"kau dah bagi tahu dia belum untuk uruskan kerja dia ?" kata Hyemi pada seseorang di hadapannya ."dah , dia kata dia tak sanggup nak buat semua ni ." balas orang yang berada di depan Hyemi ."dah lah ! berambus kau ! biar aku aje yang berurusan dengan dia !"
Semasa Hyemi berjalan untuk pergi , dia terserempak dengan Jungshin yang kebetulan berada di sana .
"Eoh , eonnie annyeong" sapa Shin dengan senyuman manis miliknya .
"Oㅡoh hai !"
"Eonnie buat apa dekat sini ?"
"saja , ambil udara segar" jawab Hyemi bersahaja . Dia tak ingin lama-lama di sini .
Jungshin tiba-tiba sahaja mengangkat kamera yang sejak tadi dia pegang dan menghalakan ke arah muka Hyemi .
Klikk
"Ehh , Shin ! kamu ambil gambar saya ke ?" kata Hyemi agak terkejut dengan apa yang dilakukan Jungshin tadi . "Nae , Hehe" Shin menggaru kepalanya yang tak gatal .
"Nakalnga Saeng Yoongi ni"
'upss!' Hyemi cepat-cepat menekup mulutnya.. 'ahh..bodohnya aku'
"eo? Yoongi ? Oh , umm eonnie ada apa-apa berita tentang Yoongi ?"
"Maaf iye Shin , eonnie tak nampak pun Yoongi selama ni . Shin , eonnie balik dulu tau . Jumpa lagi" dengan cepat Hyemi berlalu dari situ meninggalkan Jungshin yang tersenyum sayu .
"Ahh , annyeong"
Tiba-tiba lagu Lost Stars cover by Jungkook berbunyi menandakan panggilan telefon masuk . Tanpa melihat si nam pemanggil , Jungshin terus menjawab panggilan tersebut .
"Yeobuseyo?" Shin meletakkan telefon itu di telinganya .
"Annyeong Shin , ni aku Taehyung . Aku nak ajak kau pergi balai polis hari tu , kau ada kat mana sekarang?" Dalam hati Taehyung dia cuba berlagak biasa apabila bercakap dengan Jungshin .
Jungshin pula berasa ragu untuk menjawab , rasa menyesal pula mengangkat panggilan telefon dia tadi . Namun , dia juga cuba berlagak biasa apabila berbual dengan Taehyung .
"Aku dekat luar sebenarnya , tapi tak apa . Kau ambil Aje aku dekat depan rumah" Shin berkata selamba .
"Okay , tunggu situ . Nanti aku sampai"
= Stand By Me =
"dah hampir 2 tahun tahu tak ? tak akan tak dapat apa-apa petunjuk lagi ?" kata Taehyung sedang berunding dengan polis itu yang bertugas .
"Memang kami tak dapat apa-apa petunjuk lagi , kami masih menyiasat tentang hal ini . Petunjuk keychain yang awak bagi hari itu pun masih tidak mencukupi" balas polis itu .
Min Jungshin Side
Aku memandang ke arah tag nama polis yang bertugas itu .
'Yook SungJae'
"kalau macam tu tak apalah , kalau ada apa-apa berita tentang mangsa , maklumkan pada saya" kata ku dan meninggalkan Taehyung yang memandang ku hairan .
"Shin !"
"Shin ! apa kau buat ini !" Taehyung mengejar ku dari belakang . Tangan ku ditarik kuat olehnya menyebabkan badan ku menghadap ke arahnya .
"Taehyung ! kau tu yang kenapa ?! kenapa kau sibuk sangat dengan hal aku !" aku menengkingnya . Aku tak terima , setelah kejadian hari tu . Dia dan Jiyeon yang menuduh aku bukan-bukan .
"Shin..." Perlahan Taehyung berkata . "Apa ?! kau cuba nak tunjuk baik dekat aku lepas kau buruk-burukkan aku dekat Jiyeon ? Macam tu ?!" aku menatap mata Taehyung dalam . Ah , sakitnya .
"Shin , kau salah . Aku tolong kau ni sebabㅡ"
"Kenapa kau tolong aku kalau kau tuduh aku yang bunuh abang aku sendiri ?! kau pun sendiri tahu kan , aku JIJIK . KAU SENDIRI YANG KATA"
Aku sedih dengan tuduhan semua orang hari tu. Aku menahan air mata ku supaya tidak jatuh , sakit ."Shin dengar aku dulu !" Tegas Taehyung berkata . "Tak payah ! Aku sendiri yang sakit nanti , tak payah nak tunjuk baik.." air mata ku akhirnya jatuh juga , aku menangis. Menangis sebab dituduh oleh orang yang aku sayang , termasuk Jiyeon .
"Shin jebal dengar apa yang aku nak cakap dulu" Taehyung memegang kedua belah bahuku menatap ke arah mata ku . Aku hanya diam dan menangis .
"Kau dengar benda tu semua dari mulut aku sendiri ke ? Aku tak tahu apa-apa pun Shin apa yang dorang katakan . Tapi memang Jiyeon ada bagitahu aku , tapi kau ingat aku percaya ke ? Aku sendiri terkejut memang , Jiyeon yang buat semua ni . Sumpah aku tak tuduh kau pun , dengar ."
"Kau bukan perempuan jijik , aku tahu kau sayangkan Yoongi . Aku janji , aku akan tolong kau cari Yoongi. " ada perasaan terkejut dalam diri aku , jadi memang betullah Jiyeon yang mulakan .
"Aku akan tolong kau Shin , sebabㅡ"
"sebab aku sukakan kau" tiba-tiba Taehyung menarikku ke dalam dakapannya dan memeluk ku erat . Aku agak terkejut dengan pengakuannya sebentar tadi , air mata juga berhenti . Aku hanya terdiam kaku , tidak membalas pelukannya .
"maafkan aku"
_______
Hye~ readers kesayangan Author sekalian..author nak bgi tau, author dh publish fanfics kedua..cek my work Nae~! btw, VoMent diperlukan..sebab itu ialah Vitamin bagi author..aip aip!^^
╰( ̄▽ ̄)╭
.

ANDA SEDANG MEMBACA
[ Stand By Me ] ✔
FanfictionMin Jungshin merupakan seorang gadis yang tinggal bersama abang kandung kesayangannya iaitu Min Yoongi , semuanya berlaku selepas kematian kedua ibu bapa mereka . Namun , itu tidak menghalang kebahagian Jungshin dan Yoongi . Berasa bahagia kera...