Bab 6: Penunggu yang Ramah /Pt2/

2K 120 6
                                    

Rohayu menuju ke arah buku jatuh yang tidak jauh darinya. Dia membelek buku tersebut dengan teliti, "Laksamana Hazrin?" Rohayu membaca tajuk buku tersebut.

"Tapi macam mana buku ni boleh jatuh?" Rohayu berfikir sejenak. Tiba-tiba Rohayu terasa seram sejuk dan memegang tengkuknya yang terasa bulu romanya menjadi tegang.

Rohayu terus menuju ke meja yang paling dekat dengan lif dan betul-betul dekat dengan aircond. Dia duduk dan membaca buku tersebut bab demi bab.

*DURR*

Kedengaran bunyi guruh membuatkan terganggu pembacaan Rohayu kerana terkejut. Bunyi guruh dan kilat sambar menyambar membuatkan Rohayu tidak keruan. Dia cepat-cepat menuju ke lif. Lif terbuka tetapi orang yang selalu menyapanya tidak pula memunculkan diri tika ini. 'Fuh' Rohayu melepaskan nafas lega. Dia terus masuk ke dalam lif dan menekan button tutup dan nombor dua. Sambil menunggu lif turun Rohayu membaca satu perenggan tetapi belum sempat dia membaca,
Lampu lif tu menjadi malap dan 'laplip'.

*ddkk*
Bunyi lif tersebut, dan bergegar. Lif berhenti secara tiba-tiba. Dalam gelap Rohayu sudah berpeluh sejuk kerana takut.

"Tolong!!!" Jerit Rohayu sambil mengetuk-getuk pintu lif tersebut dengan harapan ada orang yang mendengar. Tiba-tiba muncul satu cahaya didepannya tapi tidak ada satu benda pun yang muncul di depannya. Rohayu kalut... Makin kuat dia menjerit.

-------------
Di bilik Aqish

Aqish yang sedang terlena di pembaringan, tersedar pada dentuman guruh yang kedua dan suasana di biliknya gelap.

"Alamak asal gelap ni!" bisik suara hati Aqish

"Ayu~~ bangunlah." sambil mencari-cari tubuh badan Rohayu di sebelahnya. 'Aish! Mane pergi budak ni.' tertanya-tanya dia di dalam gelap.

*pap*
Kedengaran bunyi tepukan di dahinya dengan jelas. "Yelar, dia dekat atas..." teringat Aqish. Aqish mencapai fonnye di sebelah bantalnya, lalu mencari-cari nombor fon guardnye supaya Rohayu tidak ketakutan di atas, nak telefon Rohayu, dia tidak bawa fon. Apabila jumpa sahaja dia terus menekankan ikon yang tertera gambar ganggangan telefon.

"Hello pak cik! Tolong bukakan balik karen rumah ni, gelap lah." Yelarkan disebabkan guruh dan kilat, karen akan termati secara automatik.

"Baiklah nak." Jawab Pak Guard uh.

-----------
Di dalam lif

Rohayu yang kepenatan menjerit, terus terduduk memeluk lututnya dan menyembamkan mukanya. Dia menangis semahunya, dia takut akan kegelapan jika berseorangan.

Cahaya yang muncul tadi hanya sedikit dan pelik, menambahkan lagi ketakutannye.

Sedang asyik menangis, Rohayu terasa seperti ada sesuatu yang mencuit bahunya, dalam keadaan balam-balam dek kerana air mata, Rohayu dapat melihat ada seseorang lelaki yang muncul disebelahnya tapi wajahnya tidak dapat dilihat dengan jelas, dia memegang tangan Rohayu. Dengan tiba-tiba Rohayu pengsan.

----------------

Pukul 5:00 pagi

#Rohayu pov#

Badanku terasa lenguh, aku mengeliatkan badanku ke kiri dan kanan. 'Ekh jap tapi aku di mana ye ni' lalu aku membuka mataku yang terpejam perlahan-lahan. Aku terkejut, sebab aku bukan berada di dalam lif tetapi...Di ruang tamu Aqish, matanya yang kuyu, terus terbuka dengan luas. Aku berfikir-fikir kembali kejadian malam tadi. Ha'ah ada lelaki yang pegang aku... Tapi siapa? Aku mencuba untuk memproses ingatan aku tentang muka lelaki semalam tapi kepalanya yang menjadi sakit.

"Harh, Biarlah! Just think positif, maybe salah seorang penghuni yang pernah menegur aku." fikirku secara positif.

"Ayu~!"

Tiba-tiba aku seperti nama aku diteriak dengan kuat dan aku amat mengenal suara itu, iaitu Aqish.

#end pov#

Aqish yang kembali tertidur semula selepas lampu hidup kembali telah bangun untuk solat subuh. Tetapi dia geram, sebab Rohayu masih belum masuk ke bilik. Lalu aku bangun dari katil dan mencari-cari Rohayu di dalam bilik bacaan.

"Haih! Mana ayu ni da pergi." Aqish menjadi kalut sebab kawannya tiada di situ. Lalu dia masuk ke lif dan terus menekan butang satu.

Keluar sahaja dari lif dia terus menjerit, mencari-cari Rohayu.

"Ayu!~" jeritnya sambil memandang sekeliling.

"Wei! Aku kat sini." Rohayu menjengulkan kepala di sofa yang diduduki supaya dapat dilihat Aqish.

"Ha, kat sini pon kau!" Aqish membebel sambil menuju ke arah Rohayu. "Ko tak tidur ke semalam?" Aqish bertanya dengan riak risau apabila melihat buku terbuka di atas meja.

"Takdelah! Aku tidur. Tapi tertidur kat sini." Bohong Rohayu.

"Oooo." jawabnya sambil muncungkan mulut, " risau aku, ingat ko tak tidur."

"Ok lah beb, jom mandi pastu sedia untuk solat." ajak Rohayu.

_______________

Pukul 7 pagi

Rohayu turun bersarapan dahulu, manakla Aqish menyambung tidurnya.

"Wahh! Rajinnya Mak semah masak breakfast ala-ala western food." Rohayu berkata sambil mengambil tempat duduk untuk makan di meja makan. Aqish biase turun pukul 8.
Keluarga Aqish masih belum balik.

Sambil makan, fikirannye masih menerawang, kenapa rumah ni banyak sangat penghuninya. Apa yang dibaca dibuku, hanya cerita tentang kehebatan Laksamana Hazrin, tapi tidak pula menceritakan tentang rumah ni.

"Eh Ayu masak sndiri ke?" tanya Mak Semah mematikan lamunan Rohayu.

"Ekh?! Bukan Mak Semah yang buat ke ni? Habis sapa yang masakkan untuk Ayu ni?" Rohayu berasa hairan dan terkejut. Membuatkan Rohayu berhenti makan

"La... Tak pelah nak, makan je, sebab maybe mak cik tahu sape yang masak. Dia suka dengan tetamu yang ni, tu yang special dia buat an breakfast untuk anak." kata Mak Semah panjang lebar.

"Sape Mak Semah?"Rohayu ingin mengorek rahsia, sebab dia memang tahu sangat yang di rumah ni hanya Mak Semah seorang pembantu rumah.

"Tidak apa lah nak." Dia berkata lalu menuangkan air untuk Rohayu.

"Mak Semah, Please bagitahu Ayu." dia berkata dengan nada manja dan mata bersinar-sinarnya ingin tahu sangat.

"Takdelah. Apa yang Mak Semah tahu, rumah ni ada penghuninya, penghuni ni tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Dia hanya akan muncul didepan tetamu yang agak mempunyai hati yang baik dan yang dia suka sahaja. Mereka ni ramai, akan muncul dalam pelbagai rupa. Mereka tidak mengacau, mereka hanya menjaga rumah ni, dan dia juga membantu dalam pengurusan rumah, sebab tu rumah ni hanya ada seorang pembantu rumah dan seorang tukang kebun. Kalau lebih dari seorang, dia akan halau salah seorang darinya dengan memunculkan diri dengan rupa yang menakutkan." cerita Mak semah panjang lebar.

Rohayu yang ralit mendengar pon tidak perasaan yang dia sudah habis makan.

"Tapi macam mana mereka ni boleh wujud dekat rumah ni Mak Semah?" tanya Rohayu lagi.

"Hurm.." Mak Semah berfikir sejenak,
"Mereka ini wujud sebab nenek Moyang keluarga ni ada 'pemakai'. Yelarkan orang dulu-dulu suka benda-benda ni semua. Lagi-lagi nenek moyang mereka dulu keturunan laksaman.." Mak Semah berhenti sekejap untuk mengingat kembali nama itu.

"Laksamana Hazrin?"

"Ha! Laksamana Hazrin, beliau kan ada jawatan. Jadi, untuk bertambah kuat dan menjaga keluarga, beliau pon 'mengambil'. Lalu diturunkan dari satu keturunan ke satu keturunan."Mak semah berkata sambil mengambil nafas.

"Ooo.. Tapi macam mana mak Semah tahu ni semua?"

"Mak semah tahu pon bila mak semah tanya pada nenek Aqish dulu sebelum beliau meninggal." kata Mak semah yang merupakan telah lama menjadi pembantu di rumah ini.

"Ooo.. K lah Mak semah, ayu nak pergi ambil angin di luar dulu." Rohayu pamitan.

TBC

A/N: sorry part ni xde lah seram. Kalau ada apa2 pandangan boleh lah tggalkan komen.^_^

SixSenseWhere stories live. Discover now