Perbualan Whatsapp
Group souls of GhostEhem2..
Menyepi je grop kite ni
Da serik ke sejak kene kejar hantu -
AdamAyu typing...
Waalaikumsalam
Aku tak lah serik.
Cuma penat je - Rohayu
Ops lupa.. Assalamualaikum - Adam
Waalaikumsalam
Ekh.. Xde kata serik dalam kamus hidup aku tau! - Lin
Hahahaha - adam
Takde job ke nak wat? Aku bosan la kalau satu hari x tgk muka2 diorng - Aqish
Eleyh qish ko tu, aku kat umah ko ni pon ko xsempt nk layan.. Lagi nk p tgk bnda2 ni - ayu
*********
Pukul 7 pagiSeperti biasa Rohayu keluar dan mengambil angin di tempat rekreasi di depan rumah Aqish sama seperti semalam. Dia kebosanan. Aqish masih sibuk. Kemungkinan kawan-kawannya akan datang petang ini.
"Auch...hei!!" Amarah Rohayu apabila dia dilanggar lagi ketika joging.
"Ekh maafkan saya cik." kata lelaki itu.
"Owh. Its ok tidak apa, lagipun salah saya sebab berangan." seloroh Rohayu. Dia memandang lelaki itu atas bawah. 'Hurm, hensem juga, macam cina mix korea, mata agak besar dan tinggi sikit dari aku, badan agak berketak' puji Rohayu dalam hati.
"Ekh bukan awak yang semalam itu ke?" tanya lelaki itu.
"Ha'ah. Asyik berlanggar je kita ni ye." Rohayu teringat lelaki semalam yang hampir membuatnya tersembam dan sempat disambut lelaki itu.
"Kenalkan saya Badi." lelaki itu memperkenalkan diri.
"Saya Rohayu." Rohayu berkata lalu menyambut salaman lelaki itu tanda perkenalan.
*********
Mereka berjoging bersama-sama sehingga hampir tengah hari."Oh ya Badi, awak tinggal di kawasan ini juga ke?" Rohayu tanya dengan Ramah.
"Aah saya tinggal berdekatan sini."
Badi juga ada memberitahu Rohayu yang dia tidak mempunyai teman kerana selama ini dia hanya belajar dan bersekolah di rumah melalui guru private. Dia baru sahaja beberapa dibenarkan keluar kerana sudah cukup 18 tahun. Ya. Sebaya dengan Rohayu.
"Kesiannya. Awak tidak bosan ke duduk rumah? Dan tiada kawan?"
Rohayu bertanya lebih lanjutBadi hanya mengangkat bahu.Rohayu men dapat idea,
" Jomlah datang kerumah kawan saya nanti saya boleh kenalkan awak dengan rakan-rakan saya."Dengan ramah Rohayu mempelawa Badi."Wah.." nampak berseri-seri wajah dia. " Boleh juga. Boleh saya menambah rakan. Oh ya. Awaklah rakan pertama saya." kata dia.
"Baguslah kalau awak sudi." Balas Rohayu dengan ramah.
********
Dirumah AqishRohayu membawa Badi datang kerumah Aqish. Pintu pagar dibuka. Sedang dia berjalan beriringan dengan Badi.
*sedsedsed*
Bunyi dahan pokok bergerak-gerak.
"Siapa itu?" Rohayu pelik, Badi sudah menunjukkan riak cuaknya. Rohayu mendekat dan mendekat.*sedsed..*
Rohayu dapat lihat dengan jelas seperti ada sesuatu tubuh badan disebalik pokok itu. Dia dan Badi mendekat dan...
YOU ARE READING
SixSense
ParanormalRohayu mempunyai kelebihan yang diwarisi melalui bapa dan datuknya iaitu kelebihan deria keenam dan kelebihan untuk melihat masa lampau dan masa hadapan dengan hanya memegang gambar polaroid. Dengan kelebihan yang dia ada, dia gunakan untuk melihat...