Bab 5: Penunggu yang Ramah

2.2K 117 8
                                    

Rumah lama Rohayu di tinggalkan begitu sahaja, mereka akan ambil kesemua barang apabila telah jumpa rumah baru.

________________

Pabila pagar rumah Aqish terbuka sahaja luas secara automatik...

'Wu~~ *sambil memuncungkan mulut* banyaknye pembantu rumah Aqish ni' Rohayu bermonolog di dalam hati kerana terkesima dengan sambutan yang diberikan seperti berada di red karpet pon ada sebab sepanjang perjalanan dari pintu pagar ada orang yang menyambut kedatangannya.

"Ko yang teruja sangat kenapa beb?" pelik Aqish dengan perangai Rohayu yang teruja semacam, macamlah dia tidak pernah datang.

"Takdelah, ramainye ko punya maid, selalu aku nampak mak semah sorang je."

"Wei! Aku memang ada sorang je maid,mak semah je lah mana ad lain, ko jangan macam-macam Ayu!" Aqish memandang Rohayu sambil mengecilkan mata dan mula berasa seram dengan keterujaan Rohayu.

"Erm ok."Rohayu mematikan senyumannya kerana tidak mahu membuatkan rakannya takut, mungkin yang dia nampak ni..erm entahlah, dia pon tidak pasti. Sebab selama ni yang dia nampak hantu semua huduh-huduh kalau muncul pertama kali mana ada yang nampak macam manusia ni, maybe terlebih excited kot menyebabkan dia berimaginasi terlebih-lebih.

"Ok da sampai" Aqish berkata sambil turun dari keretanya, rumah Aqish adalah villa yang dikelilingi dengan taman-taman bunga yang cantik seperti istana. Tapi pelik, dia punya tukang kebun seorang sahaja tapi boleh berkebun dekat kebun bunga yang luas ni.

Rohayu juga turun dari kereta dan maknya juga dah sampai dan parking kereta di belakang kereta Aqish.

"Jemputlah masuk" Aqish menjemput Rohayu dan Mek Nah masuk ke rumahnya.

"Terima kasih la nak, tumpangkan mek nah di rumah kamu ni"

"Ekh xpe la Mak Cik, lagi pun kitekan keluarga." yup, Keluarga Aqish da menganggap Mek Nah sebagai akak angkat kepada mereka, dan automatik Mek Nah dianggap sebagai mak sedara kepada Aqish. Mereka sudah kenal sejak dari sekolah rendah lagi, sebab tu lah hubungan Rohayu dan kawan-kawan begitu rapat, kiranya semua keluarga rakannya adalah keluarga angkatnya.

"Aqish, mana papa dengan mama kamu?" Mek Nah bertanya kerana dari tadi melihat kelibat adik angkatnya.

"Mereka outsation, minggu depan baru balik."

Rohayu Pov

Turun sahaja aku dari kereta ada seseorang yang tidak pernah ku lihat menundukkan kepalanya sedikit apabila aku terpandang kepadanya menandakan mungkin mengucapkan selamat datang. Aku hanya membalas dengan senyuman kepadanya.

Aku memandang sekejap sahaja kepada perbualan ibunya dengan Aqish, apabila kembali kepada pandangan tempat terdapatnya 'maid' tadi dia dah tiada. Aku mencari-cari di sekeliling tapi tiada.'siapakah tadi tu?' aku berkata-kata di dalam hati,' aku harus menyiasat lebih lanjut tentang rumah ni'.

End Pov

_________________

Di bilik Aqish
8:00 malam

Oh ya, apabila Rohayu bertandang di rumah Aqish bersama Syazlin mereka pasti akan berkumpul dalam bilik yang sama walaupun terdapat bilik telah disediakan untuk tetamu. Termasuk seperti sekarang.

Aqish sedang mandi, tiba-tiba...
*toktoktok*

Kedengaran pintu diketuk, Rohayu yang mendengar ketukan itu terus sahaja bangun dari pembaringan dan membuka pintu.

Apa yang dilihat Rohayu apabila pintu dibuka ialah seorang wanita dalam lingkungan 30an memakai baju kebaya bewarna putih dan berkain batik jawa yang mengetuk pintu tadi.

"Selamat datang ke teratak Panglima Hazrul." Perempuan itu berkata sambil menunjukkan senyuman yang amat manis.

Rohayu hanya memeberi senyuman sambil memandang atas bawah, sambil menunjukkan riak yang seribu tanda tanya. Apabila pandangan Rohayu tertancap kepada muka wanita tersebut, wanita tersebut terus menghilang, Rohayu terus mengkibas-kibaskan tangan pada tempat wanita tadi berdiri untuk memastikan adakah benar wanita tadi menghilang di depan matanya, macam mana?Rohayu terus menjengulkan kepala keluar pintu dan memandang kiri kanan tapi wanita tadi tidak ada.

"Wei!" Aqish mensergah dari belakang sambil memagang bahu Rohayu.

"Oi mak ko hilang, mak aku hilang!" Rohayu melatah. "Aqish! Terkejut aku." Marahnya.

"Ko cari apa tadi? Terjengah-jengah."

"Beb, aku nak tanya ni"

"Ha tanyalah, apa benda?"

"Siapa Panglima Hazrul? Ada tak nama tu dalam keluarga ko?"

"Entah ekh, nama tidak pasti tapi kalau pasal panglima tu, memang dulu datuk nenek moyang aku keturunan panglima, tapi namanya aku tak tahu. Ha nape tanya?" Aqish berkata panjang lebar sambil duduk di sofa single di sebelah Rohayu yang telah terlebih dahulu duduk.

"Ooo... Ceritalah sikit tentang nenek moyang kau tu dulu."

"Aku tak tahu sangat tentang cerita mereka.. tapi kalau kau nak tahu, kalau tak silap aku, keluarga aku ada simpan buku sejarah tentang keluarga kami dekat bilik bacaan kat atas. Tapi kenapa ko nak tahu tentang keluarga aku?" hairan Aqish apabila Rohayu tiba-tiba mahu mengambil tahu tentang sejarah keluarganya pula, selama ini tiada pula.

"Ook..jom pegi bilik bacaan. Aku tetiba macam teringin nak tahu sangat tentang nenek moyang kau." kata Rohayu tersenyum lebar terukir di bibirnya itu.

"Malas la aku, nak tidur la ngantuk mata aku tak hilang lagi ni."

"Ala jom la..." rayu Rohayu

"Pergi la naik atas sorang-sorang ko macam tidak biasa dengan rumah aku ni."

"Ala...." rengek Rohayu. Sebenarnya dia tidak berapa berani pergi sorang-sorang sejak kejadian petang tadi masa dia sampai ke rumah Aqish. Dia masih belum sure tentang siapa mereka semua tadi.

"Pergi je..." Aqish berkata yang sudah pun telah naik di atas katil sambil menarik selimut menutupi badanya.

"Hurm... Yelah!" dengan hati yang berat Rohayu melangkah keluar dari bilik Aqish dan menuju ke bilik bacaan yang terletak di tingkat 3.

Kerana malas nak mendaki tangga satu persatu, Rohayu menaiki lif yang telah disediakan.

*ting*
Pintu lif terbuka, baru sahaja Rohayu mahu masuk, muncul seorang perempuan muda yang berpakain seperti maid english zaman dahulu. Kerana Rohayu tidak mengenal perempuan itu, Rohayu teragak-agak mahu masuk.

Perempuan itu ketepi sedikit dan mempersilakan Rohayu masuk dengan menggunakan isyarat tangan tanpa membuka mulut dan tertunduk sedikit.

'Adui, macam mana ni! Nak masuk ke tidak ye... Hurmm...' tangis Rohayu dalam hati, senyuman perempuan itu memgendur sedikit. Rohayu yang perasan akan perubahan itu terus sahaja melangkah masuk, takut perempuan itu akan marah dan berubah jadi yang huduh mahu akan menyesal dia nanti.

Masuk sahaja Rohayu ke dalam lif, perempuan itu menekan butang tutup dan nombe 3. Rohayu tidak membuka mulut. Hanya berdiri statik di belakang perempuan itu. Tiada perbualan yang berlaku antara mereka.

*ting*
Pintu lif terbuka, terbuka sahaja dengan luas perempuan yang ada di depannya menghilang. Rohayu terkedu. Tetapi tetap mengagahkan diri melangkah masuk ke dalam bilik bacaan. Bilik bacaan rumah Aqish ni besar, yelahkan mana tidak besar jika satu tingkat ini dipenuhi buku, terasa seperti di perpustakaan awam yang besar. Banyak rak-rak buku terhidang di depan mata Rohayu. Rohayu terus sahaja melangkah keluar dari lif dan mencari buku mengikut kategori. Disebabkan tujuan Rohayu ingin mengetahui tentang keluarga Aqish, Rohayu mencari rak buku yang tertera sejarah.

Mencari dan terus mencari, tiba sahaja disudut terakhir sekali rak baru Rohayu menjumpai rak buku sejarah. 'Peh! Banyak giler buku sejarah dekat sini, pening aku nk cari ni.' kata hati Rohayu.

Rohayu membaca satu persatu tajuk-tajuk buku. Tapi tidak menjumpai satu pon apa yang dia cari-cari. 'Hurm mana ni...' kata hatinya lagi.

*buk*
'"Oi mak ko panglima" latah Rohayu terlompat kebelakang. Rupanya yang jatuh tadi adalah sebuah buku lama.

Bersambung...

SixSenseWhere stories live. Discover now