SBM - 1

390 40 0
                                    

       "Arghhh ! Oppa, andwae !!" Suara seorang kanak-kanak perempuan memenuhi lapangan taman permainan. Menjerit kegembiraan.

"Haa , dapat pun ! Shin tak boleh lari."

"Baiklah,  Shin janji tak akan cakap macam tu lagi dah" perempuan yang bernama Shin atau tepatnya Min Jungshin itu menunjukkan telapak tangannya dengan 5 jari yang tersusun panjang pendek di tepi bahu.

"Macam ni la adik kesayangan oppa!" Abangnya pula mencubit geram kedua pipi gebu Shin.

"Haish ! apa ni, sakitlah" Mulut dimuncungkan tanda merajuk. "Kecil-kecil dah pandai merajuk, nanti besar nak merajuk macam tu lagi ke dengan oppa?"

"Alaaa~ Oppa ni, pShin baru umur 9 tahunlah . Heleh oppa pun masih kecil juga , boleh kan nak merajuk ?" balas adiknya pula tak terima dipanggil masih kecil .

"Hesh , oppa dah umur 14 tahun. Dah besar tau, matang lagi." dengan bangganya berkata. "Eeee~ kuatnya perasanlah Oppa ni" Adiknya membuatkan muka meluat.

"Yoongi , jom balik ! pimpin adik kamu tu sekali !" Satu teriakan yang tak jauh dari kedua adik-beradik tadi kedengaran memanggil mereka.

"Nae Omma!" Sahutnya

"Shin jom balik , eomma dah panggil"

~ Stand By Me ~

       "Sampai bila awak nak rahsiakan perkara ni , saya rasa lebih baik kalau kita bagi tahu aje , awak tu dah makin teruk tau tak" Nasihat Puan Min pada suaminya yang sedang terbatuk-batuk. Risau akan keadaan sakit suaminya yang makin melarat.

"Biar aje la, mereka masih kecil. Abang tak nak mereka tahu lagi." kata Encik Min cuba berlagak biasa.

"Hish, suka hati abang lah. Nanti kalau apa-apa panggil saya." Puan Min yang memang sudah tidak tahan lagi dengan sikap keras kepala suaminya itu terus keluar dari bilik menuju ke dapur .

Sedangkan di ruang tamu kedua beradik tadi sedang bermain-main tanpa menyedari apa yang berlaku di bilik "Shin, petang nanti ikut Oppa keluar nak tak?"

"Nak ! tapiii , pergi mana?" Shin teruja. "pergi, ermm..disebabkan oppa baik hari ni apa kata kita pergi taman nak?"

"mestilah nak !"

Bugh

Bunyi sesuatu dari arah bilik mengejutkan  seisi keluaga di dalam rumah tersebut. Puan Min yang terdengar terus berlari ke arah bilik tersebut.

Yoongi yang berasa pelik turut mengikuti ibunya ke bilik yang ditujui .

"Yoongi ! cepat panggilkan Ambulans !" Arah Puan Min kepada Yoongi , Puan Min yang panik memapah Encik Min untuk duduk di katil semula .

~ Stand By Me ~

       Tidak senang duduk Puan Min dibuatnya ketika menunggu suaminya yang telah pun sampai di hospital . Berharap agar keputusan yang baik keluar daripada mulut doktor yang bertugas .

Yoongi cuba untuk menenangkan ibunya yang cukup resah itu .

"Oppa, ayah buat apa dekat dalam ?" Akhirnya gadis kecil yang sedari tadi asyik memerhati kedua insan tersebut bersuara juga . Rasa ingin tahu yang memenuhi kepalanya .

"Ayah sedang sakit Shin" senyuman paksa Yoongi diberikan pada Shin. "Ohh, jadi kenapa ayah sakit?" tanya Shin lagi

"Sebab ayah tak sihat .."

Akhirnya , salah seorang dari doktor yang bertugas menguruskan Encik Min tadi keluar .

"Siapa ahli keluarga pesakit?"

"Saya doktor ! saya isteri dia"

"baiklah , puan sebelum saya meneruskan apa yang saya ingin katakan, saya ingin meminta maaf. Suami puan tidak dapat diselamatkan , kami telah berusaha buat yang sebaik mungkin tapi takdir tidak memihak kepada kami .  Maafkan kami , Harap puan dapat bersabar."

Cukup membuatkan Puan Min rasa seperti tidak mampu bertahan lagi . Hujung baju digenggam kuat sehinggakan tangannya memerah , Puan Min jatuh terduduk , menangis meratapi nasib malang suaminya yang menimpa dirinya .

"Sabar ibu sabar.."

~ Stand By Me ~

       "Eomma ! Yoongi dengan Shin pergi sekolah dulu nae?" laung Yoongi sambil menyarungkan kasut hitam sekolahnya.

"Annyeong eomma !" laung ku pula kepada ibu sambil mengejar Suga dari belakang.

"Nae , hati-hati !"

Aku dan Yoongi  berjalan kaki sama-sama sehingga ke sekolah . Sudah menjadi satu kebiasaan bagiku dan Yoongi selepas pemergian ayahku .

"Dah pergi masuk kelas, annyeong . Pulang sekolah jangan lupa tunggu oppa .Tunggu tau !" kata Yoongi kepada ku setelah tiba di depan pintu pagar sekolah.

"Annyeong~!"

Selepas mengambil tempat duduk Yoongi sempat merenung ke kelas adik perempuannya yang berada betul-betul bertentangan dengan kelas miliknya.

Sudah beberapa tahun Yoongi hidup tanpa ayah kandungnya. Yoongi juga makin risau tentang kesihatan ibunya yang semakin tua semakin teruk. Shin pun sudah semakin membesar dan matang sekarang. Sedang asyik Yoongi mengelamun tiba-tiba sahaja dia dikejutkan dengan seseorang yang menghapuskan lamunan Yoongi .

"Hai Yoongi" sahabat Yoongi yang bernama Hyemi menegur. "Oh, Hai" balas Yoongi.

"Erm , aku cuma nak bagitau kalau tak sibuk, balik nanti aku nak jumpa kau dekat lapangan atas sekolah boleh ?"

"Ohh, boleh."

Manakala Shin yang berada bertentangan dengan Kelas Yoongi tadi pelajar masing-masing sudah berada di tempat duduk kerana guru Choi sudah pun berada di hadapan kelas .

"Baiklah kelas. Today, we have new a student .. Come !" Kata guru Choi selaku guru Sejarah kelas Shin .

_______









[ Stand By Me ] ✔Where stories live. Discover now