Dingin pagi ini. Tegang dan kejang semua pada diriku. Aku terjaga tatkala jam berdetik enam kali. Jika tidur baring muka kebantal sememangnya kau akan mudah terjaga di waktu pagi disebabkan adik bawah tu dah morning wood. Okay, lelaki jelah yang boleh faham itu kot. Aku bingkas bangun. Tuah masih lelap dalam lenanya di alam mimpi. Aku meregangkan badan seketika lagu bingkas menuju ke tandas.
Muka dibasahkan dan dikeringkan. Pintu almari dibuka, sweater aku sarungkan. Sepasang kasut sukan bersaiz tujuh aku ambil dibawah katil. Setelah siap semuanya, aku melangkah keluar daripada 'kubu' tersebut. Tuah telah menunjukkan jalan keluar masuk semalam semasa kami pulang daripada pantai.
Aku melewati lorong kecil di celahan batu. Di kiri adalah batuan cerun manakala di bahagian kanan ruang terbuka menghadap laut. Aku berjalan perlahan turun ke bawah. Angin laut yang dingin menerpa ke muka. Sejuknya mencengkam ke dalam tulang. Aku memeluk tubuh sambil pernafasanku bagaikan mengeluarkan asap.
Suasana masih suram. Matahari belum lagi muncul untuk memancarkan sinarnya di sini. Aku berjalan sehingga ke hujung lorong tersebut. Akhirnya aku tiba di satu kawasan terbuka. Penghujung lorong. Ada beberapa batuan besar disitu. Aku terus memanjat dan duduk di atas satu batu di situ.
Aku memandang ke laut. Hujung lorong tadi seolah-olah satu tanjung yang dikelilingi laut. Dari kejauhan, kelihatan sinar matahari. Yes! Aku boleh melihat sunrise today. Hatiku girang. Melihat matahari muncul adalah salah satu kegemaranku. Pernah beberapa kali aku memaksa dia menemani untuk memanjat Bukit Broga demi nak mendapat sunrise yang Instagram worthy kataku.
Matahari pagi adalah sesuatu ya amat aku gemari. Matahari yang sinarnya memancar sebelum pukul lapan pagi. Yang selepas lapan pagi sehingga petang itu aku tidak gemari. Habis gelap gelita kulit dibuatnya sehinggakan menelan berbotol Qu Puteh Milenia pon belum mampu untuk mencerahkan kulitmu beberapa tona. Panas selepas pukul lapan pagi itu lebih membasahkan ketiak jika tidak menggelapkan kulit.
Aku memandang sekelilingku. Di manakah tempat ini berada? Aku dimana? Kedengaran bunyi deburan ombak dari kejauhan. Aku teringatkan indahnya Pulau Harimau di Johor. Ya Tuhan, pemandangan yang sama. Namun di sini lebih indah daripada yang biasa. Garisan di horizon itu seperti menyembunyikan magisnya tersendiri. Bukti bumi itu sfera barangkali.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi seperti monyet berkelahi. Diikuti dengan bunyi ranting dan dahan bergerak. Awal jugak monyet ni semua bangun. The early bird get the worms! Getus hatiku. Bunyi teriakan monyet itu terus membawa aku kepada satu memori lain. Memori akan seorang Hugh Clifford.
"The recent discovery in the Malayan state of Pahang, the homes of the apes, ivory of elephants, and beautiful peafowl, of immense goldmine of very ancient date and of a workmanship that has no counterpart in Southeast Asia, supplies an ample reason for the designation of Golden so long applied to the Chersonese. Here hidden away under the shade of the primeval forest, are excavations, which much have yielded in their time, tons of their precious metal.."
Bait itu terngiang-ngiang ketika ini. Beliau begitu yakin akan wujudnya satu peradaban yang telah lama hilang dalam lipatan sejarah. Satu peradaban yang dikatakan begitu maju dalam teknologi untuk perlombongan emas. Teknologi dan kekayaan bijih emas yang telah menjadi asas kepada gelaran Semenanjung Emas kepada Semenanjung Tanah Melayu oleh Ptolemy.
Di negeri Pahang itu sendiri terdapat banyak tinggalan lombong-lombong kuno. Mungkin juga selain daripada tinggalan 'lombong moden bauksit'. Tinggalan lombong yang sekian lama menjadi perdebatan antara akademia, samada ianya dibina dan dikendalikan oleh orang Melayu atau masyarakat melayu feudal ketika itu hanya mengendalikan teknologi yang telah diasaskan oleh generasi asing sebelum mereka.
William James Perry didalam bukunya The Children of the Sun menyebut:
"The Malayan Peninsular contains numerous remains of antiquity, not in the form of temples as in other region, but in the form of ancient mines. Ancient mines and technique of which testifies to a high civilization.
In the same region of the Tui Valley, have been found some stone rings whose use and makers are entirely unknown. Neither Malays nor Chinese in Pahang has any reasonable theory of the origin or the possible use of these things, and it seems very improbable that the rings could have been made by either of these peoples. There are other signs of an alien people in this state."
Ketamadunan silam ini misterinya, kehebatan dan kekayaan emasnya juga dicatatkan oleh seorang pengembara daripada China bernama Wang Tai Yuan pada sekitar tahun 1349. Beliau kagum dengan melihat betapa cantiknya perempuan-perempuan kaya dan bergelar ketika itu memakai beberapa gelang emas yang dililit di kepala. Manakala golongan marhaen kebanyakan pula galak menghiasi rambut hitam mereka dengan pelbagai gelang-gelang manik berbagai warna.
Pendapat yang sama dikongsikan oleh seorang Portugis bernama Manuel Godinho Eredia yang menegaskan negeri Pahang adalah sebuah negeri yang bukan sahaja mempunyai lombong emas yang terbesar malah menghasilkan emas yang berkualiti tinggi jika dibandingkan dengan kawasan perlombongan emas lain di seluruh semenanjung pada ketika itu.
Oleh itu, hal ini telah mencetuskan polemik tersendiri jika what if Ophir atau Mount Ophir menurut ahli sejarawan Yahudi, Josephus yang mengatakan Ophir adalah sama dengan Aurea Chersonesus. Jika hal yang demikian adalah benar, maka Semenanjung Tanah Melayu adalah The Mines of Solomon sebagaimana yang telah dicatatkan pada Kitab Perjanjian Lama. Di tanah bertuah Ophir, Nabi Sulaiman mendapatkan sumber emas, batuan permata dan mahligai gading untuk rumah ibadatnya di Jerusalem.
Ada sesetengah pendapat lain juga menyatakan bahawa Mount Ophir itu sendiri adalah puncak tempat bukti cinta sejati epik lagi tragis antara sang perawan tanah seberang, Gusti Putri dan Laksamana Hang Tuah - Gunung Ledang. Even syarat pertama peminangan tersebut juga adalah terbinanya sebuah jambatan emas yang menghubungkan istana Melaka dengan Gunung Ledang.
Begitu rapatnya masyarakat Melayu feudal kita dengan elemen glamour dan elit bernama emas itu. Kita tidak perlukan kerlipan berlian. Cukup sahaja dengan emas. Aku mengeluh perlahan. Matahari kelihatan kian meninggi.
"Hah, termenung apa tu tuan putera!" Aku disergah daripada belakang secara mengejut.
"Teringat emas Gunung Ledang." Aku pantas menjawap, melatah sedikit. Kus semangat! Si Tuah ni memang nak kena! Aku menampar bahunya.
Berapa tinggi pucuk pinang
Tinggi lagi asap api
Berapa tinggi Gunung Ledang
Tinggi lagi harapan hati.
YOU ARE READING
FRAGMEN
Science FictionEntah berapa lama aku disini. Aku tidak tahu berapa lama perbedaan masa di sini dan di sana. Berapa lama aku lesap menutup mata di sana sebelum aku bangun di sini. Apa tempat ini benar-benar wujud atau hanya fantasi. Sebahagian fragmen pemikiran itu...