Snooze sekali lagi. Aku mahu tidur. Untuk kesekian kalinya aku biarkan alarm iPhone itu menjerit lagi. Rasa mengantuk semalam belum reda lagi. Paper itu benar-benar mengganggu aku seminggu dua ini. Harapnya minggu depan bolehlah emelkan kepada Prof draf akhir paper untuk jurnal.
Hey bangun la. Dah pukul 7 setengah ni. You gonna be late today. Suara itu berbisik telingaku. Mataku buka sedikit. I already prepared breakfast for you. Your coffee too! Katanya sebelum melangkah keluar bilik. Aku memerhatikan susuk tubuh itu menghilang. Kedengaran pintu rumah ditutup.
Aku bangun, bersila di katil yang semak. Sesemak kepalaku jua. Tahi mata ditenyeh-tenyeh sambil mulut menguap. Buat seketika aku seolah berada di dimensi lain. Hanyut di galaksi tanpa penghujung selepas mata digosok-gosok.
Mimpi yang sama lagi. Masuk ini sudah 3 kali aku bermimpi sesat di hutan berkabus. Mainan tidur barangkali? Petanda setan apalah ini? Atau amaran daripada Tuhan? Banyak yang bermain di mindaku. Hati bertanya sendiri. Mungkin terlalu banyak berfikir gamaknya. Research lagi. Kertas kajian lagi. Menulis tesis lagi. Arghh! Why oh why I continue my study? Bikin semak hidup! Aku bergerak ke bilik mandi. Mahu mandi. Mahu segarkan badan. Ini hari yang baru. Hari yang cerah. Jerebu di luar sudah berkurangan sedikit setelah seharian hujan lebat sebelumnya.
------------------------------------------------------
Aku terpaku di hadapan MacBook Air. Article berkaitan penemuan kapal lama di dalam sungai itu aku baca berulang kali. Seolah-olah ada sesuatu di situ. Cuma aku lupa. Based on historical fact memang ratusan tahun dahulu kawasan itu adalah sebuah pelabuhan maritim. Dan juga sebuah kerajaan agraria. Maksudnya kerajaan setempat bukan sahaja menjalankan kegiatan pertanian malah turut memperdagangkan hasil tani, hasil bumi dan juga pelbagai barangan pertukangan. Pengaruh keagamaan turut berkembang seiring dengan kegiatan perdagangan. Berlaku asimilasi budaya dan sebagainya.Banyak kerajaan persisiran pantai pada zaman dahulu. Ada yang kecil. Ada yang besar. Interaksi antara satu sama lain telah mencorak sebaran teknologi pada waktu tersebut. Setiap kerajaan mempunyai keistimewaan dan sejarah setempat masing-masing yang tersendiri. Ada yang akhirnya hilang dan musnah ditelan zaman. Ada yang berkembang maju dan menjadi asas kepada kerajaan moden pada hari ini.
Orang moden mungkin berfikiran bahawa orang dahulu adalah kuno dan tidak tahu teknologi langsung. Tapi pernahkah kita berfikir sejenak - orang dahulu membina kapal daripada KAYU dan belayar ke seluruh pelusuk dunia. So called modern age kita pon belum ada lagi kapal laut yang diperbuat daripada kayu dapat belayar sejauh itu. Persoalannya teknologi kita sekarang atau teknologi kuno itu yang lebih advanced?
Orang dahulu membina bangunan dan kastil yang masih bertahan sehingga kini. Usia mencecah beberapa ratus tahun. Dibuat pula di atas gunung dan di kawasan perbukitan. Teknologi kita masih belum setanding dengan mereka. Lihat sahaja tersungkurnya Highland Tower suatu ketika dahulu. Itu contoh teknologi moden. Sedangkan Kota A Famosa masih utuh sehingga kini selepas jatuhnya Kesultanan Melayu Melaka. Just saying based on that facts, siapa yang lebih maju dan kehadapan?
Bagiku orang dahulu mereka lebih menguasai teknologi dan mereka bersatu dengan alam. Menggunakan teknologi tertinggi dan termaju pada zaman tersebut dengan lebih green dan environmental friendly. Sesuatu yang kita di zaman milenium ini terkial-kial lagi untuk mengimplimentasi. Bioteknologi orang dahulu lebih advance dan jauh ke hadapan berbanding dengan kita. Cuma ada sesuatu yang berlaku. Sesuatu yang meruntuhkan ketamadunan mereka. Dan semuanya bermula semula daripada kosong. Sesuatu yang tertinggal dan masih menjadi puzzle sehingga kini.
Itulah gap yang aku cuba untuk fahami. Apa sebenarnya yang telah berlaku? Mengapa ia berlaku? Siapa dan apa yang disebalik semua ini? Adakah hancurkan peradaban itu kerana salah percaturan si tampuk yang memerintah? Atau kuasa daripada masa hadapan yang muncul dan cuba untuk mengubah sejarah? Di manakah dia segala catatan tentang semua ini. Adakah magis dan keajaiban yang berlaku? Wujudkah makhluk-makhluk mistik? Di manakah alam bunian tersembunyi?
Sulalatus Salatin sudah aku khatam sekali. Susah untuk difahami kerana gaya bahasanya yang klasik berserta garis masa yang perlu diberi perhatian khusus. Aku hanya mencari kapal selam Raja Suran. Teruja untuk mengorek rahsia penciptaan kapal selam tersebut. Bagaimana masyarakat zaman itu berjaya menghasilkan sebuah kapal selam yang berfungsi. Teknologi itu yang aku mahukan. I'm craving for that kind of invention. Jika kita boleh mendapatkan rahsia penciptaan kapal selam Raja Suran ini mungkin kita dapat mengubah sejarah semula. Bayangkan kapal selam pertama dunia adalah daripada Nusantara.
Itu belum lagi masuk ke penciptaan keris. Senjata warisan bangsa ini banyak menyimpan misteri. Diperasapkan dengan limau dan kemenyan untuk apa? Ya asid pada limau itu akan memberi karat kepada besi. Karat itu bila ditusuk masuk ke dalam badan kelak membawa penyakit. Setiap lok dan lekuk sengaja dibuat begitu agar lukanya lebih parah dan sukar diubati. Itu bisa yang tersembunyi. Dikiaskan mencuci keris setiap malam jumaat. Padahal ditambah racun lagi adalah. Begitu liciknya orang kita pada zaman dahulu. Tindaknya berkias agar nampak beradap. Kerna kita bangsa yang menjunjung adat dan budi. Bukan yang derhaka!
Kisah Wan Empuk dan Wan Malini juga menarik perhatianku. Jika dibayangkan di zaman moden, maka aku akan katakan bahawa dua dara jelita ini didatangi oleh sebuah UFO daripada garis masa yang berbeza. Mungkin manusia yang lebih moden ke hadapan atau tinggi aras teknologinya pada zaman itu cuma berlainan kawasan. Imagin orang asli di Taman Negara dilawati oleh orang Kuala Lumpur dengan menaiki helikopter. Mungkin bagi masyarakat orang asli itulah pertama kalinya mereka melihat "burung besi". Jadi itulah keajaiban bagi mereka. Terus dicatatkan lalu diturunkan kepada anak cucu melalui lagu dan cerita.
Padi berbuahkan emas dan perak itu mungkin menggambarkan kemajuan pertanian yang dibawa oleh putera raja yang elok paras rupanya. Yang dikatakan menaiki lembu emas. Lembu emas yang mungkin adalah sejenis kereta. Ataupun kereta terbang yang mesra alam. Seperti hovercraft gamaknya. Putera kacak kerana biasalah orang yang moden kulitnya lebih cerah berbanding dengan mereka yang membanting tulang empat kerat, seharian bercucuk tanam padi huma. Logik seperti kita membandingkan orang yang bekerja pejabat dengan orang yang bekerja sektor pembinaan.
Apa yang berlaku hari ini, esoknya sudah menjadi sejarah. Sejarah yang lama kelamaan bertukar menjadi lagenda. Ratusan tahun berlalu, lagenda akan menjadi mitos. Mitos yang dicatat dan diambil acuh tak acuh oleh mereka-mereka si pewaris generasi baharu.
YOU ARE READING
FRAGMEN
Science FictionEntah berapa lama aku disini. Aku tidak tahu berapa lama perbedaan masa di sini dan di sana. Berapa lama aku lesap menutup mata di sana sebelum aku bangun di sini. Apa tempat ini benar-benar wujud atau hanya fantasi. Sebahagian fragmen pemikiran itu...