"Argh..penatnya" Aqish berkata.
"Aah bestnya dapat kumpul macam ni selalu kan."kata syazlin sambil tersenyum.
Malam ni semua tidur di rumah aqish. Yang perempuan semua sebilik dengan Aqish manakala lelaki sebilik di bilik tetamu.Di bilik tetamu
"Bestnya persahabatan korang kan." Badi memulakan bicara apabila mereka bertiga baring di katil yang sama.
"Haruslah. Wei aku harap engkau selesa dengan kami." Adam berkata.
"Ha! Lagi satu aku dengan Rohayu dah sepakat, nak jadikan kau salah satu geng kami. Kau sudi tak?" Am mempelawa dengan ramah.
"Geng? Geng apa yang korang ada? Best tak?" Badi membuat muka blurnye.
"Haish. Geng kami ni macam 'ghost hunter' tapi kami kebanyakkannye hanya untuk melihat saja sebagai minat kami." Adam menerangkan dengan sabar.
"Ha Geng ni juga sebagai tanda untuk mengakrabkan lagi persahabatan kami." Am menambah.
"Owh.." sambil memuncungkan mulutnya. "Boleh juga." Badi bersetuju. "Lagipun, aku juga berminat tentang alam ghaib ni."
"Baguslah. Bak sini number whatsapp engkau." Am berkata sambil menghulurkan tangan.
"Sini handphone kau, biar aku taip." Badi pula menghulurkan tangannye.
Am menghulurkan handphonenya kepada Badi dan dia menaipkan nombor telefonya.
Setelah selesai. Mereka berbual tentang segala pengalaman mereka lalui kepada Badi. Agak riuh juga bilik itu dibuatnye dengan gelak tawa mereka.
"Korang ni sempoi juga ye. Aku ingat korang sombong." kata Badi sambil tersengih. Mereka yang lain hanya tersenyum.
"Wei. Korang tahu, aku juga ada kelebihan sixsense." Badi bercerita.
"Oh ya??" mereka agak terkejut dengan pengakuan dari Badi.
"Yup. Sebab itu juga aku dikurung." Bohongnya.
"Apa kelebihan yang engkau ada?" Am ingin tahu.
"Seperti Rohayu. Tetapi aku hanya dapat melihatnya dan boleh menghilangkan diri."
"Menghilangkan diri??" agak terlopong sikit mulut dua orang jejaka apabila mendengar pengakuan dari Badi. Mereka juga terfikir tentang yang berlaku petang tadi.
Badi nak sahaja tergelak melihat reaksi mereka yang agak melebih juga baginya. Tetapi hanya ditahan sahaja.
"Tutuplah mulut tu, masuk juga lalat." mereka yang mendengar terus menutupnya sambil tersenyum sebab reaksi mereka agak kelakar juga bagi diri sendiri.
"Dah-dah lah jom tidur." Badi berkata kerana dia melihat mata adam sudah mula kuyu menahan kantok.
"Ok." kata mereka serentak.
**********
Keesokkan paginyaSedang mereka bersarapan.
"Petang ni nak tak kite pergi hangout?" Aqish memberi cadangan.Mereka yang lain berhenti makan. Yang perempuan sudah tersenyum panjang.
"Wah! Best.. "Lin excited terlebih.
"Ok. Jom." lelaki berkata serentak.
"Korang ni nampak macam dah sepakat?" Rohayu berkata.
*ketawa mereka berderai*"Ala. Kami senang je nak rapat. Kan-kan.." Am berkata dan Badi serta Adam mengangguk.
"Ok. Macam ni. Pukul 5 semua siap ye. Semua mesti dah terpacak kat bawah. Kalau lambat aku tinggalkan." Aqish memberi arahan.
YOU ARE READING
SixSense
ParanormalRohayu mempunyai kelebihan yang diwarisi melalui bapa dan datuknya iaitu kelebihan deria keenam dan kelebihan untuk melihat masa lampau dan masa hadapan dengan hanya memegang gambar polaroid. Dengan kelebihan yang dia ada, dia gunakan untuk melihat...