PERBINCANGAN antara Mikail Amsyar dan beberapa wakil dari Impian Holdings termasuklah Azalea yang diadakan di bilik mesyuarat hotel berjalan dengan lancar. Persetujuan telah dicapai setelah hampir tiga jam mereka berbincang. Impian Holdings akan menyediakan kontrak dan Mikail Amsyar akan menandatangani kontrak tersebut sebaik sahaja kontrak itu siap. Projek terbarunya di Batu Ferringhi pasti akan membawa keuntungan berlipat kali ganda kepada Mikail Properties. Senyuman tidak lekang dari bibir Mikail Amsyar. Sekali lagi dia berjaya mendapatkan projek yang sangat menguntungkan.
Sebaik sahaja perbincangan mereka tamat, wakil dari Impian Holdings menjemput Mikail Amsyar untuk makan tengah hari bersama-sama. Sejujurnya dia cuba untuk mengelak untuk berlama-lama bersama Azalea. Bukannya dia tidak perasan renungan mata gadis itu. Argh... Kenapa pula Azalea merenungnya? Bukankah gadis itu sudah kecapi kebahagiaannya sendiri? Meskipun Mikail Amsyar berat hati untuk makan tengah hari bersama wakil-wakil Impian Holdings, lelaki itu terpaksa juga gagahkan diri untuk makan bersama-sama demi kepentingan syarikat. Sepanjang di meja makan, Mikail Amsyar tidak pandang langsung Azalea. Sama seperti di bilik mesyuarat. Lelaki itu anggap seolah-olah Azalea tiada di situ.
"Am... Am..."
Jeritan satu suara yang cukup dikenali Mikail Amsyar menghentikan langkah lelaki itu yang sudah bersedia untuk pulang semula ke biliknya. Mikail Amsyar menoleh ke belakang. Azalea dipandang bersama gaya profesionalnya.
"Ya, Puan Azalea. Do we still have business to discuss?" soal Mikail Amsyar tanpa nada mesra.
"Bukan ke wakil Impian Holdings dah balik? Kenapa you tak balik lagi?"
Azalea ketap bibir. Respons Mikail Amsyar yang tiada kemesraan membuatkan dia hilang kata buat seketika.
"Errr, Am free tak sekarang?"
"Encik Amsyar. Please address me formally, Puan Azalea. I free atau tak, that would come under the heading of none of your business. So, kalau tak ada apa-apa hal yang penting, I pergi dulu ya, Puan Azalea."
"Kenapa Am dah berubah?" tanya Azalea berani sebelum sempat Mikail Amsyar melangkah pergi.
Mikail Amsyar tergelak kecil. Sinis. "I dah berubah? Apa maksud you, Puan Azalea?"
"Stop acting like you don't know me, Am. Am kenal Lea. And stop call me Puan Azalea."
Kesabaran Mikail Amsyar mula menipis. "Apa yang Lea nak sebenarnya? Lea suruh Am cari kebahagiaan Am. Lea suruh Am lupakan Lea. Fine! Memang itu yang Am buat sekarang. So, kenapa Lea nak kacau Am?"
Wajah Azalea bertukar sayu. Kemarahan Mikail Amsyar memberi kesan yang mendalam kepadanya. Lelaki itu jarang memarahinya. Azalea memandang Mikail Amsyar dengan pandangan yang redup.
"Ya. Memang Lea yang suruh Am cari kebahagiaan Am. Memang Lea suruh Am lupakan Lea. Tapi Lea tak nak kehilangan Am sebagai kawan Lea. Tak boleh ke kita berkawan macam waktu dulu?"
Kepala Mikail Amsyar mula berasa pening. Matanya dipejamkan. Tidak mampu memandang pandangan redup Azalea. Apa Lea merepek ni? Macam mana Am nak berkawan dengan Lea macam waktu dulu dan pada masa yang sama Lea suruh Am lupakan Lea? Oh, Lea... Kenapa Lea kejam sangat? Hati Mikail Amsyar mula merintih.
"Bos Lea suruh Lea bawa Am jalan-jalan. Tengok Penang. Sebab itulah Lea tanya Am free ke tak... Am pernah datang sini?" Azalea cuba menceriakan suasana.
Mata Mikail Amsyar dibuka semula. Dia memberanikan diri untuk menentang pandangan redup Azalea.
"Am pernah datang sini, Lea. Lea tak perlu bawa Am jalan-jalan. Lagipun ni kan masa kerja Lea." Mikail Amsyar mula berlembut dengan Azalea.
YOU ARE READING
Layakkah Aku?
General FictionTajuk: Layakkah Aku Penulis: Azura Rasiddin Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-89-5 Harga: RM36 (Semenanjung) // RM39 (Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni 26 tahun Farra Hani hidup d...