Bab 13

2.8K 57 0
                                    

SEAWAL jam sembilan pagi Farra Hani sudah berada di butiknya dan sehingga sekarang dia berada di bilik yang terletak di sudut belakang butik. Gadis itu tekun menjahit pakaian mengandung untuk Kaisara. Gadis itu ditemani oleh alunan lagu daripada komputer riba. Ceria sahaja wajahnya. Teruja nak siapkan pakaian buat kakak iparnya. Ini merupakan kali pertama Farra Hani menjahit pakaian mengandung. Meskipun gadis itu teruja, terselit juga perasaan bimbang. Dia khuatir kakak iparnya tidak selesa dengan pakaiannya.

Sedang Farra Hani leka menjahit, pintu biliknya diketuk. Muncul Erin di sebalik pintu bersama sengihan.

"Nah... Sandwic untuk Kak Hani. Chicken Teriyaki with onion, pickle and more salad. No tomatoes, no olives and no mustards." Bungkusan plastik yang berwarna putih dan tertulis Subway diletakkan di atas sebuah meja bulat yang bersaiz sederhana. Tanpa disuruh Erin melabuhkan punggungnya di atas kerusi. "Thank you, Erin. Dah tahu favourite sandwic Kak Hani nampaknya ni. Bagus, bagus," ucap Farra Hani bersama senyuman manis.

Erin membalas senyuman Farra Hani. "Tengok oranglah. Erin dah hafal favourite food Kak Hani la. Dah-dah la menjahit tu, Kak Hani. Jomlah makan dengan Erin. Erin break kejap aje ni. Kejap lagi Hanna dengan Nani pula nak break."

"Yalah, yalah." Farra Hani berhenti menjahit. Dia melangkah mendekati Erin dan duduk berhadapan dengan gadis itu.

"Ni Kak Hani punya. Ni Erin punya." Erin meletakkan sebungkus sandwic di hadapan Farra Hani bersama-sama minuman dan biskut coklat.

Farra Hani membuka bungkusan sandwicnya. Terus perutnya terasa lapar. Usai membaca doa makan, gadis itu terus menjamah makanan tengah harinya bersama dengan pekerja kesayangannya. Erin merupakan pekerja pertamanya dan sehingga sekarang gadis itu masih setia bekerja dengannya. Farra Hani memang rapat dengan Erin dan sangat mempercayai gadis itu.

"Kak Hani..." panggil Erin meleret.

"Lain macam aje panggil akak. Kenapa?"

Erin tersengih. Dia mendekatkan tubuhnya ke meja. "Mamat handsome semalam tu kan, dia ex-boyfriend Kak Hani ke?"

Farra Hani tergamam seketika. Kemudian, gadis itu cepat-cepat mengawal riak wajahnya. Dia cuba berlagak biasa. Perlahan-lahan dia mengunyah makanannya.

"Handsome ke lelaki semalam tu?" soal Farra Hani bersahaja.

"Handsomelah, kak. Macho kut. Memang lelaki idaman Erin. Erin tengok dia macam suka akak aje. Siapa dia tu?"

"Handsome, eh? Handsome la kut. Dia bukan ex-boyfriend akak la. He just someone that I barely know."

Mata Erin mengecil. "Erin tengok Kak Hani macam tak suka dia aje. Dia ada buat apa-apa ke?"

"Tak ada apa-apalah. Makanlah sandwic tu. Kata break kejap aje."

Teguran Farra Hani membuatkan Erin tersengih. Mereka kembali menjamah makanan mereka. Sesekali Farra Hani menyedut minumannya. Deringan telefon pintar Farra Hani membuatkan gadis itu bangkit dari duduk dan mengambil telefon pintar di atas meja kerjanya. Mata Farra Hani terhala pada skrin telefon, melihat nama pemanggil. Bibirnya diketap.

"Apa pasal Kak Hani tak jawab call tu?" soal Erin apabila Farra Hani hanya membiarkan telefonnya berdering sehingga termati sendiri.

"Malaslah."

"Boleh pula macam tu. Ha, dia call lagi tu. Jawablah."

Kepala Farra Hani digelengkan. Dengan selamba, Farra Hani menghabiskan sisa sandwicnya. Air yang masih berbaki disedut setelah sandwicnya habis. Perut yang kekenyangan membuatkan dia tidak menyentuh biskut coklat yang masih di dalam beg kertas.

Layakkah Aku?Where stories live. Discover now