Osam [8]

107 2 0
                                    

"Aku suka gaya korang bercakap tu. Really good. And absolutely rare la sekarang ni."

"Betulkah begitu?"

"Betul la Tuah. Sekarang orang bercakap bahasa rojak kot. Campur malay and english. Tu belum masuk part cainis indian semua lagi!"

"Wow macam menarik je bunyinya. Mungkin sesedap rojak dan kau jugak." Tuah tunduk seketika. Nafasnya perlahan. Ada keluhan yang dilepaskan.

"Rojak memang sedap kot. Rojak buah la. Kalau rojak pasembor itu kena beli yang original daripada Penang la. Yang lain kurang asli macam yang dekat Penang. Itu perghh sedap bak hang!"

"Pasembor?"

"Pasembor tu macam cucur udang dan ditambah dengan sengkuang and apa lagi entah. Lepas tu ada kuah. Yang penting adalah kuah. Kuah kalau yang hado, memang pasembor hauk la jadinya!"

"Hado dan hauk tu apa? Pelik-pelik la bahasa kau ni. Rosak bahasa sudah."

"Hado tu macam ada tapi maksudnya tidak ada. Hauk pulak maksudnya buruk atau pada orang maksudnya kurang ada rupa paras menawan cantik dan kacak la. Faham?"

"Oh begitu pulak. Aneh sekali bahasanya. Tidak lagi puitis dan seindah bahasa kami disini."

"Yang acah-acah puitis itu mungkin puisi tepi longkang. Eh. Puisi tepi jalan kot."

"Tepi jalan orang membaca puisi? Peliknya."

"Takdelah. Itu tajuk buku sebenarnya. Budak baru nak up sukalah dengan buku puisi yang ayatnya sebaris dua tapi deep jauh ke dasar sangat. Budak shallow kot."

"Ala lain padang lain belalangnya. Mana nak sama dengan semua orang. Berbeza preferences."

Aku merapatkan diri disebelahnya. Kami sedang duduk berhadapan dengan pantai. Angin bertiupan itu mendamaikan. Ditambah pula dengan simfoni ombak menghempas pantai. Lebih indah daripada yang biasa. Pepohon rhu menambahkan lagi keindahan itu.

Pasir pantainya halus. Kering. Namun terasa dingin. Warna kuning keemasan. Kelihatan bersih. Tidak seperti pantai kita yang tipikal agak kotor dipenuhi sampah sarap yang pelbagai. Kadangkala kondom yang sudah digunakan itu dibuang saja di pantai. Tak percaya pergilah ke pantai. Pantai yang sebelah laut la yer. Pantai Dalam or Pantai Medical Centre tidak dikira sama sekali.

Bau laut begitu tebal sesekali ombak menghambur pantai. Airnya jernih dan berbuih halus. Buih yang akhirnya hilang bersenggama dengan air laut itu. Tiada pula tapak sulaiman di atas pasir. Begitu juga dengan kerang-kerangan yang sudah mati. Pecah berderai bersama batu karang yang zooxanthellaenya sudah musnah dek perubahan iklim yang semakin drastik.

Sesekali kelihatan camar putih berterbangan. Mencari makan gamaknya. Aku merindukan keadaan sebegini. Duduk termenung melayan perasaan menghadap laut serupa orang tidak ada pedoman. Rasa tenang dan bebas tanpa perlu memikirkan apa-apa. Let it go. Freedom!

Tangan Tuah aku pegang. "Kau pon apa kurangnya Tuah. Sedap jugak dipandang." Kataku sambil tersenyum nakal. Tuah mengangkat kepalanya. Muka merah padam. Malu. Mungkin malu tapi mahu.

Tuah memegang erat tanganku. "Kau tahu? Kau okay?"

"Yes I know. In your dream masa kau lelap tadi kau ada babbling something. Sebab itulah aku tahu."

"Ala tak fair la camtu. Hish malunya."

"Tak payah nak malu tapi mahu tu la sangat."

"Malu itukan perisai orang beriman!"

"Eleh, padahal iman senipis kulit bawang!"

"Nipis pon still ada jugak ape."

Kami berdua ketawa serentak. Lalu merebahkan diri di aras bunga seri pagi yang melata di atas pasir. Sekarang petang jadi bunganya tak la berseri lagi. Angin masih bertiup membawa bersama bau garam laut. Burung masih lagi berkicauan.

"Siapa dia yang dalam mimpi kau tu? Mesti bae lettew!"

"Bae? Apa tu?"

"Bae itu before anyone else. Maksudnya kekasih hati la senangnya. Mata air!"

"Oh begitu. Hmmm. Mungkin jugak la."

"Sah! Bae lettew!"

"Dia insan yang pernah hadir dalam hidupku. Orang yang aku sayang. Ye dia bae aku."

"Ha kan senang cakap macam tu. Simple. Jadi dimana dia sekarang. Nak jugak jumpa orang yang bertuah berjaya mendapat Tuah ni."

"Dia sudah tiada."

"Tiada as in pergi jauh ke?"

"Ye. Jauh di alam lain."

"Oh sorry."

"It's okay. Dah lama jugak. Dia sanggup menerima panahan bajingan itu demi nak menyelamatkan aku. Nafas terakhir dia dipangkuan aku."

"Bersabar la ye. Ada hikmahnya ni" Bahu Tuah aku sentuh. Aku gosok perlahan. Memberikan simpati.

"Cuma itulah. Kadangkala dia muncul dalam mimpiku. Suaranya sayu mendayu memanggilku."

"Heh mimpi itu kan permainan setan. Abaikan sudah. Barang yang lepas jangan dikenang. Move on ke barang yang di depan mata sudah la pulak."

"Barang yang di depan mata itu nak ke dekat hamba, pacal yang hina dina dipalit duka?"

"Nak la jugak. Cuma takut bertepuk sebelah tangan."

"Jadi ada harapan la ni?"

"Mungkin jika kena gayanya."

"Gaya apa yang paling sesuai untuk menambat hati si dia tu? Tahu tak?"

"Gaya yang jujur dan bersahaja. Cakap apa yang nak disampaikan. Tak perlulah berbunga bahasa. Just make it short and  simple."

"Hmm okay noted."

Tuah berpaling melihat ke arahku. Wajah kami dekat. Terasa nafas. Pipi aku disentuh lembut. Dia tersenyum. Aku tersenyum. Malu. Degupan jantung seakan semakin kuat. Apakah ini yang dinamakan cinta? Aku bertanya sendiri apakah yang akan terjadi.

"Kau sangat comel" kata Tuah.

"Comel sebab aku berisi la kot ek?"

"Kau comel sebab kau berkulit cerah. Nampak sangat kebudak-budakan."

"Oh taste kau muka babyface la kiranya?"

"Yelah kot. Geram pulak tengok kau ni. Rasa macam nak terkam je!"

"Heh! Jangan nakal-nakal ye abam Tuah. Dinda tidak kuat nak melawan getaran itu."

"Kenapa perlu melawan kalau boleh direlakan sepenuh jiwa sahaja dindaku yang comel."

"Madah berhelah sangat dia ni rupanya. Mesti playboy ni ek?"

"Kita orang melayu seharusnya berbudi bahasa kerna itu cerminan kita bangsa melayu yang menjunjung adat dan budaya nenek moyang zaman berzaman."

"Amboi dah serupa orang Dewan Bahasa dan Pustaka pulak. Sesuai sangat la masuk UMNO ni nanti. Calon ketua pemuda!"

"UMNO? Apa tu?"

"Itu parti politik yang kononnya membela orang melayu. Tapi letak nama parti dalam English. Lol!"

"Jadi mereka itu baik atau tidak?"

"Aku rasa sama jahat macam Ratu la."

"Jadinya mereka banyak menyusahkan orang?"

"Memang banyak sangat susahkan orang. Sampai semua orang benci. Tahap sampai nak gulingkan pemerintahan kot."

"Wow! Sampai begitu sekali. Memang jahat betul la tu."

Tuah bangun, duduk. Aku ikut sekali. Kami melihat matahari petang. Senja bakal berlabuh sekejap lagi. Esok mungkin ada sinar baru dalam hidupku. Sinar yang harapnya tidak sirna. Semoga aku survive disini.

FRAGMENWhere stories live. Discover now