Bab 10 : Diperangkap

2.3K 132 48
                                    

"Weii...say cheese" kata Aqish yang sudah bersiap sedia dengan camera segeranya yang comel. Masing-masing yang terkejut kerana dengan tiba-tiba disuruh berbuat begitu tanpa ada persediaan. *klik* bunyi camera itu telah ditekan. Gambar polaroid pon keluar. Setelah beberapa saat. Hampir tergelak Aqish melihat muka-muka rakannya.

Lin dengan muka yang baru nak senyum, yang lelaki dengan muka-muka pelik seperti badut sebab tak sempat nak bajet-bajet stylo. Ayu? Jangan kata. Dia tengah memuncungkan mulut nak tiup rambutnye kebelakang.

"Wei!!asal ko gelak." Ayu berkata lalu merampas gambar tersebut.

"Ngek punya kawan. Hodoh la muka aku!!" Ayu memarahi Aqish kerana menggelakkan muka dia. Tiba-tiba...

*Rohayu seperti terkena kejutan elektrik.*

#throwback#

"Guys??" Rohayu kalut. "Mana kawan-kawan aku semua? Kenapa tempat ni pelik?" Banyak pertanyaan yang terkeluar dari mulut Rohayu. Dia seperti berada di tempat mall yang sama tapi seperti mall ni sudah ditutup dan penuh dengan kekotoran serta kawan-kawannya tiada di sisinya.

"Takkan aku kembali ke masa lampau?aku tiada berniat pon untuk melihat. Ini pelik!"

"Aaaayyyyuuuu...." kedengaran suara yang mendayu-dayu memanggil namanya. Didalam suara itu kedengaran seperti terseksa dan kesedihan.

"Siapa itu?" Ayu menjerit supaya didengari oleh suara tadi.

"Hekhekhek.. tolong aku ayu..." semakin galak suara itu berbunyi dalam kesedihan.

" Aku diseksa. Aku terperangkap. Bantulah aku ayu.." suara itu kedengaran lagi.

Dalam keseorangan Ayu terasa semakin seram dek kerana suara itu dan bulu romanya meremang apabila terdapat satu lembaga yang tiba- tiba muncul dalam balam-balam cahaya yang berada di depan Rohayu.

Rohayu terundur sedikit apabila cahaya itu kelihatan semakin banyak memunculkan lembaga. Dari sebelah kiri dan kanan lembaga tadi muncul lagi dua lembaga dan keempat serta seterusnya.

Kelihatan lembaga tersebut penuh dengan darah dan tangan mereka seperti berlubang-lubang kecil yang seperti ditebuk rapat-rapat seperti lubang cacing. Dari lubang tersebut mengelurkan asap yang bewarna hitam. Ayu cuba membauinya.
Apabila sampai sahaja ke deria baunya, baunya teramat meloyakan. Bau tersebut seperti daging busuk yang terbakar dan amat menyengat sehingga membuat hidung Rohayu terasa amat sakit.

Tiba-tiba seperti ada tangan yang muncul dari belakang Rohayu lalu menutup hidung Rohayu tanpa sempat Rohayu mengelak.

Akibat terlampau terkejut, Rohayu mahu meronta-ronta tapi dihalang tangan sasa tersebut yang menutup hidungnya.
"Jangan hidu bau tersebut." Suara dari belakang yang membisik ketelinga Ayu.

'Aku kenal suara ni... Badi..'
Kata hati Rohayu.

"Badi??" Ayu bersuara cuba meneka.

" Ye.. Aku ayu. Tapi senyap berlagak seperti Badi tiada disisi Ayu." Badi membisik ditelinga kanan Rohayu.

"Kenapa..." Ayu berkata sambil memalingkan mukanya kebelakang dan... hampir terjatuh terduduk Ayu kerana tiada siapa-siapa dibelakangnya. Tetapi dalam hampir terjatuhnya Ayu, terasa seperti ada tangan yang memaut lengan Ayu untuk mengelak ayu terjatuh.

"Shhhh" kedengaran suara menyuruhnya senyap.

"Toooollloongg..." kedengaran suara meminta tolong yang seperti menahan kesakitan tidak jauh darinya.

Badi menarik tangan Ayu kearah suara tersebut. Kearah kanan Ayu
Meninggalkan lembaga-lembaga tadi.

Semakin jauh mereka lari dari tempat tadi ke arah suara tersebut, semakin menjauh suara itu.

"Ayu tahu lain kali kalau ada lembaga yang berdekatan sini ada mengeluarkan bau, jangan makin membauinya, kalau tidak ayu akan terperangkap di sini selamanya." Badi berkata panjang lebar dan dengan penerangan itu sedikit sebanyak.

"Habis tu macam mana sekarang?"
Rohayu bertanya.

"Kite kene keluar dari dunia ni. Sebab ini bukan masa lalu ni. Benda tu sengaja nak buat Ayu terperangkap disini dengan mengguna kuasa yang Ayu ada." Badi berkata.

"Baiklah." Ayu menuruti kata-kata Badi.

**********

"Adui.. Ayu ni kenapa tiba-tiba guna kuasa dia ni." Am pelik.

" Badi pon terikut-ikut sekali ni. Tak sedap pula hati aku tengok mereka dua orang ni berdiri kaku." Lin pula bersuara.

"Takpe. Kita tunggu je. Badi pon ada sekali, jadi dia mesti boleh menjaga Ayu." Adam berkata untuk mensedapkan hatinya dan rakan-rakannya. Mereka hanya mengangguk.

******
Di Alam sana

"Kita harus balik sekarang, kalau semakin lama kita disini, kita susah nak menggunakan kuasa yang kita ada." Badi berkata.

"Ok, Ayu pegang Badi ye, kite akan kembali kedunia kita." Badi berkata lagi. Ayu hanya menjadi pak turut walaupon banyak soalan yang dia ingin bertanya, tapi dia berfikir lebih baik dia bertanya bila keadaan sudah normal.

Ayu memegang tangan Badi. Badi memejamkan matanya sambil mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu ayat yang tidak difahami oleh Ayu. Dengan tiba-tiba cahaya dari atas mereka muncul dengan terang sehingga membuatkan Ayu juga memejamkan matanya.
Dan *zappp*

Alam manusia

"Ayu~~.. Badi~~" Sayup-sayup rakan mereka memanggil nama mereka apabila terlihat mata mereka seperti sudah kembali.

Ayu membuka matanya. Begitu juga Badi. Nafas mereka tercungap-cungap seperti baru lepas berlari. Mereka yang lain hanya diam membisu untuk membiarkan rakanya mengambil nafas dulu.

Tidak berapa minit kemudian

Lampu seluruh bangunan menjadi gelap dengan tidak semene-mene. Ayu yang pemberani sudah kalut. Begitu juga rakannya yang lain. Badi hanya diam membisu.

"Wei.. asal jadi macamni?" Tanya Am yang juga agak terasa seram sejuk badanya.

"Shhh!! Jangan tunjukkan riak takut kau orang semua. Semua kene semangat. Dia sengaja mahu menakutkan kita dan ketakutan yang ditunjukkan akan memudahkan mereka memerangkap kita." Badi berkata dengan nada agak serius.

Tbc

So sorry to all readers...sekrang author terlalu sibuk untk smbung buat cerita ni...maaf kerana lama menunggu..tq pda readers yg saba menungu..

SixSenseWhere stories live. Discover now