Vier [4]

120 7 0
                                    

"Anak bangun nak, kita sudah sampai" suara itu berkumandang di telingaku. Aku biarkan seketika. "Anak bangun nak" suara itu lagi. Kini ditambah dengan sentuhan di bahu kiriku. Sentuhan lembut. Aku berkira-kira seketika. Akhirnya aku terjaga. Mata aku kesat perlahan-lahan. Ada seorang lelaki tua di hadapanku. Tertunduk dan tersenyum dia melihatku. Aku memandang sekeliling. Aku berbaring di dalam kereta lembunya barangkali.

"Anak meracau-ramai dalam tidur tadi" katanya lembut. Aku teringat kembali akan mimpi pelik di tanah gersang. Ya, mulutku ditekup oleh seseorang dalam mimpi mainan tidurku itu. Mungkin si syaitan nak bercengkarama denganku di alam mimpi. "Anak bermimpi yang buruk barangkali" aku tersenyum kelat membalas telahannya. "Ayuh, lekas ikut pakcik!"

Aku bingkas bangun dan turun daripada kereta lembunya. Ada sebuah rumah kayu dihadapanku. 2 tingkat. Di kiri dan kanan dipenuhi dengan pepohon konifer. Pepohon krismas bagiku. Aku melihat sekeliling. Rumah ini barangkali terletak di tempat tinggi. Kedengaran bunyi ombak menghempas pantai daripada jauh.

Aku membontoti dia masuk ke dalam rumah. Tanah yang kupijak lembut. Berpasir. Permukaannya berumput halus. Terasa dingin tapak kakiku. Kawasan yang tinggi dan dikelilingi hutan sememangnya lebih sejuk dan menyenangkan jiwa. Pepohonan yang menghembuskan oksigen yang sifatnya sejuk berbanding karbon dioksida yang panas.

Rumah kayu yang agak luas. Rekaan seperti rumah melayu zaman dahulu. Lantainya tanah di tingkat bawah. Cuma tanah yang keras dan sejuk. Bersih. Ada meja kecil dan sebuah pangkin kayu di kawasan pintu masuk. Ruang tamu barangkali telahku didalam hati. Cahaya daripada tingkap dan jeriji buluh di permukaan atas dinding membuatkan ruang dalam ini kelihatan cerah, terang benderang tanpa perlukan lampu.

Tetapi rumah ini sunyi. Seolah-olah tiada penghuni lain di rumah ini. Orang tua itu mengajak aku mengikutinya ke dalam lagi sehingga sampai di dapur. Kami melewati 2 buah bilik. Di dapur yang luas itu kelihatan ada sebuah meja kayu dan kerusi kayu lama. Dapur memasak juga menggunakan kayu sebagai bahan api. Ada beberapa buah tempayan dah labu sayong di atas para. Kelihatan begitu mediaval betul kehidupan mereka. Terasa seolah-olah aku kembali ke masa silam.

Dia membuka sebuah almari kayu usang. Almari yang dipenuhi kotak-kotak kecik dan beberapa labu sayong. Para-para didalam almari ditolak ke tepi seperti sliding door. Sesuatu yang mengejutkan apabila terdapat sebuah pintu kecil di belakang almari. Pintu rahsia telah hati kecilku. Pintu ditolak perlahan. "Mari kita ke dalam sana" kata orang tua itu. Aku hanya menurut.

Kami menuruni tangga kayu ke bahagian bawah. Ada cahaya samar daripada jamung yang dipasang. Aku melangkah dengan berhati-hati. Bimbang terasa andai ada jerat di bawah sini. Sudah biasa kulihat dalam filem yang tempat sebegini selalunya ada jerat tersembunyi. Atau mungkin aku terlalu paranoid. Too much movies I guess.

Ruangan bawah tanah itu sebenarnya lebih luas. Nampaknya seperti ada lagi satu tingkat di bawah rumah kayu tadi. Dan barulah kelihatan manusia lain di bawah sana. Semua memandangku dengan pelik. Ruang bawah tanah ini seolah-olah sebuah kubu rahsia. Luas dan teratur. Ada kawasan lapang dengan meja dan kerusi di sebelahnya. Ada beberapa bilik jugak.

Orang tua itu menarik tanganku ke arah kawasan lapang tersebut. Dia mempelawa aku duduk. Kemudian datang beberapa orang mendekati kami. Aku cuba untuk senyum memaniskan diri. Inikan tempat orang. Tempat yang aku sendiri tidak tahu dimana. Tempat yang seakan-akan hilang dalam fragmen masa. Wujud dalam dimensinya yang tersendiri.

Berdasarkan apa yang telah aku lihat, aku dapat menyatakan bahawa mereka mengamalkan cara hidup melayu zaman feudal. Berpakaian seperti dalam filem-filem melayu lama. Tidak berkasut malah hanya berkaki ayam. Cuma mereka tiada bertanjak segala bagai. Keris belum kunampak tersisip lagi. Dari segi bahasa, mereka bertutur dalam bahasa melayu biasa dengan sedikit penggunaan tatabahasa melayu klasik.

"Ayuh pakcik perkenalkan kau dengan mereka ini. Mereka akan membantu kau di sini nanti. Kau sebenarnya di dalam bahaya." Orang tua itu berkata dalam nada yang serius. Aku mengangguk sahaja. Berfikir di dalam kepala akan bahaya apa yang akan ku tempuh di tempat asing ini. "Mereka ini para pendekar di sini. Telah lulus semua ujian di Pulau Hanyut beberapa bulan yang lalu" katanya lagi. Aku terkesima. Pendekar? Okay sekarang aku di mana ni? Since when ada pendekar pulak? Ini set drama Keris Hitam Bersepuh Emas ke apa? Persoalan yang muncul serentak dalam benakku.

"Aku Nadim"
"Aku Naim"
"Aku Tuah"
"Aku Wan"

Keempat-empat pendekar ini memperkenalkan diri masing-masing. Nadim dan Naim ini kembar pada perkiraanku kerana wajah dan susuk tubuh mereka seiras sekali. Tuah pula begitu kacak, berkulit sawo matang namun tidak terlalu gelap. Wan pulak bercakap dengan sedikit dialek seperti orang Pantai Timur. Kelantan barangkali. Kulitnya cerah dan agak jambu. Si kembar Naim dan Nadim pula berkulit kuning langsat dan mempunyai janggut halus. Basically semuanya good looking.

"Mereka akan membantu kau di sini kelak"
"Membantu dalam cara yang bagaimana? Saya tidak berapa faham."
"Kau dalam bahaya. Orang-orang sang Ratu akan mencari kau kelak"
"Ratu? Siapa dia? Kenapa dia mencari aku?"
"Dia pemerintah tanah ini. Kejam orangnya. Oleh itu aku harus persiapkan kau. Agar kau boleh menjaga diri."
"Kami akan membantu kau. Jangan kau risau"
"Ya, kami akan membantu kau"
"Betul"

Aku semakin keliru. Kenapa pula aku yang dicari si pemerintah tempat asing ini. Aku siapa jugak disini. Terasa bagaikan kedatangan aku bagaikan dinanti. Tidak sampai seharian aku disini sudah begini jadinya. Pelik bin ajaib. Aku mahu pulang! Jeritku didalam hati.

"Tuah, kau tunjukkan bilik dia nanti. Aku mahu kalian menjaga dia seperti adik beradik kamu sendiri" orang tua itu berkata dengan nada tegas sebelum dia berlalu pergi. "Jom, aku tunjukkan kau tempat ini" Tuah menarik tanganku. Aku merelakan.

"Itu bilik dapur untuk memasak" katanya sambil menunjukkan ruangan seperti pantri dengan kaunter serta kerusi dihadapan. Tampak rekaan moden seperti kafe hipster. "Ini ruang latihan. Kawasan lapang ini boleh digunakan untuk riadah juga. Itu pula bilik memanah dan ruang senjata" Tuah menunjukkan sebuah bilik berdinding batu. Memanah? Ini sudah seperti kem bawah tanah!

"Tangga kiri untuk ke tempat tidur wanita manakala lelaki pula di sebelah kanan" Aku melihat ke tangga yang menuju ke bahagian bawah. Jadi tingkat bawah adalah dorm. Okay, sekurang-kurangnya tempat ini 2 tingkat di bawah tanah. Menarik.

FRAGMENTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang