Tit
Tit
TitKelopak mata ku terbuka , argh .
"Shin dah sedar ? baguslah" aku nampak lelaki berkulit putih pucat tersebut dihadapan ku .
"Oppa ?" aku yang menyedari Yoongi berada di sisi ku hendak bangun untuk mendekapnya . Aku rindu dia , tapi tubuh ku ditahan untuk tidak bangun .
"Sakitkan , baring aje"
"Shin rindu oppa" kata ku hendak menangis . "Oppa pun rindu Shin , Shin rehat dulu masih teruk tu.." kata Yoongi mengusap kepala ku lembut . Kepala Yoongi dibalut dan ada sedikit lebam-lebam di pipinya serta disudut bibirnya .
"mana Tae ?" entah kenapa aku bertanyakan soalan itu . Aku teringat lelaki yang aku selamatkan itu . "Dia dekat wad atas , keadaan dia teruk sama macam Shin . Doktor kata buat masa sekarang biarkan dia rehat dulu" jawab Yoongi .
Aku mengangguk , aku memusingkan kepala ku ke sebelah kiri . Dia , wanita itu mesti teruk juga .
"Oppa , macam mana keadaan Jiyeon pula ?" mata ku masih menatap ke arah Jiyeon di sebelah kiri .
"Dia okay , cuma bahagian otaknya yang tak okay. Doktor kata Jiyeon tak akan ingat beberapa ingatan tapi boleh dipulihkan semula perlahan-lahan" Jiyeon hilang ingatan ? adakah dia lupakan aku?
Oh , Yoongi ?
"Oppa okay ?" Kali ini aku bertanyakan dirinya pula . "hahaha , oppa okaylah. Sakit-sakit sikit. Shin tu yang teruk.." Yoongi ketawa kecil , dah lama aku tak nampak dia ketawa macam tu. Aku tersengih melihatnya ketawa . Manis , macam gula .
"oppa nanti Shin nak jumpa Tae tau.."
"Iye , jumpalah kekasih kesayangan Shin tu.."
"apa jadi dengan Hyemi oppa ?" tanya ku lagi , banyak tanya pun biarlah .
"Dia dah ditangkap oleh polis , polis kata dia gila sebab tu sanggup biarkan adik sendiri dipukul" kata Yoongi menggeleng-gelengkan kepalanya .
"Tapi kan , kenapa Oppa tak terima aje dia. Shin kesian tengok dia , dia baik aje kan.." kata ku .
"tak Shin , Taehyung pernah cerita dekat Oppa yang Hyemi tu tak normal. Lagi pun benda yang tak senonoh pun dia pernah buat tau jadi Oppa nak kawan je dengan Hyemi" jelas Yoongi .
"Ehhh , kejap ! maksudnya Oppa dah lama kenal Tae lah ?"
"Iye , hahaha !" balas Yoongi selamba . "Ingatan oppa pun dah pulih ke ?"
"Dah , nasib baik oppa bukan pelupa" aku menjenggilkan mata ku padanya .
Yoongi mengabaikan pandangan ku . Dia mengemaskan tempat duduknya dan mengambil komik Naruto yang berada di atas meja . "mana dapat komik tu?" tanya ku hairan .
"oh ni ? Hyemi belikan masa Oppa jadi Saeng dia" Yoongi tersenyum geli apabila teringat memori ketika dia menjadi adik Hyemi .
"hah ? Saeng Hyemi ? Oppa biar betul ! bwahahhahah ! mmpphhㅡ" Yoongi menekup mulutku untuk berhenti ketawa . "Eeee , apalah . Orang dengarlah nanti" Yoongi memandang sekeliling . Aku melepaskan perlahan-lahan tangan Yoongi sambil menahan ketawa . Tak , tak sangka . Rupanya dekat taman tema hari tu Hyemi lah panggil Yoongi adik .
= Stand By Me =
"jadi kau ingat aku siapa ?"
Jiyeon memandang langit yang biru sambil kakinya menendang-nendang batu yang berada di tanah .
"Min Jungshin kan ?" Bagus , dia ingat aku .
"kau ingat aku Jiyeon , syukurlah !" aku memeluknya erat . Dia tersenyum lebar , ingatan dia tak teruk , hanya benda biasa dia lupa . Lepas beberapa jam baru dia ingat .

ANDA SEDANG MEMBACA
[ Stand By Me ] ✔
Fiksi PenggemarMin Jungshin merupakan seorang gadis yang tinggal bersama abang kandung kesayangannya iaitu Min Yoongi , semuanya berlaku selepas kematian kedua ibu bapa mereka . Namun , itu tidak menghalang kebahagian Jungshin dan Yoongi . Berasa bahagia kera...