaikan Shin. Oppa betul-betul minta maaf" Yoongi berkata dengan sayu. Serba salah aku dibuatnya, "Shin maafkan oppa, tapi mesti oppa ada masalah kan? dari hari tu lagi macam ni." Aku memeluk Yoongi, cuba untuk menenangkan perasaannya sekarang "tak tahu Shin, oppa tak tahu" jawab Suga dan membalas pelukan ku dengan erat .
Akhirnya, Yoongi meleraikan pelukan itu lalu mengeluarkan sesuatu dari dalam poket bajunya "Shin, pakai ni. Jaga elok-elok" tiba-tiba Yoongi memberikan aku gelang yang simple tetapi menarik bagi ku. Memang dah banyak barang yang Yoongi bagi kepada ku, semuanya aku hargai sangat-sangat.
"ni sebab apa pula oppa bagi ni?" tanya ku hairan. "Saja bagi, tapi jaga elok-elok.." jawab Yoongi memperingati diriku.
"Nae, Shin akan jaga elok-elok. Hmm..Oppa jom balik,dah senja.
_______
╰( ̄▽ ̄)╭

ANDA SEDANG MEMBACA
[ Stand By Me ] ✔
FanfictionMin Jungshin merupakan seorang gadis yang tinggal bersama abang kandung kesayangannya iaitu Min Yoongi , semuanya berlaku selepas kematian kedua ibu bapa mereka . Namun , itu tidak menghalang kebahagian Jungshin dan Yoongi . Berasa bahagia kera...