Bab 5

6.1K 123 29
                                    

"BETUL ni Hani nak makan salad aje?" soal Airil sebaik sahaja pelayan yang mengambil pesanan mereka berlalu pergi.

Farra Hani mengangguk yakin.

"Jaga badan ke cik adik, oi. Bodi Hani dah okey dah. Tak payah nak jaga sangat."

"Mana ada..." Farra Hani mencebikkan bibirnya.

"Hani tak laparlah. Hani sebenarnya malas nak makan tengah hari tapi Hani kesian tengok abang Hani ni. Tak ada orang nak teman dia lunch. Itulah, Hani dah suruh cari girlfriend, tapi tak mahu. Apa yang seronoknya bercinta dengan kes-kes abang tu? Pagi petang siang malam duk menghadap kes. Apa yang kes-kes abang tu boleh buat? Teman abang makan pun tak boleh. Setakat dating kat court ajelah yang mampu," seloroh Farra Hani bersama mimik muka.

Terjegil mata Airil mendengar bebelan Farra Hani.

"Amboi... Sejak bila pandai bebel ni, hah? Oh... Hani tak ikhlas eh teman abang lunch? Okey, fine! Lain kali abang tak nak ajak Hani."

Farra Hani gelak santai. "Hani bukan nak membebel. Tapi Hani nak abang cari girlfriend. Tengok along tu. Dah ada isteri. Boleh jaga along. Malam tadi, along balik lambat. Pukul dua belas pun tak balik lagi. Kak Sara tunggu along tau. Abang tak jealous ke? Abang tak nak ke bila abang balik kerja, isteri abang dah tunggu kat depan pintu?"

Riak wajah Airil berubah sedikit apabila nama Kaisara disebut. Namun, dia cepat-cepat mengawal riak. Tangannya terus mencuit hidung adik saudaranya.

"Hani sayang, abang bukannya tak nak cari girlfriend. Abang Hani ni bukannya tak laku, bukannya tak handsome... Tapi semua perempuan takut nak dekat dengan abang tau. Hani tahu kenapa?"

"Tahu! Sebab abang garang, abang ganas, abang suka berlagak macho!" Cukup selamba Farra Hani berbicara.

"What?! Mana ada abang garang? Ganas? Bila masa pula abang ganas ni? And one more thing, my sweetheart... Abang tak berlagak macho. Tapi abang memang macho. It's the fact and you can't deny it."

Farra Hani melepaskan tawa. Poyo! Dia menyebak rambutnya ke belakang.

"Perasan. Dah tu kenapa dia orang takut dengan abang?"

"Sebab..." Airil mendekatkan tubuhnya dengan Farra Hani.

"Hani selalu berkepit dengan abang. Dia orang ingat Hani ni girlfriend abang. Ha, sebab itulah sampai sekarang abang tak ada girlfriend. So, sekarang ni Hani yang kena cari boyfriend. Bila Hani dah ada boyfriend, Hani tak akan berkepit dengan abang lagi. Masa tu barulah perempuan-perempuan kat luar sana berani dekat dengan abang." Airil senyum segaris. Pandai dia memanipulasi keadaan. Kini, Farra Hani yang terkena.

Wajah Farra Hani kelat. Badannya tersandar ke belakang. Bibir sudah terjuih ke depan. Riak wajah Farra Hani mengundang tawa dalam hati Airil.

"Baru cakap sikit dah merajuk. Abang gurau ajelah."

"Mana ada merajuk. Hani malas nak layan abang aje."

"Tak merajuk konon. Bibir terjuih tu dah kenapa?"

Farra Hani memandang geram ke arah Airil. Napkin di atas meja dicapai dan dicampak ke arah Airil.

"Jahatlah abang ni. Hani benci abang."

Terkekek-kekek Airil mentertawakan adik saudaranya. Napkin yang dibaling ke arahnya diambil dan diletakkan semula ke atas meja.

"Dah la tu. Jangan masamkan muka tu lagi. Abang gurau aje. Lain kali jangan nak kenakan abang. Sekarang ni, siapa yang dah terkena?"

Layakkah Aku?Where stories live. Discover now