Bab 7 : Terjumpa Laksamana Hazrin

2.1K 127 19
                                    

Rohayu berjalan-jalan di sekitar rumah Aqish yang mempunyai pelbagai bunga. Dia yang ingin berjoging terus menuju ke pagar dan meminta kebenaran guard untuk keluar.

Sedang Rohayu merengangkan badan sambil mendengar lagu dari mp4. Di sebalik pokok terlihat ada seorang lelaki sedang asyik memerhatikan segala apa Rohayu buat dengan asyik sambil tersenyum. Lalu dia pura-pura joging dan buat-buat terlanggar Rohayu.

Rohayu yang sedang merengangkan kaki, hampir-hampir terjatuh tapi sempat di tangkap lelaki tu. 'Fuhh' Rohayu lega, kalau tidak tersembam muka dia ke tanah.

"Apa ni langgar-langgar orang?! Buta ke ap?!" Marah Rohayu sambil melapaskan dakapan lelaki itu.

"Sorry-sorry.. Tak sengaja. Siapa suruh menghalang jalan orang." marah lelaki itu kembali.

"Ceh!" Rohayu berkata lalu berlalu pergi.

'Jadi betul la ni!' kata hati lelaki pelik tadi. Tapi apa yang betul? Huhu.

************
Pukul 7.40 malam.

Rohayu usai sembayang dan membaca Al-quran. Alunan suara dia telah membuatkan penunggu-penunggu rumah itu, mengikuti pembacaanya. Membuatkan rumah itu seperti mengadakan majlis agama kerana, terdengar seperti begitu ramai yang mengaji. Padahal hanya Rohayu sahaja.

Rohayu sedikit gementar apabila sedang dia mengalunkan ayat-ayat al-quran seperti ada juga orang yang suka mendengar dia mengalunkan ayat. Tak dapat di lihat tapi dapat mendengar suara mereka ikut sekali membaca.

Malam itu, Rohayu duduk termenung di brandar rumah Aqish di tingkat dua. Aqish sudah pon terlena di buai mimpi, Aqish hari ini amat sibuk kerana dia perlu pergi ke pejabat papanya mengantikan papanya yang sekarang berada diluar negara untuk mentandatangani beberapa dokumen. Tu yang sehari suntuk ni mereka tidak dapat meluangkan masa bersama.

*siiuuhhh*
Kedengaran angin sepoi-sepoi bahasa terbuai dan membuatkan pokok-pokok ikut terbuai bersama. Tetapi Rohayu tiba-tiba dihambat perasaan seram sejuk.

*tenggtengteng*
Kedengaran lagu seperti lagu silat di permainkan di tingkat bawah di laman rumah berdekatan taman-taman bunga. Taman tersebut yang tadinya hanya disinari lampu-lampu warna-warni yang hanya menyinari bunga. Tiba-tiba muncul satu cahaya putih yang besar membuatkan taman bunga itu menjadi terang benderang.

Rohayu hairan, sebab dekat situ memang dia pasti semasa jalan pagi tadi tiada satu pon tiang lampu, yang hanya pon lampu hiasan yang rendah.

Dia melihat jam di tangan tertera sudah pukul 10 malam. Dia merasa masa seperti cepat sahaja berjalan.

Lampu putih yang menerangi taman, tiba-tiba di penuhi oleh begitu ramai orang, semuanya bukanlah yang dikenali Rohayu kecuali beberapa 'orang' yang pernah menegurinya dan yang ada di lif dulu.

Rohayu hanya memerhati, tiba-tiba dalam keramaian orang di situ, muncul satu lembaga yang berupa manusia dengan berpkaian seperti orang-orang pendengkar zaman dulu duduk di kerusi seperti raja.

'Ekh!" Rohayu terkejut, kerana rupa itu seperti familiar baginya. Dia mencuba mengingati, dan memaksa otaknya mengingat temtang rupanya.

" ha! Rupa orang ni sama dengan rupa yang terdapat pada buku yang aku baca semalam iaitu buku 'laksamana Hazrin'". Rohayu ingat sambil berkerut-kerut muka dia. Kerana pelik. Bukan ke masa dia baca buku tu, dalam buku itu kata, laksamana sudah mati semasa beejuang dalam peperangan tapi kenapa dia ada.

Rohayu memegang tengkuknya yang mula merasa seram dan tiba-tiba...
Laksaman yang duduk di kerusi itu menghilang Rohayu menjadi kalut dan takut. Dia terus memusingkan badanya dan berniat untuk masuk.

Dalam berkeinginan untuk masuk, dalam keadaan kalut itu Rohayu memusingkan badan dan dia merasa seperti melanggar sesuatu. Ya! Dia melanggar dada seseorang. Tapi siapa? Takkan tinggi noh kot, Rohayu sendiri dah berketinggian 170cm dan orang yang dilanggarnya itu lebih tinggi dari dia. Dia hanya separas dada orang itu. Sepanjang dia mengenali orang tiada pula yang menampakkan yang dia pendek. Tapi orang ni telah menampakkan Rohayu pendek.

Rohayu terdiam kaku disitu ketakutan.

"Anak muda, janganlah kamu takut kepada aku. Aku bukanlah sejenis yang memakan manusia." orang itu berkata sambil mengundurkan diri dua tapak dari Rohayu.

Rohayu yang mengingat orang itu tiada, terus mengangkatkan kepala. Alangkah terkejutnya dia bukan kepalang. Orang yang di depannya ini adalah Laksamana Hazrin. Rupa laksamana Hazrin amatlah hensem, rupanya tidak tumpah seperti pelakon korea iaitu Lee Jong Suk
(A/N:kla nak thu search at uncle go) yang versi berpakain melayu, bertanjak laksamana, bersamping dan berbaju melayu. Rohayu terpegun dengan kekacakkan Laksamana yang ada di depannya.

"Anak muda, aku tahu kamu mempunyai kelebihan untuk melihat orang seperti kami.." Laksamana Hazrin berkata apabila melihat Rohayu masih terdiam kaku.

" Bagaimanakah tuan hamba Laksamana tahu tentang kelebihan hamba?" Rohayu berkata-kata seperti orang istana (A/N : hentam sahaja lah labi)

"tidak perlu bertuan hamba dengan aku, aku sudah menganggap kamu seperti cucu aku, kerana kebaikkan hati kamu dan taat kepada Allah. Aku tahu ini pon di sebabkan khadam-khadam aku memberitahu aku, mereka tahu kamu mempunyai kelebihan sejak tiba ke rumah ini sejak semalam, sebab selama ini orang tidak pernah tahu, yang mereka selalu akan menyambut tetamu di pagar, kecuali orang itu mempunyai kelebihan sahaja." ucap Laksamana itu panjang lebar.

" apa hajat tu.." Rohayu serba salah kerana tidak tahu mahu membahasakan dengan kata ganti nama diri apa.

" panggil aku Atuk." kata Laksamana itu seperti mengetahuinya.

" apa hajat atuk berjumpa dengan saya?" Rohayu bertanya dengan berhati-hati.

"Aku hanya mahu berjumpa dan melihat orang yang begitu baik dan yang berkawan dengan cucu aku. Lebih-lebih lagi kamu yang mempunyai kelebihan dan tidak begitu takut kepada kami." luahnya tentang hajatnya.

" oo..boleh saya bertanya atuk?" Rohayu meminta izin untuk bertanya.

"Aku memang sudah mati, dan jasad ku sudah dikuburkan, tapi aku akan menjelma dan melihat cucu cicit ku sekali sekala sahaja." jawapan laksamana ini membuatkan Rohayu terkejut kerana belum sempat dia bertanya laksamana itu sudah tahu soalan apa yang ingin di tanyai.

" Baiklah, masa aku sudah tidak cukup, aku harus beredar. Kamu harus tidur sebelum pukul 12. Kerana tidur lambat tidak bagus untukmu." dia memberi nasihat lalu menghilang di depan mata Rohayu.

Rohayu memandang kembali ke arah taman tapi taman itu sudah tidak doterangi lampu yang terang benderang lagi.

Angin yang sepoi-sepoi bahasa tadi telah tiada. Tapi Rohayu masih rasa seram sejuk. Dengan kadar segera dia terus masuk dan tidur di sebelah Aqish.

TBC
A/N : bab kali ni khas untuk permintaan dari salah seorang pembaca. Selepas ini adalah bab di mana akan ada ahli baru dlm geng soul of ghost. Btw..korang dapat agak tak siapa yang langgar Rohayu semasa joging tadi?hihi..

Selain itu, author nak bgi tahu ni, ada cerita baru yang author buat.. Iaitu mengenai chucky. Tajuknya
'Chucky menyerang sekolah?!'
Cerita itu penuh dengan adengan kejam. Kalau berani bacalah..hihi

SixSenseWhere stories live. Discover now