Bab 4: Mimpi

2.2K 118 0
                                    

*kihkihkihkih*
"Ayu~~~~" namanya dipanggil dengan lembut tapi agak menyeramkan disulami dengan hilai tawa seperti pontianak, membuat Rohayu yang tidak tahu di mana keberadaannye yang agak gelap gelita membuatkannya sukar untuk melihat sekeliling.

Tidak lama setelah itu Rohayu ada melihat satu cahaya yang tidak jauh darinya muncul, membuatkan Rohayu terus sahaja menuju ke arah cahaya tersebut, tetapi apabila makin dan mendekat ia jauh, membuatkan Rohayu hanya diam statik dan tidak mengejar ke arah cahaya, lama kelamaan cahaya itu memunculkan beberapa sosok tubuh. Rohayu hanya mengamati untuk mengenal pasti siapa gerangan sosok-sosok tubuh tersebut.

Alangkah terkejutnya Rohayu bukan kepalang, membuatkan Rohayu dengan sepantas kilat mengalihkan pandangan kebelakang lalu membuka langkah seribu untuk berlari sejauh yang mungkin dari sosok tubuh yang merupakan hantu-hantu yang ada di Pasar Hantu, dan paling menakutkan Rohayu adalah sosok tubuh yang besar dan sasa yang menunjukkan muka yang bengisnya serta beberapa hantu yang lain juga.

"Makkkk...~" dia menjerit sekuat hati sambil berlari tetapi benda itu tetap mengejarnya membuatkan Rohayu menanggis ketakutan. "Korang... Tolang aku~~~" sambil teresak-esak dia menjerit.

Dia yang semakin kekurangan tenaga, lariannye semakin slow... Membuatkan benda itu semakin dekat dan mendekat.
Rohayu terus terduduk dan memeluk kakinya dan menyebamkan mukanya ke lutut dan tidak sanggup melihat 'benda' itu mendekat kepadanya. 'Benda' itu yang telah mendekat telah mengelilingi Rohayu, ada yang ketawa mengekek, ada yang mendengus, ada yang meniup-niup dan ada yang mengilai. Rohayu yang terlampau takut, terus sahaja menanggis sekuat hatinya.*hukhukhuk* kedengaran suara Rohayu tersedu sedan menanggis sambil berkata, "se..siapaaa tooollongg.. lah ayu!"

Tetapi tiba-tiba Rohayu yang tadi merasa ruang yang begitu sempit sebab dikelilingi mereka kini merasa begitu luas, membuatkan Rohayu ingin mengangkat muka. Angkat sahaja muka, ia melihat ada sesosok tubuh yang terlihat berbalam-balam dek kerana terlampau banyak air mata, dalam samar-samar ia dapat melihat orang itu berpakaian serba putih. Rohayu segera mengesat matanya untuk melihat siapa gerangan pemilik tubuh itu.

"Atuk!" Rohayu menjerit kerana yang didepannya adalah atuknya yang sangat dirindui. Rohayu terus bangun dan ingin memeluk atuknya, tetapi tidak dapat disentuh tubuh badan atuknya. Atuknya hanya tersenyum memandang Rohayu, selepas itu, muncul satu persatu pula Adam, Aqish, Am dan diikuti Syazlin. Muka mereka menunjukkan kesedihan dan terseksa serta terdapat kelesuan terpamer di muka rakan-rakannya.

"Ayu... Kamu harus pergi dari rumah kamu yang sekarang. Kerana rakan-rakanmu dan ibu mu akan terseksa." atuknya berkata.
"Benda-benda itu menjadi marah kerana kamu mencerobohi tempat mereka. Dan ini adalah apa yang akan terjadi kepada rakanmu jika tidak dengan segera pergi dari rumah kamu itu!" amarah atuknya. Kerana tidak sangka Rohayu menggunakan kuasanya untuk suka-suka bukan untuk menolong.

"Bai....ikk..laaahh a...ttuuk" tergagap dia menjawab kemarahan atuknya.
Tidak lama selepas itu bayangan-bayangan itu semua menghilang.

Tiba-tiba Rohayu merasa seperti terjatuh, tetapi lama sangat untuk sampai ke penghujung dan dia juga pelik padahal dari tadi dia tidak bergerak kemana-kemana, hanya duduk di atas lantai. Macam mana dia boleh merasa seperti jatuh?

*Kedebukkkk*
Seperti nangka busuk jatuh. Rohayu terus membuka mata dan dia melihat sekeliling.. Ni bilik aku ni! Katanya di dalam hati.

"Ayuuuuu!!! Bunyi apa tu??" kedengaran mak dia menjerit di bawah. Tidak lama selepas itu terdergar ada orang yang berlari kearah bilik dia.

*kreaakk*
Kedengaran pintu terkuak. Rohayu dengan segera duduk kerana tidak mahu terkantoi yang dia baru sahaja jatuh katil. "Wei! Ko kenapa beb?" kedengaran Aqish bertanya kepadanya yang baru masuk ke biliknya dan diikuti dengan rakannye yang lain.

"Ha?? Pukul berapa ni?" Rohayu bertanya kebingungan. "Baru pukul 12 tengah hari..kenapa?" jawab Am. "Ko nie tidur siang pon boleh ngigau ekh?" kata sayzlin pelik sebab mereka pon tidur juga tapi tidaklah ngigau macam si Rohayu ni. Mereka semua memang tidur tadi lepas solat subuh. Yelarkan penat dua hari tidak tidur malam. Lagi-lagi malam tadi mereka semua lari marathon. Penat kene kejar.
Jadi terus tidur, rohayu je tidur di biliknya yang lain tidak sanggup naik ke bilik hanya tidur bergelempangan di ruang tamu. Dengar je jeritan Mek Nah terus semua terbangun dan tengok Rohayu yang mungkin ada masalah.

"Aku mimpi atuk aku dengan kene kejar semua benda semalam...." Rohayu memulakan ceritanya.

"Habis macam mane sekarang?" Am kerisauan. "Nak cari rumah dalam masa terdekat susah."

"Tak pe, ko bawa barang-barang yang perlu dan bawa Mek Nah tidur kat rumah aku dulu." cadang Aqish. Yelarkan Rumah aqosh lebih besar dari yang lain dan ada bilik yang cukup untuk Rohayu dan Maknye.

"Ook" jawab Rohayu serba salah.

-----------

Pukul 5petang

Rohayu telah siap berkemas begitu juga maknya. Aqish telah tuggu di luar di dalam kereta Honda Jazznya. Cantik keretanya.
Yang lain sudah balik dulu selepas menutup hijab mereka kembali supaya tidak ada masalah lagi datang.

Sedang Rohayu masuk ke kereta Aqish, Rohayu perasan ada something yang sedang memandangnya dengan gembira. Apabila Rohayu menoleh sahaja, terdapat mahluk-mahluk yang muncul dalam mimpinya sedang memandangnya seperti gembira dengan pemergiannya.

Mak Rohayu menaiki keretanya sendiri dan mengikut dari belakang kereta Aqish. Sedang Rohayu memandang ke belakang untuk melihat-lihat maknya. Tiba-tiba muncul bayang-bayang yang berlari melintasi depan kereta Aqish. Membuatkan Aqish brek mengejut, dan Rohayu yang memandang belakang terus terhantuk kedepan.

"Adui!!" sakit kepalanya terantuk.
"Kenapa ni?"

"Tak tengok tu." sambil menunjukkan kedepan di tepi jalan ada benda seperti pontianak melambai-lambaikan tangan.

"Biarlah tu! Abaikan!" kata Rohayu.
" dia suka sebab aku nak blah dari sini."

Aqish hanya mengguk dan mula drive keretanya kembali. Nasib baik Mek Nah masih jauh kalau tidak naiya bontot kereta Aqish ni.

SixSenseWhere stories live. Discover now