SBM - 13

158 33 0
                                    

Min Yoongi Side


Dah masuk hari keempat , aku masih dikurung di dalam bilik . Puas aku mencari jalan untuk membebaskan diri dari Hyemi walaupun aku masih belum mengenal Hyemi sepenuhnya . Aku tetap berasa seperti tidak sedap hati setiap kali bersamanya .

Aku mengambil jaket yang tersangkut di almari baju lalu memakainya , aku menyeluk poket jaket itu kerana terasa seperti ada sesuatu di dalamnya . Aku terjumpa dompet yang aku pasti milik aku sendiri , aku membuka dan melihat isi di dalam dompet tersebut .

Isi dalam dompet menampilkan beberapa keping kad dan sekeping polaroid seorang gadis . Aku melihat belakang gambar tersebut berniat untuk melihat jika tertulis nama di situ .


Min Jung Shin my little sister ♡

Min Jungshin ?

Adik aku ?! Shin ? Memang betul aku ada adik !


Aku mengimbas kembali masa aku berjumpa dengannya hari tu . Ya ! muka dia mirip dengan dalam gambar ni dan nama yang ada di gelangku !

Arh , Hyemi dah ambil gelang tu !

Aku kembali melihat isi-isi di dalam dompet itu dan aku terjumpa sehelas kertas , aku membaca isi kertas tersebut .

Suga ! gomawo sebab sudi menjadi kawan baik kepada saya. Simpanlah surat ini walaupun menyusahkan awak!

From: Hyemi

Aku tersentak apabila membaca ayat Kawan baik itu . Aku dan Hyemi hanyalah kawan baik ? bermaksud dia berlakon dengan aku aje selama ni?

Aku dah agak !

Memang aku dah agak Hyemi ada sorokkan sesuatu dari aku. Sebab itulah aku rasa ada yang tak kena . Aku terus menyimpan semula dompet itu san segera mengambil dawai yang berada di tepi almari dan membuat bentuk kunci seperti yang diajar oleh adik aku Shin semasa aku terperangkap di stor sukan dahulu .


Aku terus memasukkan dawai itu ke lubang tombol pintu dan memusingkan perlahan-lahan .

Klikk


Seperti yang aku harapkan , pintu terbuka . Aku terus keluar dari bilik itu dan segera menghampiri Hyemi yang sedang kusyuk dengan telefon pintarnya .

"Hyemi" panggil ku perlahan .

Hyemi menoleh ke arah ku dan terkejut

"YoㅡYoongi ?" Hyemi terus bangun dari sofa . Terkejut .

"maㅡmacam mana kau boleh keluar?" tanyanya gugup . "aku dapat keluar sebab aku sedar aku ada adik" jawab ku dingin .


"Apa yang kau merepek ha !? kau mana ada adik !" Hyemi meninggikan suaranya melawan aku . "heh ? Kenapa kau terkejut ?" aku tersenyum sinis .


"kau jangan merepeklah Yoongi !" marah Hyemi .  Tiba-tiba aku menunduk , entah kenapa rasa bersalah ku pada Hyemi timbul . "Hyemi , siapa sebenarnya kau pada aku?" tanya ku sayu ingin mendapat penjelasan yang terang . Aku nak dia berterus terang .


"aㅡku .." aku memotong percakapannnya "Kawan aku kan?" aku memandang wajahnya lekat .


"Diam !" Hyemi menjerit lalu mengambil apa sahaja yang berada dekat dengannya lalu membaling sesuka hati ke arah ku . Aku hanya mampu menahan sehinggalah sesuatu objek besar terkena tepat pada kepala ku.

Bukk

Tepat , pasu bunga besar dilempar ke kepala ku .

Author Side


"cari dia cepat !" jerit Hyemi pada telefon pintarnya . "kau ni kenapaa ! eh , kau kawan dia sekali pun . Kau ingat aku peduli ! kalau kau nak duit, kau buat apa yang aku suruh" jerit Hyemi lagi di telefonnya .


"Kau janji esok bawa jumpa aku dan kau sekali !" Hyemi mematikan talian lalu mengangkat Yoongi  yang sudah tidak sedarkan diri .

= Stand By Me =


Taehyung termenung sambil memusing-musingkan telefonnya yang berada di atas meja .


Ting

Telefon miliknya berbunyi menandakan ada pesan masuk . Dia membaca teks tersebut .

From Jimin Shortie :-

Kau kat mana?
[ Read ]


Taehyung Side

Mana ? Aku kat mana ? Haa ?

Ahh , aku lupa ! Jimin tunggu aku ! Aku segera mengambil kunci kereta ku lalu memecut laju ke lapangan terbang. Aku tidak membalas mesej Jimin , Aku lupa perlu ambil Jimin dari percutiannya . Jimin ialah kawan baikku , dialah yang telah memberikan tempat tinggal setelah aku lari dari tempat tinggal Hyemi .

Aku meninggalkan kereta setelah meletakkan di tempat khas yang disediakan untuk meletak kereta. Mata ku melilau mencari sosok Jimin .


"oi , oi ! Intai apa bang !" seseorang menyentuh bahu ku , aku terkejut lalu memusingkan badan ku untuk melihat makhluk mana yang sesuka hati aje pegang bahu aku ni , setelah melihat siapa yang memegang bahu ku itu aku membuat muka flat ku .

"lambat sangat kau ambil aku" jimin berkata pada ku , tetapi aku tidak peduli . Langsung berjalan meninggalkannya di belakang .

"Bersyukur , aku ambil dari kau naik teksi yang berbayar tu.." kata ku sebelum meninggalkannya .

"tak guna kau alien" kata Jimin , aku membuat-buat tidak peduli .

___________

Ayo ladies and gentleman! wohoho!! Author x sbr! Comeback BTS is near :'''')))))

╰( ̄▽ ̄)╭

[ Stand By Me ] ✔Where stories live. Discover now