Bab 4

4.9K 105 1
                                    

SEHARIAN Farra Hani duduk di butik pakaiannya yang baru di Setia City Mall, menguruskan pakaian dan aksesori yang baru sampai dari Korea dan Jepun. Inilah dunianya. Dia memang gemar meluangkan masa lapangnya di butik. Dia lebih bahagia di situ berbanding di rumah. Kadang-kadang gadis itu akan mereka pakaiannya sendiri. Memang itu hobinya sedari dulu.

Sesungguhnya, Farra Hani terhutang budi kepada Dato Manaf, pak longnya merangkap kembar Tan Sri Mansur. Dato Manaf yang memberi cadangan kepada Farra Hani untuk membuka butik sendiri.

Mika melangkah masuk ke dalam butik. Matanya terhala ke arah Farra Hani yang sedang ralit melayan seorang pelanggan wanita berbangsa Cina. Sedikit pun Farra Hani tidak sedar kehadiran Mika. Senyuman nipis terukir di bibir lelaki itu. Gembira melihat wajah Farra Hani yang berseri-seri. Mika menyandarkan tubuhnya di dinding. Setia menanti Farra Hani.

Mika berdeham sebaik sahaja pelanggan Cina tadi membuat bayaran di kaunter. Matanya masih memandang Farra Hani yang sedang memerhati keadaan butiknya.

"Miss, could you help me?"

Farra Hani terus menoleh ke belakang sebaik sahaja mendengar suara yang cukup dikenalinya. Sebuah senyuman terus terlakar di bibir.

"Mika... You buat apa kat sini?" soal Farra Hani sambil mendekati kawan baiknya.

"I nak jemput you la."

"Jemput I? Jemput I ke mana?"

"To celebrate birthday Trisya. You lupa, eh?"

Buat seketika, Farra Hani terdiam.

"I tak lupa. Tapi I tak pergi kut."

Rahang Mika hampir terjatuh. Terkejut dengan ayat penyata Farra Hani.

"Hani, you serius ke? Kita tak pernah miss celebrate birthday Trisya . She's our friend, kan..."

"I tahu. Tapi..." Farra Hani mengetap bibirnya. Wajah Farra Hani ditundukkan sedikit. Tidak berani memandang wajah Mika.

"I dah tak pergi tempat macam tu."

Ketawa kecil terlepas dari bibir Mika.

"Rupa-rupanya itu sebab you. Hani, I tahu you dah tak pergi tempat macam tu lagi. Jangan risau. Kali ni kita celebrate birthday Trisya dekat kafe kawan I. No alcohols. Only coffee and soft drink. Okay?"

"Oh, really?"

Mika mengangguk pasti. "Jomlah. Nanti kita lambat pula. Dia orang semua rindukan you tau."

"Trisya tak kesah ke celebrate kat situ?"

"Dia tak kesahlah. She's really miss you."

"I miss her too. Hmmm, you tunggu kejap. I nak ambil beg kat dalam bilik."

Sesudah menghabiskan bicaranya, Farra Hani terus masuk ke dalam bilik kecil di sudut belakang butik. Bilik yang sudah dijadikan seperti pejabatnya. Tas tangan dicapai dan dia keluar semula.

"Phiya, akak balik dulu, ya," beritahu Farra Hani kepada pekerjanya. Kemudian dia mendekati Mika yang sedang memerhati aksesori di butiknya.

"Let's go, Mika. Kita singgah Typo kejap. I nak cari hadiah untuk Trisya dulu."

"Okey, sayang..." Mika terus menyambar tangan Farra Hani. Digenggamnya tangan gadis itu dengan penuh kasih sayang dan dia terus melangkah keluar dari butik.

Farra Hani hanya membiarkan tangannya digenggam Mika. Sudah letih menegur sikap terlebih mesra Mika.

"HANI!" jerit seorang gadis berambut pendek paras bahu dengan nada teruja. Gadis itu terus bangkit dari duduknya dan mendekati Farra Hani. Tubuh Farra Hani terus ditarik ke dalam pelukan.

Layakkah Aku?Where stories live. Discover now