SBM - 3

219 36 0
                                    

"Hahaha lawaklah ! Hahah" aku ketawa terbahak-bahak di hadapan televisyen.. tengok lawak komedi lah katakan . "Shin! Kenapa bising sangat ?!"

"Eo, mianhae eomma. Running man kali ni lawak sangat. Lagi-lagi tengok Si Kwangsoo tu" ujar ku dari ruang tamu. "Apa-apa pun tolong jaga rumah sekejap tau . Eomma nak pergi kedai kejap."

"Eomma nak ikut !" Balas kuu teruja.

"tak boleh, kamu jaga rumah . Duduk dengan abang kamu." kata ibuku dengan lembut. "Tapi eomma kan sakit. Nanti tak larat macam mana?" aku memang nak teman ibu. Takut apa-apa jadi nanti.

"Gwenchanha . Ibu baik-baik aje. Eomma pergi dulu nae" kata omma dan terus keluar dari rumah meninggalkan aku yang sudah cemberut di hadapan televisyen.

Aku menghembuskan nafas berat "Eomma memang degil." Seketika otak aku berputar pada Yoongi oppa. Mana dia ? Tidur ? Aku aku beranjak dari sofa untuk menjenguk Yoongi di bilik .

Aku mengetuk pintu bilik abang ku beberapa kali. "Oppa?" aku mengetuk lagi sekali. Lambat, akhirnya abang ku membuka juga pintu bilik setelah diketuk beberapa kali . Melihat keadaan abang aku membuatkan aku hairan.

Rambutnya serabai.
Biliknya bersepah-sepah bersertakan seragam sekolah yang belum dibasuh.

aku sudah pun tak tahan terus masuk dan membersihkan bilik abangku. Aku tak suka, memang pantang kalau tengok bilik tak terurus.

"oppa apa ni? Bilik bersepah. Diri tak terurus. Waeyo? Balik dari sekolah tadi, dah mandi ke belum?" tanya ku sambil membersihkan bilik Yoongi.

Tak mendapatkan apa-apa jawapan dari Yoongi membuatkan aku berhenti dari berkemas dan melihat ke arahnya.

Yoongi melabuhkan punggung di atas katil. Segera aku meluru ke arah Yoongi dan turut melabuhkan punggung di sebelahnya.

"Oppa ok?" aku meletakkan tangan ku di dahinya untuk memastikan sama ada Suga demam atau tidak.

Yoongi hanya mengangguk dan menolak perlahan tangan ku menjauh.

"Betul?" tanya ku lagi tak berpuas hati.

"Oppa hanya pening sikit aje. Rasa tak sedap hati, Shin tau kan kesihatan eomma macam mana ? Oppa risau dekat eomma.." jelas Yoongi pada ku.

Eo !

Aku lupa, Yoongi pernah memperingatiku supaya jangan pernah membiarkan eomma pergi ke mana-mana berseorangan. Ahhh, matilah aku kalau Yoongi tahu.

"Shin, eomma mana?" tanya Yoongi apabila nampak tiada respon apapun daripada ku dari tadi.

"Ahh? aaa eomㅡeomma.."

Haish, apa aku dah buat ni.

"jangan cakap eommaㅡ" Yoongi berkata separuh dan merenung tajam ke arah ku.

Aku mengetapkan bibirku dan menghindari pandangan daripada Yoongi. "Shin !Eomma keluar ke ?!" Yoongi memegang bahu ku membuatkan aku tersentak.

"Nae, eomma keluar" balas ku perlahan dengan mununduk, walaupun perlahan tapi aku yakin Yoongi masih dapat dengar dengan jelas.

Boleh aku nampak dari riak wajah Yoongi ianya tampak sangat merisaukan ibu. "Mianhae oppa, eomma yang tak bagi Shin ikut" aku menundukkan kepala tak berani hendak melihat muka Yoongi kerana aku pasti Yoongi mesti marahkan aku.

BUSH !!

//bunyi sound effect kereta yg gagal -_-//

Kedengaran bunyi seperti kereta berlaga, aku dan Yoongi yang terkejut dengan bunyi itu terus meluru ke luar rumah dengan tergesa-gesa.

Aku terkejut melihat seorang wanita paruh baya terlentang di atas jalan dengan darah yang bercucuran keluar dari kepala.

Kenapa seperti aku kenal dengan pakaian yang dikenakan wanita paruh baya itu ?

Tanpa aku sedar Yoongi menarik tanganku kearah ramai orang berkerumun itu. Aku cuba untuk melihat wajah wanita itu dan alangkah terkejutnya aku apabila melihat wanita itu ialah ibuku sendiri .

Aku menutup mulutku terkejut. Aku meremas baju Yoongi di sebelahku dengan kuat sambil menahan tangisan ku lalu terus menuju ke arah eomma yang sudah tidak sedarkan diri.

"Eomma ! Ireona eomma ! hiks, eomma jebal ! hiks, jangan tinggalkan Shin eomma !" Aku menangis teresak-esak..aku tak nak kehilangan ibuku. Cukuplah ayah aku tinggalkan aku dulu.. Aku tak nak kehilangan insan kedua yang aku sayang .

Yoongi yang memerhati daritadi terus memeluk aku bersama tangisan.

= Stand By Me =

2 bulan berlalu aku dan Yoongi hidup tanpa kedua ibu bapa. Ya aku dan Yoongi telah menjadi anak yatim piatu selama 2 bulan .

= Stand By Me =

Aku termenung di kelas smbil memandang ke arah luar tingkap di mana tempat abang ku bermain bola keranjang. Sepatutnya sekarang aku harus pergi rehat, tapi aku malas untuk turun .

Aku mengakui abangku memang hebat bermain bola keranjang. Aku teringin nak jadi macam dia. Tapi Yoongi kata aku ada potensi untuk bermain bola baling berbanding dengan bola keranjang.

"Hei Shin !" Aku dikejutkan dengan suara Jiyeon yang menyapa ku dari arah pintu kelas. Aku hanya memandangnya dan mempersilakan dia duduk di sebelah kerusi ku sambil tersenyum manis ke arahnya.

"Kau dengan Yoongi ok?" tanya Jiyeon dan memandang tepat ke arah mataku.

"ok aje" balas ku dan memerhati seolah-olah aku bertanya 'kenapa?'

Jiyeon hanya tersengih dan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal .

"Shin-ah, Jiyeon-ah ! annyeong !" sapa seseorang dari arah pintu kelas .

_______

╰( ̄▽ ̄)╭

[ Stand By Me ] ✔Where stories live. Discover now