Dia bagaikan Nostradamus versi wanita. Diibaratkan seperti perempuan sihir yang mampu membuat prediksi masa hadapan. Salinan karya Ursula Sontheil aku tatap. Bait-bait jalinan kata dibentuk indah sebagai puisi. Perlu ketelitian untuk mencari yang tersirat di atas yang tersurat. Seperti biasa, kita biasanya takut akan sesuatu yang kita tidak fahami. Ursula ditakuti ramai pada zamannya. Poor that innocent lady I guess.
"Dunia diterbalikkan dan emas muncul di akar pepohon yang tumbuh subur di tanah ini. Si miskin hina dina yang bijaksana membantu puak bertelagah menjadi satu. Kemakmuran menutupi bumi dingin bersalju dan maju kehadapan selamanya."
Kemajuan dengan penciptaan kertas membawa kepada kemajuan ilmu pengetahuan. Ilmu yang tiada membezakan kasta itu membantu mengukuhkan perpaduan dan menggalakkan suburnya ekonomi serta gaya hidup yang lebih moden lagi teratur.
"Kereta lembu tanpa pedati seakan bebas tidak keruan. Bencana menimpa bertalu-talu tanpa henti. Manusia berterbangan merata alam, pantas bak kerdipan indera. Samudera kini bukan lagi penghalang. Pelik tapi benar itulah yang demikian."
Revolusi membawa kepada penghasilan kenderaan bermotor yang mampu meragut nyawa andai tidak bijak mengawal. Tidak lupa pencipta telefon, radio, televisyen dan internet. Dunia di hujung jari.
"Puncak gunung puncak menara, manusia bertakhta diatasnya. Di laut, di sungai, insan berjalan, insan bermadah. Bahkan juga beradu. Segalanya pasti."
Bandar mega dibina setinggi mencecah awan. Di mana sahaja yang berkenan di hati. Hatta di dalam laut sekalipun. Teknologi membolehkan manusia menerokai segenap pelusuk dunia.
"Insan seharusnya dilihat dengan gah, hitam putih mahupun hijaunya daun. Manusia agung tiba dan mengetuai kamu bak ramalan itu."
Pesawat udara yang moden membolehkan manusia bergerak ke mana sahaja tanpa halangan. Pemimpin silih berganti muncul.
"Di samudera kini besi waja mampu terapung bak bulunya angsa. Emas mengalir deras di sungai-sungai mahupun terpahat di gunung-ganang. Kerana tanah ini tanah bertuah."
Kapal-kapal laut diperbuat daripada besi. Mampu meredah lautan luas. Emas hitam atau petroliam menjadi satu komoditi yang mampu menjamin jatuh bangun sebuah kerajaan.
"Gema raksasa yang bertuankan manusia, melanyak tanah, bersantap akan tumbuhan melata. Insan kini terbang bak unggas, merata alam."
Mesin-mesin banyak digunakan dalam pertanian dan membawa kepada kemajuan bandar berasaskan ekonomi agraria.
"Pertanda itu sesuatu yang pasti. Cuma masa yang menentukan. Cinta tiba cinta pergi. Pudar bersama matinya nyawa-nyawa tidak berdosa."
Kegagalan institusi rumah tangga membawa kepada penceraian. Runtuhnya sebuah ikatan suci bernama perkahwinan. Bencana membunuh banyak generasi yang akan datang.
Aku berhenti seketika. Kepala terasa berat. Karya perempuan ini benar-benar memerah otakku. Aku perlukan dadah. Aku perlukan kopi. Untuk membantu aku mengharungi sehingga habis hari ini.
Salah satu prediksi perempuan ini adalah mengenai seekor naga berapi. Berapi sehingga terang benderang segenap benua. My money goes to some kind of asteroid I guess. Quite impossible for an actual dragon to appear I presumed. Seketul asteroid yang akan mengorbit bumi selama enam hari sebelum terhempas pada hari ketujuh.
Bagaikan asteroid purba yang muncul jutaan tahun dahulu dan melenyapkan raksasa primordial - dinosaur yang menjadi pemangsa apex pada era itu. Tidak mustahil untuk pattern yang sama berulang kembali. Atau hanya makhluk asing seperti dalam Transformer Age of Extinction barangkali. Siapa tahu.
Tujuh hari tujuh malam kita akan terpesona, terkesima, terpedaya dengan indahnya asteroid itu sebelum dia menggila, memusnahkan kita. Terhempasnya menggegarkan seluruh alam. Mengganggu sistem semulajadi bumi. Lautan bergelora tanpa pesan. Ombak bagaikan tsunami mulai mengganas. Gunung-ganang berapi yang selama ini tidur mula bangkit. Tanah bergegar, menelan kehidupan di atas dadanya.
Kiamat layaknya kata manusia. Air semakin naik tinggi. Manusia yang tinggal akan naik ke tanah tinggi. Pertelagahan terjadi. Manusia biasalah, salah menyalah. Pentingkan periuk nasi sendiri. Nilai kemanusiaan pupus.
Simpanan makanan rahsia dipecahkan. Asal dapat sedikit cukuplah untuk hidup. Perang dunia ketiga mungkin tercetus aku rasa ketika itu.Setelah asteroid naga berapi tadi lenyap, mungkin hilang ditelan bumi, insan menjadi bukan lagi seperti yang sebelumnya. Kesan peperangan, bencana alam dan kebuluran telah mengubah keperibadian insan. Ada sinar baru di dalam mata mereka yang selamat. Survivor ini merasakan inilah peluang kedua mereka untuk bermula semula, menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
Bumi yang baru ini masih belum pulih daripada luka. Masih ada gegaran yang belum reda. Bencana menimpa tanpa pesanan. Tanah runtuh, tanah terbelah. Api muncul membakar pada jalannya. Kematian berada merata tempat. Harapan kedua ini pastinya sukar. Kelangsungan hidup ditagih daripada Sang Pencipta.
Mujur ada dibina bunker-bunker untuk komuniti tinggal di bawah tanah sementara dia atas bumi masih bergelora. Seketika kemudian. Bumi kembali tenang. Manusia mulai keluar. Bersedia untuk bermula semula. Bermula daripada kosong. Di tanah yang gersang ini. Mereka muncul bagaikan si mati yang merangkak keluar daripada kubur.
Bumi yang baru ini bukanlah seperti yang sebelumnya. Bumi 2.0 ini beracun dengan kesan perang dan sisa nuklear. Geografi bumi telah berubah sama sekali. Lautan menjadi daratan, daratan tenggelam menjadi laut. Tanah yang tinggal itulah manusia akan gunakan dengan sebaiknya. Walaupun tanah itu pernah dipenuhi dengan bau kematian manusia, flora dan fauna.
Pergerakan plat tektonik mungkin menimbulkan tanah baru seluas benua. Benua yang baru ini bersih dan suci. Di sinilah peradaban baru manusia akan bermula. Manusia bermula semula dan selepas beberapa lama, luka bencana ini akan hilang. Memori itu pudar dengan sendirinya selepas beberapa generasi dan hanya diingati sebagai cerita penglipurlara golongan tua.
Ratusan mungkin ribuan tahun berlalu dan manusia kini telah mencapai tahap kemajuan tertinggi yang baru. Kemajuan yang membuatkan mereka mempersoalkan akan kehidupan di luar daripada bumi andainya wujud. Sains dan teknologi dikerah dan diperah untuk mencari kehidupan di planet lain bahkan di luar daripada sistem suria.
Sebelum itu, ular perak dikatakan muncul dikaki langit. Si makhluk ekstraterrestrial ini ataupon UFO mungkin menjadi jawapan kepada persoalan kita selama ini. Peradaban yang dibantu dengan kemajuan diluar sana membuahkan hasil yang memberansangkan. Kemajuan sekelip mata. Apa yang terlintas kini bukan lagi fantasi dan angan-angan.
Hasil kerjasama yang dijalin telah melahirkan generasi baru kanak-kanak yang mempunyai IQ tinggi dan keupayaan bermain dengan minda. Imagin seperti dalam X-Men dan itu adalah sesuatu yang normal. Ya, generasi baru yang mempunyai pelbagai kuasa. Mampu terbang tinggi, melompat lebih jauh, lari lebih laju, berenang lebih pantas, menyelam bahkan bernafas di dalam air. Sebut saja dan semuanya menjadi kenyataan.
YOU ARE READING
FRAGMEN
Bilim KurguEntah berapa lama aku disini. Aku tidak tahu berapa lama perbedaan masa di sini dan di sana. Berapa lama aku lesap menutup mata di sana sebelum aku bangun di sini. Apa tempat ini benar-benar wujud atau hanya fantasi. Sebahagian fragmen pemikiran itu...