Bab 3 /ep2/ : Pasar hantu depan rumah

2.5K 134 8
                                    

Pukul 12 t/malam

*psttt..psttt psttt*
Rohayu terjaga dari tidur lenanya, kerana bunyi bising yang sentiasa menganggu lenanya selama ini telah berbunyi kembali. Rohayu melihat rakan-rakannya masih tidur dan tidak sanggup menganggu kawannya, lagi pula waktu yang dijanjikan masih ada satu jam lagi.

Tidak lama kemudian kedengaran bunyi pintu biliknya diketuk menyebabkan Rohayu yang duduk termenung di birai katil tersentak dengan bunyi ketukan pintu lalu segera bangun dan membuka pintu, terlihat Adam dan Am yang berdiri di sebalik pintu biliknya itu.

Rohayu terus memberikan laluan kepada mereka untuk masuk dan mereka berdua menyanyakan kepada Rohayu adakah bunyi itu dah ada dan Rohayu hanya mengangguk. Mereka meminta izin kepada Rohayu untuk melihat ke luar jendela namun hampa, mereka berdua tidak dapat melihat apa-apa mahupon mendengar bunyi bising seperti apa yang Rohayu pernah ceritakan kepada mereka, yang kedengaran di telinga mereka hanyalah bunyi cengkerik yang membelah kesunyian malam pada malam itu.

"Kejutlah mereka berdua itu." Am memberi arahan setelah melihat jam ditangannya telah menunjukkan pukul 1.03 pagi. Baginya jika kawannya yang berdua itu tidak dikejutkan mesti sampai ke subuh tidak bangun. Adam mengenyitkan mata sambil tersenyum senget ke arah Rohayu dan dia yang faham tentang apa yang difikirkan oleh rakannya itu terus sahaja menuju ke birai katil sebelah kanan dan adam sebelah kiri, mereka merencana untuk mengenakan rakannya itu. Apabila kedua-duanya berada di birai katil kanan dan kiri mereka segera mengoncangkan katil tersebut sambil membunyikan *wuuuu~* dengan nada yang agak menyeramkan sampaikan mereka berdua sendiri pun terasa meremang bulu roma sendiri. Manakala Syazlin dan Aqish yang sedang nyenyak tidur terasa terganggu terus memeluk tubuh sesama sendiri terus sahaja seperti kejutan elektrik melompat turun kedepan dari katil dengan menunjukkan riak muka seperti ketakutan dan masih mamai. "Woi!" Marah Syazlin setelah matanya telah dapat menangkap perilaku Adam dan Rohayu yang berada dibirai katil. "Agak-agaklah nak kejut kitorang. Boleh kene sakit jantung tahu tak." Aqish menyambung kata-kata Syazlin sambil memandang Adam dan syazlin dengan geram.

Mereka berdua yang terasa masih pening sebab bangun secara mengejut terasa seperti hilang kantuknya. Adam, Am serta Rohayu hanya memandang mereka dengan sengihan yang menahan gelak.

Tepat pukul 1.30 pagi

Syazlin mengeluarkan semua kamera yang diperlukan untuk 'ekspedisi' nanti. Manakala Aqish telah bersedia mengeluarkan baju-baju lusuh serta agak buruk yang memang agak sesuai untuk penyamaran mereka nanti, baju tersebut Aqish mendapatkannya daripada kawannya yang mempunyai banyak kostum-kostum hantu dan ia juga mengeluarkan peralatan makeup.

Sementara Aqish dan Syazlin sedang set up barang, Rohayu berbual dengan Adam dan Am untuk membuka hijab diorang supaya dapat melihat pasar 'itu'. Rohayu mendekati Am terlebih dahulu lalu menyuruh Am menutup mata, dia meletakkan tapak tangan didepan mata Am sambil Rohayu menutup matanya juga dan berniat serta membaca sesuatu. Setelah selesai ia membaca beberapa ayat. Rohayu menyuruh Am membuka mata dan dengan tiba-tiba Am tidak lagi bunyi cengkerik tetapi mendengar bunyi seperti suara yang sedang berbisik yang agak seram bunyinya dan seperti ramai.

Dia mengamati bunyi bunyi tersebut lalu bertanya, "Ayu bunyi apa ni?slow tetapi agak membingitkan." Rohayu hanya tersenyum lalu pergi ke arah Adam pula dan melakukan perkara yang sama kepada Adam. Dan seterusnya Aqish dan Syazlin yang telah siap sedia dengan barang-barang yang telah dikeluarkan dari beg.

Mereka yang lain juga terkejut setelah dapat mendengar dengan jelas seperti yang Rohayu pernah cerita. Mereka berempat tidak termasuk Rohayu terus sahaj mengintai keluar jendela dengan menyelak sedikit langsir, nak terjojol keluar juga mata mereka dengan apa yang telah mereka lihat di luar sana, suasana yang seram dengan diterangi cahaya bulan dapat melihat dengan jelas pasar hantu itu, serta bunyi-bunyi yang berbisik yang agak menyeramkan di sulami dengan bunyi burung hantu. Serta merta mereka menutup langsir tersebut dengan rapat-rapat dan memandang sesama sendiri dengan riak muka yang terkejut.

SixSenseWhere stories live. Discover now