Enam [6]

97 3 0
                                    

Aku menuruti Tuah ke bahagian dorm di bawah. Terasa nyaman nuansa semasa menuruni tangga tersebut. Mungkin binaan bangunan ini menitikberatkan konservasi haba dan tenaga. Sejurus itu, suasana dalamannya lebih menyenangkan dan menenteramkan jiwa. Dinding dan lantai tampak diperbuat daripada batu yang memberikan satu suasana dingin. Itu telahanku buat masa kini. Kaget dan kagum dengan binaan bangunan yang tersendiri ini.

Daripada apa yang telah kulihat sedari tadi, binaan dan bangunan di sini seperti seakan-akan dibuat dengan menggabungkan penggunaan teknologi moden yang difusionkan bersama kesenian binaan zaman silam menerusi penggunaan bahan yang lebih alami dan organik. Siapalah minda bernas disebalik idea pembinaan bangunan ini semua. Persoalan yang ligat bermain di minda.

Dorm ini rekaannya ringkas dan tampak minimalis dengan penggunaan warna semulajadi kelabu daripada batuan granit yang seolah dipahat cantik pada bahagian dinding dan lantai. Ditambah pula dengan warna putih gading yang diadun bersama. Menyerlahkan tatarias yang sempurna. Ada beberapa katil kayu disusun dalam 2 barisan lurus dalam dorm lelaki ini. Terdapat meja kecil berserta almari di setiap satu katil tersebut.

"Tandas terletak dihujungnya barisan katil ini" Tuah berkata sebelum duduk berbaring di atas katilnya. Aku berkira-kira itu katilnya. "Kau ambil katil yang dihadapan ini. Sudah lama kosong tidak bertuan". Aku membuka pintu almari tersebut. Bersih. Ada beberapa pakaian dan sehelai tuala tersusun rapi didalamnya.

"Kau boleh pergi bersihkan diri. Aku mahu melelapkan mata sebentar. Nanti aku tunjukkan kau kawasan di luar. Selepas kau bersihkan diri, kejutkan aku ya kawan." Tuah berkata sebelum memalingkan diri menghadap katil di sebelahnya.

Tuala dicapai dan aku melangkah masuk ke kamar mandi. Kelihatan beberapa kubikel berserta sebuah cermin air yang mengalir terdapat di dalam kamar mandi ini. Aku kagum seketika. Cermin air mengalir ini sesuatu yang baru bagiku. Air yang mengalir itu memberikan efek seperti cermin. Pakaian aku tanggalkan. Bau keringat. Aku masuk ke dalam salah satu kubikel tersebut. Ada shower. Aku terus mandi kerana malas berfikir-fikir lagi.

------------------------------------------------------
Aku sudah siap berpakaian. Aku hanya memakai pakaian yang terdapat di dalam almari. Terdapat beberapa helai boxer, singlet, seluar pendek, tshirt, seluar panjang dan beberapa pakaian seperti orang melayu klasik. Aku mencuba persalinan itu. Terasa bagaikan seorang pendekar pula dengan baju melayu hitam sebegini.

Aku duduk di atas katil Tuah. Tepat di sebelahnya. "Tuah! Tuah bangun. Aku sudah siap." Aku mengejutkan Tuah. Aku gerakan sedikit bahunya. Keras. Berotot gamaknya. "Ermmm ermm sekejap la" Tuah beralih sedikit. Dia menarik aku baring bersamanya di atas katil bujang tersebut. Aku terkesima dengan gerak spontan dia namun akur.

"Baring sekejap saja ye. Sudah lama bilik ini kosong. Sekarang kita berdua saja dibilik ini." Katanya perlahan dengan suara serak. "Sekejap lagi kita pergi jalan-jalan ye. Aku nak tunjukkan kau sesuatu yang menarik!" Ada senyuman di wajahnya. Aku seakan terpana dalam rela. Aku bagaikan sudah terkena mantera sihir si jejaka di tempat tidak bernama ini.

"Tuah, tempat ini tempat apa?"

"Tempat ini adalah tempat ini. Aku sendiri masih mencari-cari identiti tempat ini"

"Kau sudah lama tinggal di sini?"

"Kiranya mungkin begitu. Tapi aku sendiri tidak pasti. Tempat ini bagaikan satu dunia misteri bagiku."

"Misteri yang bagaimana? Takkan kau orang luar pulak?"

"Aku sendiri tidak pasti. Seingat aku, aku sudah disini. Tinggal di kawasan hujung tanah ini."

"Kau pernah meneroka kawasan ini tak? Pergi melihat apakah ada kehidupan lain di sini?"

"Aku pernah keluar daripada kawasan ini. Di sebelah sana adalah laut. Laut yang ombaknya badai menggila di bahagian tengah. Yang menolak kau kembali ke pantai. Seolah tidak mahu kau pergi jauh daripada daratan."

"Aku rasa aku terjaga di pantai sana. Aku tidak ingat apa-apa namun aku hanya ingat aku berada di kawasan pantai berpasir sejuk dingin."

"Sekarang kita berada di kubu lama yang berhampiran pantai. Separuh hari perjalanan ke utara, kita boleh berjumpa Kota Lama. Masih terdapat beberapa orang yang tinggal di sana. Kadangkala aku juga ke sana mencari barang keperluan. Mereka ada semuanya disana."

"Kota Lama? Tempat apakah itu? Bunyi seperti kawasan bekas genderang perang."

"Menurut cerita dahulunya kawasan itu adalah kota pentadbiran kawasan ini sebelum dipindahkan ke Ibu Kota sekarang. 3 hari perjalanan barulah kita boleh tiba di sana."

"Kau pernah ke Ibu Kota?"

"Tidak pernah lagi. Hanya mendengar cakap orang. Sejauh aku pernah sampai hanyalah di Kota Lama. Aku tidak dibenarkan pergi melepasi Kota Lama lagi oleh orang tua."

"Jadi kau hanya bermain-main di kawasan sekitar ini saja?"

"Yang bermain-main bak kata kau. Aku hanya boleh berada di sini dan sejauh Kota Lama sahaja. Hanya Pendekar sahaja yang boleh pergi melepasi Kota Lama ke Ibu Kota dan kawasan-kawasan lain."

"Pendekar? Pendekar ini boleh bersilat ke tak?"

"Seharusnya pendekar boleh bersilat. Mereka handal bermain keris dan busur memanah. Tangkas pula bila berkuda!"

"Kenapa tadi tak nampak pon pendekar? Mereka semua ke mana?"

"Esok lusa barulah mereka kembali. Mereka pergi mengawasi kawasan perbukitan sana untuk mengesan andai orang Ibu Kota sudah sampai ke kawasan ini."

"Owh begitu. Eh orang di Ibu Kota itu jahat-jahat ke? Apa pulak yang mereka buat sejauh ini?"

"Ibu Kota itu diperintah oleh Cik Ratu. Menurut cerita, orangnya kejam sekali. Habis ramai orang dibunuhnya. Dia menghantar bala perang ke segenap kawasan ini. Hanya kawasan perbukitan, Kota Lama dan kawasan tanah ini sahaja yang belum dia boleh tawani. Mungkin sebab fikirnya tiada yang melawan disini."

"Wow, an evil queen. So dia nak her own kingdom la kiranya ni."

"Ya betul. An evil queen menurut bahasa lama-lama. Cik Ratu itu bala tenteranya bukan biasa-biasa. Ada yang berkata dia merekrut setan dan mambang menjadi pengikut setia. Tidak dilupa makhluk raksasa yang berbagai rupa. Semua tunduk pada kekuasaan Cik Ratu."

"English adalah bahasa lama-lama? Jadi ada orang yang boleh berbahasa inggeris la di sini?"

"Bahasa lama sebelum perang menurut orang tua. Bahasa lama itu biasa dituturkan selain daripada bahasa melayu klasik."

"Tapi bahasa yang korang cakap sekarang seperti menggunakan bahasa melayu moden biasa bersama-sama bahasa melayu klasik. Pakaian pon sama. Pakaian ini hanya boleh didapati dalam cerita pendekar or cerita melayu klasik je kot."

"Inilah bahasa yang sudah biasa dituturkan di sini setiap masa seingat aku. Tidak tahu kenapa?"

FRAGMENWhere stories live. Discover now