Bab 15

5.7K 110 39
                                    

JAM di dashboard kereta menunjukkan pukul 11 pagi. Mikail Amsyar mengetuk-ngetuk stereng keretanya. Menghasilkan satu irama yang tidak pasti. Matanya sedari tadi terhala ke arah satu bangunan. Minda lelaki itu sedang berperang hebat. Perlukah dia masuk ke dalam butik itu dan bertanyakan tentang seorang gadis yang kerap mengganggu jiwanya belakangan ini?

Sedari semalam, Mikail Amsyar tidak tenang. Resah dan gelisah apabila panggilannya tidak dijawab dan mesejnya tidak berbalas. Keresahan dan kegelisahannya bertambah apabila dia tidak dapat menghubungi gadis itu langsung. Dia yakin gadis itu mematikan telefon. Tetapi kenapa? Kenapa Farra Hani tidak mahu menjawab panggilannya? Kenapa Farra Hani tidak membalas mesejnya?

Mikail Amsyar masih berkira-kira sama ada mahu masuk ke butik ataupun tidak. Masa terus berlalu. Lelaki itu masih di dalam kereta. Setelah lama berfikir, dia mengambil keputusan untuk mencari gadis itu dan menagih sebuah jawapan. That girl really drives me crazy, desis hati Mikail Amsyar sambil melangkamasuk ke dalam butik.

Sebaik sahaja dia menolak pintu kaca butik, mata Mikail Amsyar meliar mencari Farra Hani dan apabila pencariannya gagal, dia mula mencari kawan Farra Hani. Erin. Senyuman terlakar di bibir sebaik sahaja ternampak Erin yang sedang menyusun aksesori di satu sudut. Lelaki itu terus mendekati Erin.

"Hai... Kawan Kak Hani, kan? Buat apa kat sini?" Erin menegurnya terlebih dahulu.

"I'm glad that you remember me. I cari Farra. Dia ada datang sini tak?"

Erin menggigit bibir perlahan. Gadis itu mula nampak gelisah. Mikail Amsyar mula mengesyaki sesuatu.

"Dia ada kat sini, kan?"

Erin mula menggaru kepalanya. "Hmmm, Kak Hani... Kak Hani..."

"It's okay. I dah jumpa dia," ucap Mikail Amsyar setelah matanya menangkap kelibat Farra Hani yang sedang melangkah ke arahnya. Lelaki itu terus mengukirkan senyuman. Namun, senyuman lelaki itu pudar apabila Farra Hani lalu di sebelahnya tanpa memandang dirinya. Dahi Mikail Amsyar berkerut. Dia tak nampak aku ke? Badan aku punyalah besar kat sini, takkan dia tak nampak? Mikail Amsyar berpaling ke belakang, memandang Farra Hani. Dia mula mengesan sesuatu yang tidak kena. Lelaki itu terus memandang Erin, meminta penjelasan.

Erin melepaskan keluhan. "Dari Kak Hani masuk butik lagi dia dah macam tu. Saya rasa something bad happen kat dia semalam. Sebelum dia balik semalam, dia okey aje. Dia happy tapi hari ni..." Erin tidak menghabiskan bicaranya. Sebaliknya, dia menyuruh Mikail Amsyar menyambung sendiri apa yang cuba disampaikan.

"Okay, thank you for your information." Mikail Amsyar terus mengejar Farra Hani lalu mengekori gadis itu.

Di butik, Erin hanya memandang. Telefonnya dikeluarkan dan dia menuju ke satu tempat yang terpencil. Tiada siapa di situ. Hanya dia. Erin mula menghubungi seseorang.

"Uncle, abang Mika datang ofis cari Kak Hani. Sekarang ni, dia tengah ekori Kak Hani. Erin tengok Kak Hani murung aje hari ni. Dia tak ceria macam selalu. Erin rasa dia menangis tadi."

"Thank you, Erin. Uncle akan hantar orang untuk intip mereka berdua. Kalau ada apa-apa yang mencurigakan, terus call uncle especially hubungan abang Mika dengan Hani," ucap satu suara garau di hujung talian.

"Baik, uncle."

FARRA HANI tidak menyedari langsung dirinya sedang diekori. Dia melangkah masuk ke sebuah kafe. Kafe kegemarannya. Kakinya melangkah ke sebuah meja di tepi dinding kaca. Itulah tempat biasanya. Secawan Hot Cappuccino dipesan. Sementara menunggu pesanannya tiba, Farra Hani merenung ke luar melalui dinding kaca. Matanya terhala ke arah luar kafe namun mindanya tiada di situ. Mindanya terbang jauh mengingatkan mimpinya malam tadi. Begitu juga cacian Puan Sri Faridah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 23, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Layakkah Aku?Where stories live. Discover now