Suis lampu di sebelah pintu aku petik. Cahayanya mulai menerangi ruang tamu rumahku. Another tiresome day for me! Kata hati kecilku menjerit bagaikan bergema di dalam. Aircond aku kuatkan. Seketika. Dinginnya mulai terasa. Aku duduk menyandar di sofa. Remote ditekan. Tv menayangkan drama popular pukul 7. Drama adaptasi novel lagi. Mungkin ini trend semasa gamaknya.
Drama yang aku rasa sama.Yang plot dan jalan ceritanya adalah sama; si gadis miskin berkahwin dengan lelaki kaya egois. Ibunya perempuan ala Datin berambut perang manakala suaminya pulak baik lagi alim ke masjid dan surau setiap malam. Bekas kekasih yang perempuannya bimbo lagi menggeletis, biasanya seksi pakaian tidak cukup kain. Watak jahat lelaki pula biasanya akan berebut si gadis miskin lagi teraniaya itu daripada hero. Biasanya dia dibantu oleh si perempuan gedik. At the end, watak jahat ini jatuh cinta sesama mereka.
Kantuk mata menjadi berat. Nuansa dingin yang terasa mulai menjalankan peranannya. Aku pasrah. Just let it go bak kata Elsa.Aku terlelap. Melayan penat yang menggila. Penat yang harus diredakan.
Aku terjaga ketika terasa dahi aku dikucup. Hangat dan mendamaikan. Seketika. Mataku buka perlahan. Wajahnya menerpa. Wajah yang tersenyum. Ada sedikit peluh di dahinya yang bersih itu.
"Bangunlah! Tak elok tidur maghrib tau tak?" katanya sambil melurutkan tali leher dan membuka 2 butang baju kemejanya di bahagian atas. Baju kemeja biru laut. Warna kegemaranku. Warna yang memberikan efek tenang.
"Hmm. Dah bangun la ni." Aku menguap perlahan. Perut aku usap perlahan. Lapar.
"Pergilah mandi dulu. Lepas tu solat. Nak prepare dinner ni." Dia berkata jauh di dapur.
"Yelah yelah Mister Grey." Aku bangun melangkah ke dalam bilik. Tshirt aku tanggalkan. Dicampak ke dalam bakul pakaian kotor. Seluar aku tanggalkan. Dengan hanya berboxer brief aku melangkah ke dapur.
Si dia masih sibuk menyediakan bahan-bahan untuk dinner. Hanya bersinglet sahaja dia bersama seluar slack hitam. Aku menatap dia daripada belakang. Badannya slim fit. Asset belakang itu sememangnya menarik. Ditambah pula dengan kulit kuning langsat itu. Hotstuff sangat.
Idea nakal mulai datang. Aku tersenyum. Aku memeluk dia daripada belakang. Fabrik yang menutupi bahagian perut itu aku sentuh. Tangan aku biarkan disitu. Lehernya aku cium. Perlahan. Bauan maskulin itu benar-benar menjentik nafsuku. Lehernya sedikit masin. Peluh biasalah. Tambahan pulak di dapur lagi.
Dia mengeluh perlahan. Tubuhnya kaku. Tangan aku pulak yang mulai turun ke bahagian di bawah perutnya. Namun tanganku ditahan sebelum sampai ke situ. Dia meletakkan sudip pada kuali yang berisi kuah pasta. Api dikecilkan. Lalu dia berpusing kearahku.
"Pergi mandi dan solat dulu cepat. Nanti tolong letakkan hidangkan when I pray ye. Now go!" dia menampar perlahan punggungku. Menghalau aku keluar daripada dapur.
Aku berlalu ke kamar mandi. Kami makan malam selepas solat isyak. Selesai makan, aku menyediakan aiskrim untuk dinikmati sewaktu menonton siaran ulangan Scandal di tv. Itu rancangan kegemarannya. Aku pula lebih suka menonton How To Get Away With Murder. Dahulu aku begitu obses dengan Revenge. Melihat kelibat Emily dan Victoria sahaja sudah cukup.
"Kenapa takde orang Malaysia nak buat our own version of Scandal ek? Teringin jugak nak tengok tv series yang macam tu. Our local version."
"Kalau kita local version of Scandal itu bukan lagi drama tv. Itu dah dikira dokumentari gamaknya. Dulu kan ada cerita yang PM tu skandal dengan this one minah Mongolia ke Vietnam entah. Last-last dia mati kena bunuh. Scary siot!"
"Maybe boleh la jugak guna plot tu. Cuma dia tak mati. Ada orang selamatkan dia. Dia hilang ingatan. Tapi one day, dia ingat balik semua. So dia plot her own revenge. Vengeance for everyone yang did her wrong. In this case, she's back with new identity and befriend the current First Lady."
"So First Lady tu kiranya tak kenal la siapa dia? Okay boleh la kot macam tu."
"First Lady la yang kenalkan dia semula dengan PM. And that's how their affair begin again."
"PM yang bengong la kot dia tu. For sure tak boleh lepas tayang dekat stesen tv punyalah ni. Kalau buat indie punya shortie or web series maybe boleh la kot."
"Memang tak lepas la dekat stesen tv. Semua kan lidah kerajaan. Awal-awal lagi pitch idea silap-silap dah kena reject."
"Or jadi macam drama Erma Fatima tu kan. Until now tak boleh tayang lagi. Sebab Erma sendiri tanak ubah apa yang dia dah buat. Dia stick to karya dia."
"Itu pon pelik jugak. Kalau awal-awal masa pitch idea cakap tak boleh kan senang. Ni like 24 jam sebelum tayang terus kena banned. Kesian wo orang dah siapkan."
"Takpe, Erma buat Mak Cun boleh balik modal. Mok Cun, Mok Cun, Mok Cunlah. Loqlaq loqlaq dia, tengok jadi apa. Lol."
"Mok Cun tu comel la. Rasa macam nak pergi je Kodiang tu. Kg.com macam dalam drama tu tak Kodiang tu agaknya?"
"Kampung la kot Kodiang tu. Entah! Tak pernah pergi lagi Kedah dekat situ. Just Langkawi jelah."
"Teringin la nak pergi apa tempat tu. Padang Besar."
"Hish apa je ada dekat situ. Rasanya sama je macam Rantau Panjang kot."
*******
Scandal sudah habis tayangannya di kaca tv. Aku terlelap sebentar dibahunya tadi. Dia seperti biasa merelakan sahaja. Kalau dah sayang kan semua diturutkan. Aku bangun daripada sofa. Mug berisi sisa aiskrim aku ambil dan letakkan kedalam sinki. Malas. Esok la basuh. Kata setan dalam hati aku ikut.
Aku kembali ke sofa. Aku duduk perlahan diatasnya. Dia tersenyum. Aku tersenyum nakal. Tangannya menjalar ke pinggangku. Kemudiannya turun ke punggungku yang masih dibaluti shorts. Aku bermain-main dirambutnya yang lurus. Sengaja aku kusutkan. Rambut yang wangi setelah dishampu itu memang menjadi permainan aku selalu. Dipintal-pintal rambutnya dibuatku.
Wajahnya dirapatkan ke dadaku. Bibirnya menyentuh lembut leherku. Diterkamnya batang leherku. Tunggul rerambut dibahagian janggut yang dicukur pagi tadi menerjah ke kulit leherku dan memberikan satu sensasi yang mengujakan. Leherku digomol. Perlahan dan semakin lama semakin rakus. Aku kegelian. Dan mungkin juga kesedapan.
Aku menarik rambutnya. Wajahnya menatap wajahku. Matanya kuyu. Mata yang kelihatan seperti mengharapkan sesuatu. Aku menggigit sedikit bibirku. Dia tersenyum. Aku merapatkan bibirku ke bibirnya. Dan dua bibir pon bertaut.
"Jom masuk tidur!" Aku mengenyitkan mata.
"Jom!" Aku didukungnya masuk kedalam bilik.
YOU ARE READING
FRAGMEN
Science FictionEntah berapa lama aku disini. Aku tidak tahu berapa lama perbedaan masa di sini dan di sana. Berapa lama aku lesap menutup mata di sana sebelum aku bangun di sini. Apa tempat ini benar-benar wujud atau hanya fantasi. Sebahagian fragmen pemikiran itu...