Hemburan ombak di pantai semakin lemah. Namun bunyinya masih kuat kedengaran walaupun dari kejauhan. Matahari masih belum menerangi daerah di Pinggiran. Kawasan pantai yang berdekatan dengan perbukitan ini dipanggil sebagai Pinggiran. Dan aku literally sekadar di pinggiran.
Aku terjaga. Sejuk. Air laut membasahi bahagian pinggang ke bawah. Sebahagian pipi dan mulut aku diselaputi pasir halus. Aku bingung. Aku dimana. Seingat aku, aku berjalan pulang daripada kampus. Sekarang aku dimana? Pantai mana pula aku bercanda ini? Janganlah aku diculik sehingga ke Lombok pula?
"Anak muda, engkau tidak apa-apa? Apa yang kau buat di pantai pagi-pagi begini? Bangun nak, bangun!"
Ada suara itu berkumandang di telingaku. Aku mendongak ke atas. Dalam suram pagi, aku melihat seorang lelaki tua. Mungkin nelayan yang mahu turun ke laut agaknya.
"Saya tidak apa-apa. Cuma saya tidak tahu di mana saya. Tempat apakah ini?" Aku berkata lemah. Cuba untuk bangun perlahan-lahan.
Lelaki tua itu memandangku. Kemudian dia memandang ke sekeliling. Ada roman cemas di wajah tuanya.
"Kamu bukan orang asal sini. Bangun cepat. Aku harus bawa kau ke tempat yang selamat! Ayuh"
Dia membantu aku untuk bangun. Dalam rasa yang lemah, mungkin kekejangan akibat direndam air laut, aku melangkah. Ada kereta lembu berdekatan dengan pepohon kelapa. Aku disuruhnya naik di belakang dan menutup diriku dengan jala. Aku hanya mengikut. Dia menyuruh aku diam membatu sahaja.
Kereta lembu mulai bergerak perlahan. Kedengaran bunyi unggas berkicauan. Waktu pagi. Waktu makhluk serata alam bangun, memulai hari yang baru. Suasana nyaman. Badanku dihangatkan oleh siratan jala-jala. Kantuk mata menjadi berat. Gelap.
Aku terjaga. Mata ku buka perlahan. Gelap. Suram. Dingin. Aku yang terbaring di lantai tanah hitam. Kelihatan akar tumbuhan yang mati, separuh tertanam di dalam tanah. Kering. Kering tanah itu. Sedikit berdebu. Nafasku terganggu. Kering tekakku di tanah gersang ini.
Aku bangun. Memandang sekeliling. Di mana orang tua tadi. Aku dicampakkan ke lembah kematian apakah ini. Aku bingung. Dari pusingan 360 darjah ini, aku hanya melihat tanah kering dengan tumbuhan yang mati. Dari kejauhan aku nampak berbalam cahaya. Mungkin ada perkampungan di situ.
Setelah berkira-kira, aku nekad untuk bergerak ke sana. Mungkin di sana ada jawapan untukku. Tempat asing ini seakan-akan tanah terbiar yang ditimpa malapetaka. Dengan berkaki ayam, aku mulai melangkah. Langkah ku susun berhati. Tanah kering dengan tunggul kayu ini mungkin ada helah yang bersembunyi. Terlalu sunyi melainkan desiran angin.
Aku penat. Jauh sudah aku melangkah. Tanah hitam kering kini berganti dengan pasir. Kasar dan kuning keemasan warnanya. Sedikit haba terasa bila ku pijak. Kakiku tenggelam. Dahaga aku membuak-buak. Aku perlukan air. Tapi aku bertahan. Sedikit sahaja lagi. Tiada lagi desiran angin seperti di tanah hitam kering tadi. Pelik untuk pasiran kering seperti padang pasir ini tiada langsung angin.
Aduh jeritku tiba-tiba. Kakiku tersepak sesuatu. Shit! Ibu jari kaki kiri tersepak batu. Aku jatuh terduduk. Punggung menghempap permukaan yang keras. Rasa seperti konkrit. Aku meneka. Aku mengais pasir di sekeliling tempat aku terduduk. Ya sememangnya lapisan keras itu adalah konkrit. Aku menjadi pelik. Kenapa ada konkrit di tengah-tengah gurun pasir ini. Ditinggalkan orang atau apa.
Suasana tenang dengan kesunyian itu tidak kekal lama. Ada bunyi berdesing kedengaran daripada jauh. Bunyi desingan itu diikuti dengan bunyi seperti kibasan sayap. Kuat dan senada seirama. Pasir yang kering di sekelilingku mulai terapung. Arghh ribut pasir! Aku terus berbaring. Ribut pasir dan aku di tengah nowehere. Best solution adalah lie down sehingga ribut ini berlalu.
Aku meringkukkkan badan, tangan memeluk lutut. Namun bunyi desingan itu mengganggu lagi. Aku menutup telinga dengan tangan dengan harapan dapat mengurangkan bunyi desingan. Pasir berterbangan, menggila. Mata aku tutup rapat. Telingaku tutup rapat. Doa di dalam hati agar semuanya berlalu dengan selamat. Pasrah.
Wajah terasa hangat. Tangan kiri aku gerakkan untuk melindungi muka. Pasir halus yang memenuhi muka aku buang. Mata ku buka perlahan. Aku tergamam. This is insane!
Satu pemandangan yang luar daripada kebiasaan. Aku bangun. Duduk bersila. Di hadapanku kelihatan bangunan-bangunan yang telah runtuh. Aku sendiri sebenarnya berada di atas permukaan atas bangunan. Samada kawasan ini telah dilanda ribut pasir sebelum ini atau kawasan ini bekas sebuah bandar yang telah mati.
Setelah berkira-kira, aku nekad untuk turun ke bawah. Mujur masih ada pasir di bawah bangunan aku berada. Aku melongsor turun ke bawah. Bangunan itu hanya 2 tingkat aku meneka. Tidak tinggi. Bangunan lain masih seperti diselaputi pasir. Ada yang telah runtuh. Ada kesan seperti terbakar atau seperti diletupkan. Itu fikirku apabila melihat kawasan sekeliling aku berdiri sekarang.
Suasana sekeliling masih lagi sunyi. Matahari memancarkan sinarnya. Daripada sudut condong matahari, aku kira mungkin pukul 10 atau 11 pagi. Kering angin yang bertiup membuatkan aku kembali dahaga. Aku harus bergerak mencari air. Dahaga ini perlu ditawar. Mungkin ada sumber air yang berdekatan. Doaku agar muncul oasis berdekatan kawasan runtuhan ini.
Aku berjalan perlahan. Aku berjalan lurus. Mengikuti kawasan lapang seperti lorong atau jalan. Pasir masih memenuhi kawasan lapang ini. Di kiri dan kanan kelihatan bangunan setinggi satu tingkat yang telah runtuh menyembah bumi. Kalau di sini masih bumi.
Bangunan ini mirip seperti deretan kedai. Mungkin itulah kawasan ini suatu ketika dahulu. Sebelum ditimpa bencana. Kataku di dalam hati. Langkah aku terhenti apabila aku lihat satu binaan seperti air pancut mungkin dalam 100 meter di hadapanku. Aku tersenyum. Mengharapkan ada air di situ. Langkah aku cepatkan.
Rezeki menyebelahiku. Air pancut itu airnya semulajadi. Alirnya perlahan. Mengalir daripada seketul batu yang berbentuk seperti mangkuk. Batuan ini kelihatan seperti semulajadi. Au naturelle. Airnya sedikit sahaja. Aku terus menadah. Beberapa teguk aku telan untuk memuaskan dahaga. Aku menyandarkan badan, membelakangi sepohon pokok yang sudah mati. Hanya tinggal separuh tunggul.
Aku terdengar bunyi seperti mesin. Mungkin kereta atau motorsikal. Semakin lama semakin kuat. Dan seperti menuju ke arah kawasan lapang ini. Shoot! Aku bingkas bangun. Aku berlari pantas ke runtuhan bangunan di hadapan air pancut tadi. Aku masuk ke bawah runtuhan dan pasir aku serakkan untuk menutup jejak. Mata aku fokus ke kawasan lapang.
Tiba-tiba ada yang menutup mulutku. Satu tangan lagi digunakan untuk memeluk tubuh kecilku. Aku meronta-ronta. Jeritan aku cuba hamburkan sekuatnya. Walaupun mulutku ditekup dengan rapat.
![](https://img.wattpad.com/cover/50081225-288-k476403.jpg)
YOU ARE READING
FRAGMEN
Science FictionEntah berapa lama aku disini. Aku tidak tahu berapa lama perbedaan masa di sini dan di sana. Berapa lama aku lesap menutup mata di sana sebelum aku bangun di sini. Apa tempat ini benar-benar wujud atau hanya fantasi. Sebahagian fragmen pemikiran itu...