Bab 11 : Terperangkap

434 30 7
                                    

"Okey..aku tak takut.. Masalahnya sekarang kita nak buat apa?" Adam bersuara..

"Macam ni lah.. Aku tak rasa tempat ni selamat lagi untuk kita." Badi dalam kerisauan. Terasa tempat ini seperti ingin memerangkap mereka.

Bagi dia, dia tidak melihat tempat ini sebagai mall lagi. Tetapi seperti tempat yang telah di penuhi dengan benda-benda ghaib. Terlalu banyak roh jahat serta jin-jin jahat ingin memerangkap mereka untuk tetap berada di situ. Fikirannya berkecamuk. Tidak tahu mahu berbuat apa.

"So?" Am mensedarkan Badi. Kerana dia melihat Badi seperti tidak keruan. Mata asyik meliar ke sana kemari. Seperti ada sesuatu yang menyeramkan di lihat oleh Badi. Tetapi tidak di lihat oleh yang lain.

"Kite kene blah dari sini. Ada something yang teruk akan terjadi."Badi menjawab pertnyaan.

Ayu pula merasa seperti tenaganya di serap, terlihat layu sahaja. Mereka yang lain tidak memerhatikan Rohayu, kerana mereka memfokuskan kepada Badi yang amat lain sekali perangai dia.

"Ok. Macamnilah, kita keluar je dari sini. Aku tengok korang berdua ni macam da lain macam sahaja." Am memberikan cadangan, setelah menunggu jawapan dari Badi dan keadaan Ayu yang amat pelik.

"Ayu..ko ok tak ni?" Lin dan Aqish bertanya kepada Ayu, setelah mendengar kata-kata Am.

"Aku tak tahu, aku rasa lain macam sangat." Rohayu bersuara dengan lemah. Badannya terasa seperti amat letih sangat dan fikirannya seperti ada sesuatu yang ingin membawa dia pergi.

"Teruk dah ni korang..Dah lah..tak yah banyak cakap, tak yah banyak tanya. Kite memang kene blah juga dari tempat ni, aku pon da rasa tak sedap hati dah ni." Adam berkata setelah melihat keadaan Rohayu semasa Rohayu bersuara tadi, dia melihat Rohayu tu bukan dia, dia melihat wajah Ayu seperti bertukar-tukar dari wajah sebenarnya kepada wajah seperti perempuan yang lain. Tanpa berlengahkan masa lagi, mereka semua terus berjalan menuju ke lif yang paling berdekatan dengan mereka. Lif tersebut masih berfungsi dan tidak ditutup, walaupon bangunan telah tamat operasinya untuk hari itu.

Terbuka sahaja lift tersebut...

Jeng... Jeng...

Amat buruk dan amat suram dan ada kesan terbakar. Badi...
Dia seperti tidak mahu masuk. Tapi di tarik juga oleh Am. Mereka tetap menggunakan lif walaupon keadaan yang sebegitu.

Aqish melihat, ada seperti nombor -5 baru muncul di bahagian butang lift tersebut. Dan paling pelik sekali, Butang nombor yang lain, semakin pudar, pudar ,pudar...

"Korang tengok ni! macam mana ni?"sambil menunjukkan kepada mereka apa yang dia lihat. Aqish sudah mula berasa tidak
senang hati.

"What!!! -5?? Apasal ha ni??" Lin juga sudah semakin risau.

"Ha!" Am terkejut. Riak muka semua dari mereka terkejut yang amat sangat.

"Macam mana ni!! Nak tekan mana ni? Ke nak keluar balik?" Lin dan Aqish kalut. Adan dan Am hanya berkerut.

"Cepat-cepat.. Tekan butang buka." kata Am yang sambil memaut Badi yang juga sudah lain, dan seperti tenaganya di serap.

Tidak sempat Aqish mahu menekan butang buka. Butang tersebut juga sudah hilang dan yang tinggal hanyalah butang -5.

"Harghhh" Rohayu menjerit dengan tiba-tiba...
Mereka yang lain terkejut lalu memandang Rohayu. Mata dia yang sudah memerah. Wajahnya yang licin, berubah semakin tumbuh seperti urat yang timbul atau lebih terlihat seperti ada benda yang banyak bergerak di wajahnya..

Mereka yang melihat akan keadaan tersebut. Amat terkejut dan takut.

"Ba..ba..ba..ddddi.." Am pula bersuara dalam kesakitan. Disebabkan Badi yang memegang pautan lengannya dengan kuat. Badi hanya menunduk sahaja. Dengan rambutnya yang panjang sedikit itu telah menutup sedikit bahagian mukanya, sehingga membuatkan yang lain tidak nampak muka dia.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 17, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SixSenseWhere stories live. Discover now