Bab 23

96 4 0
                                    

Kini telah genap seminggu Dania sedar dari koma, namun dia masih menjalankan beberapa rawatan susulan dan terapi. Proses rawatan pemulihannya menunjukkan kesan positif yang sangat cepat.

"Cik Dania kehilangan sebahagian dari ingatannya, Dr.Aisyah. Dia masih berupaya mengingati siapa dirinya, anggota keluarganya juga teman-temannya. Dan orang-orang yang rapat dengannya. Cumanya hasil dari rawatan, terapi dan hypnosis yang telah kita jalankan, memorinya untuk beberapa tahun kebelakangan ini gagal untuk diingati. Seolah hidupnya terhenti setakat apa yang dia maklumkan kepada kita tempohari. Saya andaikan, kehilangan itu adalah mungkin disebabkan oleh trauma yang dia alami. Mungkin ada pengalaman buruk sepanjang tempoh itu yang ingin dia lupakan dan kebanyakan daripada ingatannya sekarang cuma hanya berkisar kepada perkara-perkara dan situasi yang baik dan menggembirakannya." Terang Dr.Arash berkenaan kondisi Dania.

"Seolah ada sebahagian dari otak dan dirinya tidak membenarkannya untuk mengingat memori-memori yang menyakitkan dan melukakannya. Dia tak ingat langsung kewujudan teman bernama Avinash, rakannya yang telah meninggal dunia itu, Dr.Aisyah."

"Adakah ini kehilangan memori yang kekal, Dr.Arash?" Aisyah yang sedari tadi cuma mendengar kini bersuara.

"Sukar bagi saya hendak menjawab soalan tu, Dr.Aisyah. Adalah benda biasa bila berada dalam situasi cik Dania, ingatan atau memori-memori itu akan kembali secara beransur-ansur. Tapi saya tidak dapat menjanjikan bahawa sepenuhnya ingatan itu akan kembali. Melalui hypnosis yang kita da buat, minda bawah sedar pesakit sendiri tidak membenarkan kita untuk access pada laluan ingatan yang hilang itu. Seperti yang saya katakan tadi, perkara ini mungkin disebabkan oleh trauma terhadap memori buruk menyebabkan beliau cuba untuk menyembunyikan atau memadam terus ingatan itu."

"Apa-apa pun beri masa, Dr.Aisyah. Beri masa kepada adik doktor, biar dia mengingati segalanya sendiri. Bagi saya rasanya apalah guna kenangan dan memori tragis itu kalau hanya melukakan. Mungkin apa yang terjadi pada adik doktor ini adalah yang terbaik untuk masa depannya. Dan nasihat saya, tak perlulah rasanya untuk doktor dan ahli keluarga yang lain memaksa dan menekan cik Dania. Biar segalanya berlaku secara natural. Tanpa paksaan. Bantuan dari ahli keluarga dan rakan-rakan yang dia perlukan sekarang ni. Teruslah berikan sokongan pada dia." Panjang lebar penghuraian Dr.Arash sebelum akhirnya meninggalkan Aisyah sendirian.

Banyak yang harus dibincangkan dengan ahli keluarganya. Aisyah mengakui kebenaran kata-kata Dr.Arash tadi, bahawa kejadian buruk yang menimpa Dania itu tidak perlu diungkitkan lagi. Biarlah memori buruk itu terus berkubur bersama ingatan Dania yang hilang. Semua soalan yang menjadi tanda tanya itu sudah tidak perlukan apa jawapan pun sekarang ini. Itu adalah keputusan Aisyah demi kebaikan Dania. Dan semua.

* * * * * *

"Apa yang along menungkan ni. Jauh along mengelamun?" Terjahan Haikal mematikan lamunan Aisyah mengingat kejadian 4 tahun lalu itu.
Dia bersyukur segalanya baik-baik saja sejak itu. Aisyah tersenyum pada Haikal sambil menyambut huluran mug dari adiknya itu.

Haikal lalu duduk disebelah Aisyah. Lama benar rasanya mereka berdua tidak duduk berhayun dibuaian besi belakang rumah ini. Semasa mereka bertiga masih kecik, disinilah tempat mereka bertiga berebut untuk berbuai bersama sambil melihat umi berkebun menanam pokok bunga dan cili. Sekarang jarang sangat mereka punya kesempatan itu.

"Along da bagitau pada umi dan baba pasal adik dan Ayman." Terang Aisyah pendek. Berbunyi kriang kriut buaian itu diayun Haikal.

"Dan..."

"Dan apa pulak?" Tanyanya kembali.

"Dan apa kata diorang?? Suka ke tidak? Happy ke tidak? Setuju ke tidak? Tu yang angah maksudkan. Tak kan lah takde apa-apa komen or complaints langsung?" Bertalu-talu soalan dari Haikal.

"Diaorang okey jer. Asal adik happy. Umi dan baba pun happy. InsyaAllah kalau takde apa-apa halangan mungkin dalam minggu depan umi dan baba balik Malaysia. Along ada skype ngan umi semalam masa kat hospital. Kita serahkan jer semua lepas tu pada adik."

"Siapa sebut-sebut nama adik. Heheeheh...." Dania bersuara dari arah pintu mengilai mengejutkan along dan angahnya. Berjalan menuju kearah buaian, Dania melabuhkan punggungnya di tengah antara keduanya.

"Adik ni mengilai pulak. Terkejut angah tau."

"Alahhh..angah ni lebih-lebih pulak. Along relaks jer pun. Angah jer lebih-lebih. Macam sotong." Dania mengusik.

"Panggil angah sotong yer, amik ni." Haikal mencuit dan menggeletek adiknya. Bergelak ketawa tiga beradik itu berbuai malam itu.

"Along ngan angah perasan tak?" Serius wajah Dania bertanya.

"Perasan apa?" Serentak keduanya bersuara. Haikal cuak mula memandang kawasan sekeliling. Dania masih diam.

"Buaian ni da sempit bila kita duduk bertiga. Dulu-dulu tak pun rasa sesempit ini." Dania bersuara memecah kesunyian. Haikal tiba-tiba menunjal kepala Dania. Dania terkekek ketawa. Aisyah hanya tersenyum menggelengkan kepala melihat gelagat adik-adiknya. "Sebelum ni lagi sempit tau, masa adik masih gemuk. Adik jer yang conquer buaian ni sorang-sorang. Nasib lah da kurus sikit. Kalau tak confirm kemek lah along ngan angah oleh adik." Haikal membebel sambil mereka bergelak ketawa.

Suasana tiba-tiba menjadi sunyi antara ketiganya. Langit hitam ditemani bulan indah menemani tiga beradik itu. Lama benar mereka tidak duduk bertiga. Menambahkan kerinduan pada umi dan baba mereka.

"Adik rindu umi dan baba. Adik rindu kita." Dania memeluk lengan sambil meletakkan kepalanya dibahu Aisyah, sementara tangan kirinya kejap mengenggam jejari angahnya.

"Umi...Baba...Balik lah cepat. Kami rindu." Dania bersuara seakan berbisik sambil mengelap airmatanya yang sudah mula menitis dibahu Aisyah. Aisyah dan Haikal juga dirundung rasa yang sama. Rindu pada insan yang mereka amat cinta dan terus asyik melayan rasa didada. Sunyi. Hanya bunyi helaan nafas mereka bertiga.

Malam ini suasananya sangat berbeza.

*******

Baru selesai bab 23...panjang lagi perjalanan nukilan ini. Sorry jugak sebab bab ni agak membosankan.. tapi author suka sangat tiga beradik ni..Apa-apa pun teruskan menyokong author yeahh...nak minta semangat dan aura positif readers, supaya lebih bersemangat, ringan2kan lah tangan untuk komen @ vote..author amat menghargainya. arigato...

Minah Sado...Ko Ado??Where stories live. Discover now