Bab 10

3.4K 67 2
                                    

JAM menunjukkan pukul tujuh pagi saat Farra Hani menuju ke pantai. Awal gadis itu bangun pagi Jumaat itu. Usai menunaikan solat subuh, gadis itu terus memutuskan untuk mengambil angin di pantai sambil mencari ilham untuk mereka pakaian. Pakaian untuknya dan juga Trisya. Trisya ada menyuruh mereka sehelai gaun malam.

Farra Hani melabuhkan punggungnya di atas pasir. Buku lakarannya terletak elok di atas paha. Sebatang pensel terselit di celah jari-jemari Farra Hani. Rambut Farra Hani dibiarkan bebas. Bersama deruan ombak dan kicauan burung, Farra Hani mula melakar. Gadis itu seolah-olah berada di dalam dunianya sendiri.

Sebuah senyuman terukir di bibir Farra Hani sebaik sahaja dia berjaya menyiapkan satu lakaran. Senyuman yang menandakan dia sangat berpuas hati dengan lakaran itu. Buku lakaran ditutup dan diletakkan ke tepi. Farra Hani mula menikmati suasana pagi yang mengasyikkan. Matanya diliarkan ke sekeliling dan terhenti pada satu arah. Dari kejauhan, Farra Hani bisa melihat Mikail Amsyar yang sedang duduk termenung sama sepertinya. Satu keluhan kecil terlepas dari bibir nipisnya. Mikail Amsyar seperti menjauhkan diri darinya sejak peristiwa di tempat letak kereta. Sudah dua hari berlalu sejak kejadian itu. Dalam masa dua hari ini, Farra Hani pernah terserempak dengan Mikail Amsyar tetapi lelaki itu akan berpura-pura tidak melihatnya. Apabila Farra Hani keluar ke beranda dan Mikail Amsyar sudah berada di berandanya, lelaki itu akan segera masuk.

Dia marah aku ke? Atau merajuk? fikir Farra Hani tiba-tiba. Mata Farra Hani masih lagi terhala ke arah Mikail Amsyar. Agak-agaknya, apa yang sedang dia fikir, ya? Pasal ex-girlfriend dia ke?

Farra Hani pantas menggeleng. Ya Allah, Hani. Apa yang kau fikir ni? Stop thinking about him. Baru sahaja Farra Hani memarahi dirinya, hatinya mula tertanya-tanya sesuatu. Perlukah dia berkawan dengan Mikail Amsyar? Sudah dua hari berlalu, baru kini Farra Hani berfikir.

Nafas ditarik dalam lalu dihela perlahan-lahan.

"Okey, Hani. Sekarang kau fikir dalam-dalam. Apa yang kau dapat kalau kau kawan dengan dia? Rasanya lebih baik kau biarkan aje mamat tu. Dia bencikan kau. Kalau dia tahu kau yang rosakkan adik dia, habislah kau. So, buat apa kau nak berkawan dengan dia? Buang masa aje. Kau abaikan aje dia. Dia nak marah kau ke, nak merajuk ke, nak kata kau sombong ke, jual mahal ke... Biarkan aje dia."

Farra Hani mengangguk-anggukkan kepalanya. Yakin dengan keputusannya. Keyakinan Farra Hani mula hilang saat mindanya mula terfikir sesuatu.

"Tapi Hani, kalau kau kawan dengan dia, kau boleh siasat sama ada keluarga dia terlibat dengan kejadian malam tu atau tak. Kau boleh tahu, apa yang dia dan keluarga dia sedang lakukan? Mana tahu dia orang yang rancang nak hancurkan business keluarga kau."

Farra Hani mendengus kuat. "Hesy, habis tu nak kawan ke tak ni?" soal Farra Hani hampir terjerit. Farra Hani mula berdebat dengan dirinya sendiri. Mula menimbang tara untuk membuat keputusan.

Setelah lama berperang dengan dirinya, Farra Hani menyimpan buku lakaran ke dalam beg galas dan mula mendekati Mikail Amsyar. Ya, keputusan telah dicapai. Dia tak rugi apa-apa pun kalau berkawan dengan Mikail Amsyar. Yang penting, dia dapat menyiasat lelaki tu. Dia boleh ambil tahu tentang aktiviti lelaki itu. Mana tahu ada yang mencurigakan. Lagipun, bukan dia yang terhegeh-hegeh nak kawan dengan lelaki tu. Mikail Amsyar yang beria-ia nak berkawan dengannya.

Langkah Farra Hani terhenti setelah dia berada hampir dengan Mikail Amsyar. Rambutnya yang kusut akibat ditiup angin dibetulkan. Sebelum menegur lelaki itu, Farra Hani mengumpul kekuatan. Ingat, Hani. Kau buat ni untuk arwah papa. Seketika kemudian, Farra Hani berdeham.

"Hai, Am..." tegur Farra Hani dengan nada yang cukup ceria.

Mikail Amsyar berkalih ke tepi. Pandangannya dihalakan ke arah Farra Hani yang sedang melabuhkan punggung di sebelahnya. Manis sahaja wajah Farra Hani pagi itu. Tidak seperti sebelum ini.

Layakkah Aku?Where stories live. Discover now