TUBUH Mikail Amsyar disandarkan ke kerusi. Dia ingin berehat seketika. Sejak masuk ofis tengah hari tadi, lelaki itu sibuk merangka kertas kerja untuk projek terbarunya. Tali leher dilonggarkan. Tangan lelaki itu mula memicit-micit ubun-ubunnya. Picitan Mikail Amsyar semakin lama semakin perlahan. Telefon pintar di atas meja dicapai dan dia mula membuka galeri foto.
Mata Mikail Amsyar merenung skrin telefonnya yang memaparkan gambar seorang gadis. Gambar yang diambil secara curi-curi sewaktu di Bukit Bendera. Ya, dia menangkap gambar Farra Hani secara curi-curi. Sewaktu dia bersiar-siar dengan Farra Hani di Pulau Pinang, memang banyak gambar yang mereka ambil tetapi semuanya menggunakan kamera Farra Hani.
Mikail Amsyar seolah-olah dilantik menjadi jurugambar tidak rasmi untuk mengambil gambar gadis itu. Namun, apabila Mikail Amsyar ingin mengambil gambar Farra Hani menggunakan telefon pintarnya, gadis itu melarang keras. Disebabkan itu, dia terpaksa menangkap gambar Farra Hani secara curi-curi.
Kalendar yang terletak di sudut hujung meja dipandang. Sudah dua bulan berlalu selepas pertemuannya dengan gadis itu di Batu Ferringhi. Dalam masa dua bulan ni, dia tidak pernah terserempak ataupun bertembung dengan gadis itu.
"Why am I so attracted to you, huh?" soal Mikail Amsyar perlahan bersama senyuman nipis di bibir.
"Am I in love with her?" Soalan yang baru terbit di bibir membuatkan Mikail Amsyar terkaku seketika. Kepalanya terus digeleng-gelengkan. Tawa kecil terlepas dari bibirnya. Menafikan andaiannya sebentar tadi.
"Argh, tak mungkin! Aku cuma tertarik aje dengan dia. That's all."
Telefon pintar dicampak ke atas meja semula. Senyuman masih terhias di wajah Mikail Amsyar. Senyuman yang seolah-olah mengejek dirinya.
"Macam manalah aku boleh terfikir macam tu. Dah gila ke apa aku ni?"
Mikail Amsyar mula membetulkan duduknya. Dia ingin menyambung kerja yang terbengkalai sebentar tadi. Pen di atas meja dicapai. Fail yang ditutup sebelum dia mengambil masa lima minit untuk berehat, dibuka semula.
"Well, kalau dah ditakdirkan aku akan bertemu dengan dia, aku pasti akan bertemu dengan dia," ucap Mikail Amsyar perlahan. Lelaki itu mengetap bibir.
"Ya Allah, Am... Fokus, fokus. Tak sampai satu minit kau baca dokumen ni, kau dah teringatkan dia balik." Mengucap panjang lelaki itu menyedari kelalaian diri. Dan kemudian Mikail Amsyar mula fokus pada kerjanya. Tiada lagi bayangan ataupun kenangan yang mengganggu minda. Yang ada hanyalah idea-idea bernas untuk projek terbarunya. Lelaki itu benar-benar bekerja keras untuk memajukan syarikatnya.
Deringan telefon pintar mengganggu konsentrasi Mikail Amsyar. Matanya menjeling nama pemanggil. Maria Aqila. Panggilan daripada ratu hatinya terus dijawab.
"Assalamualaikum, Doktor Aqila. Is there anything I can help you?"
Di hujung talian, Mikail Amsyar dapat menangkap ilai tawa Maria Aqila.
"Waalaikumussalam. Yes, along. I really need your help."
"Tolong apa?"
"Adik ada tempah satu baju ni dan tadi adik dapat call. Baju adik dah siap. Boleh tak along tolong ambilkan? Adik on call hari ni."
"Alah, ni yang along malas ni. Adik ambillah bila adik free. Tak boleh ke?" tutur Mikail Amsyar dengan nada malasnya.
"Tak boleh! Adik tak sabar nak tengok baju adik tu. Adik nak bila adik penat-penat balik dari hospital, baju tu dah ada kat depan mata. Kat depan mata adik. Please, along... Ambilkan..." rengek Maria Aqila.
YOU ARE READING
Layakkah Aku?
General FictionTajuk: Layakkah Aku Penulis: Azura Rasiddin Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-89-5 Harga: RM36 (Semenanjung) // RM39 (Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni 26 tahun Farra Hani hidup d...