Bab 6

3.4K 64 0
                                    

KERETA Suzuki Swift yang dipandu Farra Hani menyusur perlahan ke laman rumah Dato Manaf. Seawal jam tujuh pagi Farra Hani sudah tiba di rumah pak longnya. Ceria sahaja wajah gadis itu. Keterujaan terserlah di wajahnya. Mana tidaknya... Hari ini, dia akan menghabiskan masa bersama-sama Airil dan Dato Manaf di Bukit Tinggi. Hari minggunya diisi dengan percutian bersama keluarga Dato Manaf.

Pintu kereta ditutup sebaik sahaja Farra Hani melangkah keluar dari kereta. Kemudian, gadis itu berlari-lari anak menuju ke pintu rumah yang masih tertutup. Laju sahaja tangan Farra Hani mengetuk pintu tersebut.

"Assalamualaikum. Pak long... Hani dah sampai ni!" laung Farra Hani seraya tangannya masih mengetuk pintu rumah.

"Hesy, tak bangun lagi ke dia orang ni? Mak Nab pun tak bangun lagi ke?" Farra Hani mula membebel seorang diri apabila dia tidak menerima sebarang respons. Tanpa membuang masa, Farra Hani mengeluarkan kunci rumah. Farra Hani memang memiliki kunci rumah Dato Manaf sedari dulu lagi. Namun, dia menggunakan kunci itu apabila perlu sahaja. Contohnya sekarang.

Farra Hani tersenyum nakal. Pintu rumah dibuka dan gadis itu melangkah masuk ke dalam.

"Pak long... Abang Airil... Hani dah datang ni." Mata Farra Hani meliar memandang sekeliling.

"Mak Nab... Oh Mak Nab. Mak Nab kat mana?" Gadis itu memanggil pula pembantu rumah pak longnya.

"Mak Nab cuti hari ni."

Terkejut Farra Hani apabila mendengar suara garau pak longnya. Hampir sahaja dia terlanggar meja di sisinya. Farra Hani mengurut dada lalu memandang Dato Manaf yang sedang berdiri di tangga.

"Hesy, pak long ni. Buat terkejut Hani aje. Hani panggil tak sahut."

Dato Manaf melepaskan tawa sambil menuruni anak tangga. "Terkejut konon. Pak long lagi terkejut tau dengar suara Hani. Awalnya Hani datang. Baru pukul tujuh. Airil cakap semalam, kita gerak pukul sepuluh."

"What?! Pukul sepuluh baru nak gerak?" Farra Hani sudah bercekak pinggang.

"Yalah. Bukit Tinggi tu bukan jauh mana pun. Satu jam dah sampai."

Wajah Farra Hani sudah bertukar masam. "Hesy, Hani tak kira. Kejap lagi kita gerak. Kalau kita gerak awal, banyak tempat kita boleh pergi. Hani baru ingat nak ajak pak long dengan Abang Airil ke Kuala Gandah. Tengok gajah mandi."

"Laaa... Gajah mandi pun Hani nak tengok," usik Dato Manaf.

"Yalah. Pak long ingat Hani pernah tengok ke? Dah, dah... Jangan buang masa lagi. Sekarang ni, pak long naik atas balik. Pak long pergi mandi. Hani nak kejut Abang Airil," tutur Farra Hani bersama mimik muka.

Tangan Farra Hani menolak tubuh Dato Manaf yang sudah berada di depannya.

"Dah... Jom, kita naik atas balik."

"Hesy, Abang Airil ni, kan. Ni mesti tengah membuta lagi ni. Hari bekerja boleh pula bangun awal. Bila hari minggu aje, tidur sampai tengah hari," bebel Farra Hani sambil menaiki tangga. Gadis itu terus menuju ke bilik Airil. Pintu bilik lelaki itu diketuk bertalu-talu sambil mulutnya bising memanggil nama Airil.

Pintu bilik terbuka setelah ketukan yang kelapan. Tersembul wajah Airil yang masih lagi mamai. Mata lelaki itu masih lagi terpejam.

"Apa bising-bising ni, Hani? Abang mengantuklah."

"Abang... Abang kan dah janji nak pergi bercuti hari ni. Pergilah mandi. Nak dekat pukul lapan ni," rengek Farra Hani.

"Awal lagi la, Hani. Abang nak tidur kejap." Airil terus menuju ke katil lalu menghempaskan tubuhnya.

Layakkah Aku?Where stories live. Discover now