Min Jungshin Side
Masuk hari ini dah berapa hari aku tidak bertegur dengan Jiyeon , Jiyeon juga kebelakangan ini kerap tidak hadir ke sekolah dan ada juga sesekali dia seperti menghindari dari bertemu dengan aku . Taehyung pula , aku sendiri yang tidak mahu berjumpa dengannya . Aku tak mahu aku sakit lagi .
Akibat rasa bosan yang berterusan , aku berniat untuk pergi ke tasik yang berdekatan dengan rumah aku .
Punggung direbah di atas bangku yang berada di tepi tasik , tersenyum menatap langit biru dengan menikmati angin sepoi-sepoi bahasa yang menerpa wajah ku lembut .
Lagi , aku membuka kamera kesayangan milikku . Entah kali ke berapa aku membelek-belek setiap isi di dalam kamera , aku tersenyum melihat senyuman abang aku yang manis di dalam kamera .
"Mana oppa sekarang , hari tu Shin jumpa Oppa . Oppa hilang macam tu je sekali lagi"
= Stand By Me =
Kim Taehyung Side
Aku berguling-guling di atas katil ku . Memikirkan tentang hal yang berlaku tempoh hari , betul ke apa yang mereka kata tu ? Sejak bila pula aku bagi tahu Jiyeon yang Shin nak bunuh abang sendiri ?
Ahh , mengarut .
Sebab kejadian tu , dah lama aku tak bertegur dengan mereka . Apa yang jadi ini . Kenapa Jiyeon berkelakuan sebegitu rupa .
Boleh katakan lah , hari tu aku tak berapa dengar perbualan mereka . Dengar- dengar aje Jiyeon menjerit dekat Shin dan dia berlari keluar kelas .
Hyemi .
Ahh , baru aku teringat !
Aku bergegas bangun dari acara pembaringan ku dan bersiap untuk berjumpa Hyemi di rumah yang pernah aku duduki dahulunya . Setelah sampai di hadapan pintu rumah Hyemi aku menekan butang kecil yang ada di sebelah pintu .
Sudah agak lama aku tak menjejakkan kaki ke sini . Aku menekan beberapa kali butsng tersebut kerana tiada apa-apa respon dari dalam rumah . Lama aku menunggu dan keluarlah wajah wanita yang aku rindui iaitu Kim Hyemi . Aku mengaku memang aku rindukan dia tapi Hyemi yang dulu bukan yang sekarang .
"Tae ? Buat apa dekat sini ?"tanya Hyemi hairan . Dia mana boleh membiarkan sesiapa masuk ke rumahnya , kalau tak memang habis hancur rahsia dia .
"Tae nak jumpa Noona , boleh kita keluar sekejap ?"
= Stand By Me =
M
in Yoongi Side
Aku dikurung . Setelah kejadian semalam entah kenapa Hyemi kurung aku di dalam bilik , aku teringat kembali nama Shin . Kenapa kepala aku sakit bila ingat nama dia , wajahnya juga aku ingat bagaimana sedangkan mengapa Hyemi aku tidak tahu apa-apa pasalnya ? siapa Hyemi sebenarnya pada aku ? dan siapa Shin pada ku? betulkah Hyemi kakak aku ?
Hari tu aku tiba-tiba bangun dari katil bilik ni , aku tak ingat apa-apa . Hyemi kata aku pengsan dan dia yang jaga aku . Aku bangun dari katil dan melihat ke luar jendela , aku melihat Hyemi sedang berbual dengan seseorang lelaki , lalu Hyemi dan lelaki itu tadi keluar dari kawasan rumah .
Argh , apa ni ! Aku nak keluar rumah juga ! Kenapa Hyemi kurung aku macam ni . Geram , aku memulas tombol pintu sedaya upaya .
Gagal , pintu berkunci dengan kemas . Aku duduk bersandar di pintu mengusutkan rambut seketika otakku mencari jalan untuk keluar. Mataku melilau melihat isi bilik mencari sesuatu yang boleh bantu aku buka pintu ini . Mata ku tertuju pada dawai yang berada di sebelah almari baju.

ANDA SEDANG MEMBACA
[ Stand By Me ] ✔
FanfictionMin Jungshin merupakan seorang gadis yang tinggal bersama abang kandung kesayangannya iaitu Min Yoongi , semuanya berlaku selepas kematian kedua ibu bapa mereka . Namun , itu tidak menghalang kebahagian Jungshin dan Yoongi . Berasa bahagia kera...