Dia menghempaskan badannya di katil. Memang letih gila. Gila pun tak letih macam ni. Melalut lah pulak. Ini mesti sebab terlalu letih. Pantas tangannya mencapai tuala dan terus menuju ke bilik air.
"Adik baru sampai." Tegur satu suara di belakangnya.
"Angah..yeah...baru nak mandi ni. Awal Angah hari ni?" Soal Dania pada abangnya.
"Mmm...hari ni macam letih sangat. Rasa rindu dendam sangat dengan katil Angah tu"
"Cisss...rindu katil buat apa??" Rungut Dania pada Angahnya yang jarang sangat keluar rumah. Da macam anak dara. Dunianya cuma pejabat, rumah dan gelanggang futsal. Tak remaja langsung.
"Ehh...adik angah tengok da gain weight lagi lah." Usik Danish sambil mencuit lemak pinggang adiknya sebelum berlari turun ke bawah.
"Angah ni memang tau," sebelum berpaling menuju ke bilik mandi yang terletak di luar bilik bersebelahan bilik Along.
"Adikkk..." Angah bersuara separuh menjerit dan naik semula ke atas menuju kearahku seolah-olah ternampak sesuatu yang mengejutkan. Aku turut kaget dengan Angah yang memandang aku tanpa berkelip. Apa da jadi??
"Adik baru gunting rambut yer?"
Choiiihh..
Ingatkan apa lah tadi. Aku cuma mengangguk, malas nak menjawab pertanyaan Angah yang baru lepas 'menyeksa' aku tadi dan terus masuk ke bilik mandi.
Selesai mandi aku pantas menuju ke bilik. Best mandi sejuk-sejuk ni, badan segar minda pun cergas. Cergas lah pulak sampai mengantuk tadi pun hilang.
"Arghhh..." aku berguling-guling tiga empat round atas katil sampai puas. Terasa rumah kecil ni sunyi sangat tanpa umi dan baba.
Umi dan baba sekarang sangat bahagia meluangkan masa berdua. Setelah baba menyerahkan semua urusan syarikat landscaping baba pada Angah, baba menjadi pekerja tanpa gaji umi lah pulak. Kata baba, itu janji baba pada umi bila anak-anak da dewasa dan ada kehidupan masing-masing. Baba jadi hamba rela umi yang sememangnya 'kaki merambu' keliling dunia. Di usia 52 tahun umi masih sangat bertenaga. Semangatnya tinggi lebih dari umurnya. Hebat sungguh cinta mereka berdua.
Sekarang cuma tinggal aku, angah dan along di rumah ini. Rumah yang tak berapa besar tapi tak jugak kecik, syurga impian umi dan baba seadanya. Kalau difikirkan umi dan baba mampu menyediakan rumah yang lagi besar dari ini untuk kami sekeluarga. Kata baba, rumah kecil ini impian umi dan baba renovated rumah ni sebijik impian umi bila along lahir. Da 28 tahun usia rumah berkembar dua tingkat ini, hampir seusia dengan along.
Menurut cerita baba, umi merancang untuk punya 3 orang anak, masing-masing punya ruang personal sendiri. Umi tak nak rumah yang besar sebab menakutkan dan sukar untuk dibersihkan. Selepas umi berkahwin dengan baba, umi telah berhenti kerja dan hanya menumpukan tugas sebagai suri rumahtangga disamping membantu baba memulakan perniagaan. Alhamdullilah akhirnya perniagaan baba berjaya dan kini tugas baba diambil alih oleh angah pulak.
Along pula seorang doktor. Sampai di usia 29 tahun, along masih sentiasa sibuk dengan kerjayanya. Dan aku, pada usia 25 tahun masih seorang penganggur berjaya. Hahaha..kecewa dalam tawa mengenang nasib sendiri.
Dengan degree dalam bidang pengurusan perniagaan, baik rasanya aku bantu angah, walaupun aku tak pandai langsung pasal-pasal landskap ni. Harap jer ada degree tapi hmmm aku tak yakin untuk bekerja dengan syarikat lain. Walaupun syarikat ni tak sebesar mana but at least ada.Tok tok..
"Adik da makan??" Tanya angah menjenguk kepala dari pintu.
"Da..makan dengan Ain."
"Adik..tolong masakkan angah nasi goreng kampung adik yang sedap tu." Minta angah tersenyum simpul.
"Angah kalau nak 'menghambakan' adik bukan main sedap mulut memuji..kalau tak perlu lagi sedap mengeji."
" Adik tak baik tau prejudis dengan angah..angah bukan apa saja nak minta adik exercise sikit kurangkan lemak tu."
Bukkk..tepat bantal mengena muka angah. Padan muka. Angah masih dengan muka seposen di depan pintu.
"Yeah lah yer lah...jom adik masakkan letak racun tikus banyak-banyak." Jawabku berdiri dan terus keluar meninggalkan angah.
"Sayang jugak adik kat angah yer." Kata angah sambil tangannya mengusap kasar rambutku.
Kletang kletung...
"Nah..kalau tak sedap jangan nak complain." Kataku pada angah meletakkan sepinggan nasi goreng yang masih panas didepannya sambil melabuhkan punggungku di sofa bersebelahannya.
"Wahhh...sumpah tak kan complain dik..adik da penat-penat masak bunyi macam bom meletup kat dapur tu, tak kan lah angah nak complain pulak kan. Kalau da begini wangi masakan adik angah ni, maksudnya da ada improvement, da boleh kawin, da bolehlah abang kenalkan pada kawan-kawan abang yang kaya-kaya. Untung-untung dapat adik ipar millionaire." Bebel angah memuji sambil mengeji.
Pukkk...kan da kena sebijik remote kat kepala.
"Sakit lah adik, angah baru nak makan ni, adik pedajal angah pulak." Rajuk angah.
"Sapa pedajal sapa plak ni ngah, angah yang sesedap rasa nak pekena adik, da lah takde terima kasih."
"Assalammualaikum.."
"Walaikumsalam.." aku dan angah serentak menjawab salam along.
"Isu apa yang hangat sangat ni, sampai along kat luar pun boleh dengar. Angah ngan adik berdua jer pun tapi..macam 10 orang berborak" Tanya along.
"Angah ni long, sesedap rasa dia je nak promote adik pada kawan-kawan dia." Luahku pada along.
"Bukan apa long..adik ni da lah penganggur terhormat, angah minta tolong goreng nasi jer pun nak berkira..bukan penat pun. Siap angah bagi pujian tinggi melangit lagi, nak kenalkan dengan multi millionaire lagi, tapi hempukan yang angah dapat. " Jawab angah menambah sakit hati.
"Along pun nak juga lah dik, tak sempat nak makan pun tadi, ada lagi tak?? Tolong along dik, macam nak pengsan." Pujuk along pada ku.
Kalau nak 'menghambakan' aku memang lembut gigi dari lidah. Nasib baik aku ni adik yang baik, getusku dalam hati sambil menuju ka dapur. Angah siap mengata aku hingga along pun tergelak sama. Geramnya. Nasib lah sedarah.
"Adik cepat..along nak VC ngan umi dan baba ni." Aku dengar along menjerit dari ruang tamu. Rindunya.
Dania tiba d ruang tamu menatang dulang berisi nasi goreng kampung dan juice carrot untuk kakaknya, bila dia mula mendengar umi bertanyakan di mana keberadaannya."Umi...rindunya ngan umi dan baba. Umi dengan baba kat mana sekarang ni, tak call pun" sahut Dania sambil melambai-lambai dari celah belakang kakaknya. Ada semacam nada merajuk dia ketika bertanya.
"Memang lah tak call sayang..kan umi ada send email..tak kan adik tak baca kot, tapi untuk pengetahuan adik sekarang ni kami masih kat Xi'an, China. Besok flight pegi Hong Kong, then spend 4 hari kat sana sebelum datang China balik. Umi dan baba nak ke Beijing pulak." Seronoknya umi. Umi non stop talking bercerita sementara kami bertiga khusyuk mendengar dan kadang-kadang ketawa dengan cerita umi. Baba cuma sekali sekala menyampuk umi bercerita.
Hampir sejam berborak melepas rindu dengan umi dan baba, memang rasa tak puas langsung.
" Kalau baba perlukan talian hayat nanti call along anytime yer baba." Along akhirnya bersuara.
"Kami okey jer ni. Anak-anak baba tak perlu risau. Tunggu mem besar penat berjalan nanti, kami pulang lah." Jawab baba. Umi mencubit pipi baba. Issshhh..romantiknya umi ngan baba ni. "Anyway Aminah, baba tak suka sangat style rambut baru adik tu" kata baba, menyebabkan along menoleh ke belakang memandang aku sebelum dia menjerit panjang.
"Adikk....apa da jadi dengan rambut adik..???
Umi dan baba pun tergelak melihat along terkejut tapir. Heran sungguh. Dari tadi aku kat depan mata tak kan tak perasan kott. Tak sensitive sungguh. Hahahha...
YOU ARE READING
Minah Sado...Ko Ado??
RandomKisah Dania Aminah yang hidup bersama memorinya yang hilang. Cuba mencari kembali 'missing link' yang saling berkait. Siapa sebenarnya cinta pertamanya? Siapa musuh bebuyutannya? Apa kisah disebalik segalanya? Siapa dia dulu? Dan apa bezanya yang ki...