Min Jungshin Side
Seperti biasa , aku menginjakkan kaki je sekolah walaupun aku tahu banyak mata yang sedang memerhatikan ku dari pintu pagar sekolah hinggalah ke kelas .
Aku berhenti seketika di hadapan pintu kelas , masih dengan tatapan setiap manusia yang berada di sekeliling ku . Aku mengabaikannya , aku melihat ke arah tempat duduk Jiyeon .
Kosong lagi .
Aku mengeluh berat lalu menyambung langkah ku dan duduk di tempat duduk . Tidak lama kemudian , seorang lelaki berambut hitam keperangan masuk ke kelas. Betapa segaknya dia hari ni , aku kagum dengan dirinya. Semuanya sempurna dari rambut sampai kaki , Taehyung. Lelaki yang aku kagumkan itu , melihat dia aku teringat akan pengakuannya tempoh hari . Terus aku tersedar dan mengalihkan muka aku ke arah lain apabila mata ku bertaut dengannya. Aku membuat seperti biasa sahaja sia juga terlihat biasa sahaja .
Ketika waktu rehat aku mencuba untuk menegurnya yang lagi sedang ralit menulis nota .
"Taehyung.." Dari belakang aku memanggilnya perlahan .
Tiada jawapan darinya. Aku mencuba memanggilnya lagi , kali ini lebih kuat .
"Taehyung"
Dia berhenti sebentar dari menulis notanya lalu menyambung semula .
"Kim Taehyung !" kali ni aku panggil dengan menggunakan nama penuhnya .
"hmm ?" lama dia menjawab. Aku pelik dengannya. Apa masalah ? bukan hari tu berani bagi tahy aku yang dia suka aku .
"Pandanglah aku.." kata ku perlahan .
Dia memberhentikan aktivitinya lalu memusingkan badannya menghadap ke arah ku lambat. Dia terlihat dingin dengan ku , aku mencuba untuk beranikan diri melihat ke arahnya .
"kau tak rehat ke?"
" tak " sepatah aje yang dia jawab . "kau nak ?" aku mengeluarkan JuMeokBap bekal yang aku bawa dari rumah..
//JuMeokBap tu nasi kepal//
"Kalau lapar ambillah , lagi pun memang aku buat khas untuk kau" aku meletakkan bekal itu di atas meja. Dia memandang sebentar JuMeokBap itu lalu mengambil satu dan memakannya perlahan .
"nae , gomawo" aku tersenyum kecil melihatnya makan. Dia mengambil lagi setelah habis satu.
Lagi , dia ambil lagi .
Hey , aku risau melihatnya makan. Mana taknya yang dalam mulut tu pun tak habis lagi tapi disumbatnya lagi ke dalam mulut. Tercekik nanti macam mana ?
"Tae , perlahan-lahanlah makan" kata ku risau tetapi dia malah makin menambah-nambah lagi .
"Aku tak kan berhenti makan selagi kau tak balas cinta aku" aku terkejut sebentar dengan apa yang dikatakannya tadi .
"dan kau janji jangan tinggalkan aku !" dia memasukkan lagi JuMeokBap ke dalam mulutnya yang semakin penuh.
"hey ! berhentilah , jangan paksa diri kau boleh tak" aku menutup bekal aku .
"jawab dulu !" aku terkejut apabila air matanya jatuh di pipi. Dㅡdia menangis ?
Aku terus memeluknya erat dan menyuruhnya menghabiskan sisa yang berada di dalam mulutnya itu , kesian melihatnya .
"Tae ! aku pun sukakan kau , berhenti lah ! kau buat aku risau" kata ku menatapnya .
"janji jangan tinggalkan aku" dia membalas pelukan ku dengan air matanya yang makin deras mengalir .
"Iya ! aku janji tak akan tinggalkan kau. Kau pun janji dengan aku nae ?"aku menggosok-gosok belakang badanya . Aku hendak meleraikan pelukannya tapi malah dia mempereratkan lagi pelukan itu .

ANDA SEDANG MEMBACA
[ Stand By Me ] ✔
FanfictionMin Jungshin merupakan seorang gadis yang tinggal bersama abang kandung kesayangannya iaitu Min Yoongi , semuanya berlaku selepas kematian kedua ibu bapa mereka . Namun , itu tidak menghalang kebahagian Jungshin dan Yoongi . Berasa bahagia kera...