Kemusnahan dunia yang fana ini bolehkah kita, insan biasa ini untuk mengubahnya. Sekalipun kita bukan Tuhan tetapi kita boleh cuba untuk mengurangkan impak atau melambatkan tarikh luput bumi. Itulah yang menjadi perkara pokok dalam kajian aku. Kerana aku yakin dalam setiap peradaban, sememangnya ada dicatatkan mengenai kiamat.
Mungkin kita boleh. Cuma bukan dizaman ini dengan teknologi semasa. Dengan keadaan sosiopolitik yang tidak menentu, ditambah pula dengan ribut taufan dalam ekonomi serantau. Ini sedikit sebanyak merencatkan perjalanan kearah mencari jalan akhir atau the last resort untuk menyelamatkan dunia.
Agama samawi yang ajarannya berasal dari langit tanpa jemu memberi peringatan mengenai hari akhir atau expire date bumi bertuah ini. Cuma kita yang merasakan kita di puncak tertinggi peradaban moden sahaja sengaja untuk mengambil enteng akan peringatan tersebut.
Manusia terpilih yang hidup ribuan tahun lalu tahu akan hari apokalips itu dan mereka senantiasa memberitahu kita dalam bentuk penulisan yang ditinggalkan. Taurat, Quran, Perjanjian Lama mahupun kitab-kitab Veda banyak menceritakan mengenai kemusnahan akhir zaman. Hanya di tangan kita sahaja penulisan kriptik ini perlu dirungkaikan, untuk mata jelas melihat dan telinga mendengar. Ilmu itu telah lama bersemadi bersama kita, diturunkan sekian generasi. Meresap dalam minda separuh sedar kita dan menghantui mimpi-mimpi di kala malam menjelma.
Aku sendiri sudah larut dalam seribu persoalan. Apa sebenarnya yang telah berlaku dahulu? Mass extinction yang ke enam dan beberapa siri yang sebelumnya? Apa kata kunci untuk merungkaikan semua ini? Apa yang penting dan menjadi perkara pokok? Ada sesuatu yang masih tertinggal. Pendeta, ilmuan dan orang tua dahulu telah menurunkan sesuatu kepada kita.
Aku harus fokus dalam mencari jalan ke tengah ribut persoalan ini. Bagaikan mata pedang yang runcing dihujungnya aku harus menusuk ke dalam untuk mencapai cahaya di hujung lorong suram ini. Aku perlu mengubah haluan dan mencari sumber energi supaya keseimbangan dapat aku perbetulkan kembali putaran alam. Putaran yang mungkin boleh melambatkan katastrofi yang seterusnya.
Setiap peradaban yang musnah biasanya sudah mencapai satu tahap kemajuan yang tertinggi. Musnah akibat salah percaturan dalam pentadbiran sehingga mencetuskan huru-hara dalam negara lantas menyebabkan kerajaan yang berjiran dapat menyerang dan memusnahkan segalanya. Yang tinggal hanyalah puing-puing dan catatan lama sebagai bukti wujudnya sebuah ketamadunan yang agung.
Tidak perlu pergi jauh. Di kawasan Asia Tenggara sendiri terdapat banyak kerajaan purba yang telah hilang ditelan zaman. Dalam Sulalatus Salatin banyak menceritakan mengenai kerajaan-kerajaan silam dan sejarah kegemilangannya. Di Alam Melayu feudal terdapat banyak kerajaan kecil yang saling berinteraksi antara satu sama lain. Perkahwinan menjadi salah satu cara untuk mengukuhkan kuasa dan kedaulatan sesebuah kerajaan pada masa tersebut.
Perkahwinan antara Kimas Jiwa dengan Puteri Raden Galoh Wi Kesuma melahirkan Raden Galuh Cendera Kirana ataupun nama popularnya Puteri Gunung Ledang. Dia kononnya menolak cinta agung Tuah demi mengeratkan hubungan diplomatik antara Majapahit dan kerajaan Melaka melalui perkahwinannya dengan baginda Sultan Mansor Syah. Walaupun sebenarnya pada waktu tersebut Hang Tuah sudah tua dan tidak mampu lagi untuk memanjat ke puncak Ledang.
Tidak lengkap sejarah Melaka tanpa disebutkan mengenai Puteri Hang Li Po yang dikahwinkan dengan Sultan Mansor Syah juga oleh Maharaja China. Perkahwinan antara dua kerajaan ini telah berjaya memberikan Melaka perlindungan Dinasti Ming dan juga mengelakkan serangan daripada tentera Siam keatas kerajaan Melaka pada ketika itu. Menurut lagenda, diceritakan Maharaja China telah menghadiahkan sepasang naga untuk menjaga puterinya. Naga yang kini dikatakan bersemadi di Bukit Cina.
Anak gadis Bendahara Pahang, Tun Teja Ratna Benggala pernah dicatatkan menjadi titik perebutan antara dua kuasa besar. Dia menjadi rebutan diantara Sultan Abdul Jamil dan juga Sultan Mahmud Syah. Dengan bantuan Hang Nadim, Tun Teja telah berjaya dilarikan daripada Pahang dan dibawa ke Kota Melaka untuk diperisterikan oleh Sultan Mahmud Syah. Kerana Tun Teja, hampir tercetus peperangan antara Melaka dengan Pahang pada waktu itu. Di Melaka, Teja memendam rasa, berduka lara atas hidupnya bersama paduka Sultan.
Kruk! Kruk! Perutku berbunyi meminta untuk diisi. Waktu menunjukkan pukul 1.20 tengahari. No wonder la aku dah lapar gila. I need food asap! Aku menutup laptop. Wallet dalam beg sandang diambil. Aku bercadang untuk makan di cafe bawah sahaja. Mungkin sudah tidak ramai orang pada waktu ini. Staf kerajaan biasanya pukul 12 lagi sudah keluar untuk lunch. Efektif kalau bab-bab rehat ni. Bab kerja biasanya kena ikut prosedur itu prosedur ini.
------------------------------------------------------
Aku duduk di meja hujung berhampiran rak hiasan. Ada sedikit privasi. Dalam kafe pon hanya ada beberapa orang. Hari ini aku memesan nasi ayam penyet dan teh hijau lemon. Sangat gaya hidup sihat bak kata Khairy Jamaludin."Hey, sorang saja ke abam kacak?" Satu suara yang aku kenal menyapa telinga. Aku memandang ke atas. "Tak nampak ke ada Rosmah Mansur sekali depan aku ni gila?" Jawapan sarkastik untuk soalan yang sarkastik. "Dah makan belum ni? Meh la sekali" pelawa aku kepadanya.
"Dah makan tadi. Ni saja je nak temankan kau."
"Mengada-ngada la kau!"
"I mengada dengan you sorang je bae"
"Bae nenek kau"
"Alolo, jangan la marah. Nanti I lagi geram rasa nak yomked you je!"
"Macam-macam la kau"
"Hok aloh mu ni, gurau sikit pon tak boleh"
"Whatever"Aku menjelirkan lidah dan meneruskan acara mengisi perutku. Mamat ni bukannya boleh dilayan sangat. Hobinya memang suka mengayat orang. Especially lelaki muda berdahi licin. Dia seorang postdoc di institut ini. Orangnya boleh tahan, berkulit cerah dan tinggi. Baru berusia 25 tahun dan sudah ada PhD. Memang menjadi kegilaan ramai wanita dan juga lelaki. Cuma dia ni tak minat sangat dengan perempuan sebenarnya.
"Kau ada join tak lawatan ke Kedah nanti? Prof ajak pergi melawat kapal lama tu dan kawasan candi. Jom la sekali weh."
"Prof ada cakap hari tu. Aku okay je. Boleh jugak feeling-feeling bercuti walaupun setakat ke Kedah je."
"Yes! Aku dah letakkan kita sebilik dalam itetanary."
"Amboi laju je kau ek. Ada modus operandi tersembunyi ke yang aku tak tahu ni?"
"Aku just nak rasa kau je malam tu." Katanya sebelum bingkas berlalu pergi.
"Nate beghok kau!" Aku membalas sambil menunjukkan jari tengah. Nasib tiada orang lain disini. Kalau tidak sudah jadi bahan cerita di pejabat. Mamat ni kalau bergurau memang merepek-repek. Itu yang membuatkan aku malas untuk melayan dia. Semak otak dibuatnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
FRAGMEN
Ficção CientíficaEntah berapa lama aku disini. Aku tidak tahu berapa lama perbedaan masa di sini dan di sana. Berapa lama aku lesap menutup mata di sana sebelum aku bangun di sini. Apa tempat ini benar-benar wujud atau hanya fantasi. Sebahagian fragmen pemikiran itu...