Mereka berlima terus sahaja membersihkan muka dan mengambil air wudhuk setelah mendengar azan subuh berkumandang.
Usai sahaja solat subuh, Rohayu menceritakan semua kejadian yang dia alami sehingga membuatkan mereka menyammar menjadi hantu kepada maknya. Mek Nah hanya mendengar dengan teliti, habis sahaja Rohayu bercerita, terlihat maknya seperti mahu pengsan apabila mendengar Rohayu bercerita. Mek Nah seperti tidak percaya dengan cerita Rohayu, dia bertekad didalam hati, selesai sahaja Rohayu menjalankan aktiviti gila itu, dia akan bawa anaknya berpindah supaya tidak mendatangkan bahaya kepadanya pada masa akan datang.----skip----
Selesai sahaja mereka solat isyak, mereka terus sahaja bersiap sedia untuk mentransform diri sendiri jadi hantu dan berpakaian seperti hantu.
Pukul 11.30 malam
Mereka berlima keluar dari rumah Rohayu dan bersembunyi dicelah-celah semak samun yang ada di seberang jalan rumah Rohayu kerana rumah Rohayu adalah pengakhiran jalan untuk tamannya.
Sedang mereka tertunggu-tunggu, tiba-tiba
Kedengaran lolongan anjing yang panjang disertai dengan bunyi deruan angin
*woooassh*
Dengan sekali pandangan sahaja wujud pasar itu yang muncul bersamaan gerakan angin yang datang tadi. Mereka berlima terkejut dengan apa yang dilihat didepan mata, seperti berada di 'magic show'.Mereka masih menunggu sambil merakamkan apa yang berlaku didepan mereka, sementara menunggu pasar itu didatangi oleh pengunjung yang 'lain' supaya tidak terkantoi dengan 'penjual-penjual itu'.
Beberapa minit setelah itu muncul sesuatu bunyi, *kihkihkihkih* dari atas kepala, mereka yang merasa seram sejuk terus memandang keatas. Hampir terduduk mereka dengan apa yang mereka lihat di atas kepala, ada kain putih yang terbang terus ke pasar itu dan diikuti dengan bayangan hitam yang laju selaju cahaya bergerak ke arah 'pasar itu' dan dengan sekelip mata pasar itu terlihat beberapa pengunjung yang telah berada di situ.
Adam yang tidak sabar-sabar terus sahaja keluar dari semak-samun itu meninggalkan yang lain. "Wei! Adam sabar lah." Rohayu bersuara seperti berbisik tapi suara itu tidak dengari oleh Adam.
*kreaak*
Bunyi yang datangnya dari arah belakang, seperti ada orang yang akan datang mendekat, tanpa berlengah lagi mereka terus sahaja bangunan dan mengikut langkah Adam, Sempat juga Am menoleh ke belakang, apa yang ia lihat adalah beberapa sekumpulan seperti manusia tapi berpakain yang lusuh dan kulit yang pucat ada di tempat mereka sembunyi tadi.
"Korang!" Am memanggil yang lain supaya melihat juga, mereka menghentikan langkah dan melihat ke arah apa yang Am lihat, terkejut mereka, jika mereka tidak berlalu dari tempat persembunyian tadi, mesti mereka akan kantoi dengan hantu-hantu itu yang terlihat seperti mayat hidup.
Di gerai pertama yang mereka lihat ada jari-jari yang terhidang di atas meja itu, seperti nugget yang dicucuk dengan lidi. Tapi jari itu terlihat amat menjijikkan, ia terlihat mentah dan di salut dengan sos. Ekh, bukan sos tetapi... Darah! Tuan kedai itu tersenyum memandang mereka, mereka melihat tuan kedai itu tidak mempunyai badan yang ada hanya kepala diseratakan dengan usus-usus dan jantung yang masih berdenyut.
Rohayu Pov
Aku hampir sahaja termuntah dengan apa yang terlihat didepan mata, aku terus sahaja menarik lengan Adam supaya segera pergi ke kedai lain. Di kedai yang bersebelahan kedai tadi, tuan kedai terlihat agak menyeramkan dengan muka yang menyeringai, aku rasa mereka yang lain juga tidak berani melihat ke arah mukanya, di kedai itu terhidang janin bayi yang pelbagai bentuk di dalam balang. Aku amati dengan lebih dekat ke arah salah satu balang, tiba-tiba janin itu bergerak dan memandangku dengan muka yang marah dan menunjukkan taring.
YOU ARE READING
SixSense
ParanormálníRohayu mempunyai kelebihan yang diwarisi melalui bapa dan datuknya iaitu kelebihan deria keenam dan kelebihan untuk melihat masa lampau dan masa hadapan dengan hanya memegang gambar polaroid. Dengan kelebihan yang dia ada, dia gunakan untuk melihat...