Dania tersentak mendengar pertanyaan kedua jejaka itu. Dania menghela nafas panjang sebelum memandang kearah Haikal dan mengukir senyuman.
Pandangannya dilempar kemudian pada Ayman yang sedari tadi merenungnya. Dia membalas pandangan mata Ayman dengan renungan yang tajam menikam.
"Yang penting bukan engkau dan tak akan mungkin engkau." Ujar Dania memandang tepat ke mata Ayman sebelum melangkah ke dapur meninggalkan keduanya, menganalisa dan cuba mencari jawapan mereka sendiri.
Ayman hanya memandang Dania melenggang ke dapur dengan penuh kekeliruan. Haikal menghampiri Ayman dan kemudian menepuk bahu jejaka itu tanda sokongan dan memintanya bersabar dengan tingkah Dania yang padanya agak kejam.
"Siapa orang tu?"
Mug di tangan hampir terlepas dari pegangan Dania. Dia kaget. Agak keras suara itu pada pendengaran telinganya. Marahkah dia? Atau kecewakah dia? Tapi kedengaran bunyinya lebih pada rasa tak puas hati, detik hati Dania.
Dia memusingkan badannya untuk menghadap Ayman yang berdiri menyandarkan bahu kirinya ditepi pintu dapur. Lagaknya memang seorang lelaki yang cukup berkarisma. Cehhh...jangan harap aku terpersona, akal Dania menyangkal pandangan baik matanya.
"Why do I have to tell you?"
"Because I care about you..and I do really love you". Bunyi pengakuan dari mulut Ayman itu cukup ikhlas ditelinganya. Namun, entah mengapa hatinya enggan tetap menerima semua itu dengan mudah.
Mug berisi milo ditangannya mula diteguk perlahan. Dan terus meneguk. Masih cuba untuk 'menghadam' luahan rasa Ayman sebentar tadi. Luahan yang tak tercapai dek akalnya. Sedang Ayman masih tetap memandangnya menantikan jawapan dengan penuh harapan. Harapan agar tidak dikecewakan.
Dania hanya memandangnya. Dengan pandangan yang kosong. Sukar untuknya mentafsir maksud pandangan itu. Mata mereka saling bertemu. Kejap berpandangan. Pandangan mereka tetap berpaut rapat. Sebelah pihak terus menantikan jawapan sedangkan pihak yang satu lagi enggan berganjak dengan pendirian. Suasana sepi seketika antara mereka.
Slurppp..bunyi Dania meneguk minumannya laju memecah kesunyian antara mereka. Ayman tersenyum. Hatinya tergeletek melihat tingkah gadis depan matanya itu.
"I tau..you sebenarnya takde sesiapa pun dlm hidup you lagi. You bukannya ada peminat...dan kalau ada pun cuma Uncle Rama jual roti jer."
"Ko tak tau apa-apa pasal aku lah. Aku bukannya riak macam ko nak show off peminat-peminat aku. Ada faham??"
Keduanya mula saling berbalas hujah. Tapi senyum Ayman tetap tak lekang dari bibirnya. Dan itu menambah membakar bara dihati Dania.
"Kalau kau nak bawak aku keluar aku nak makan kat Secret Recipe, aku nak makan banyak-banyak. Agree?" Dania mula menukar topik.
"Jangankan nak makan, nak apa-apa pun I boleh bagi..lagi I suka kalau you nak minta belikan cincin." Kata Ayman mencuba nasib.
"Cincin? Cincin buat apa?" Dania blur seketika. Ayman tersenyum lebar memandang Dania sambil jari telunjuknya diletakkan kedadanya sebelum dihalakan kearah Dania dan kedua jari telunjuk kiri dan kanannya dirapatkan berkali-kali, dengan harapan Dania memahami maksudnya.
"Kau? Aku? Not even in your dream, Ayman..tak rela aku dengan kau. Lagipun ko tu bukan taste aku. Walaupun aku tak berapa nak sempurna macam ni, tapi aku ni selera tinggi nun macam Gunung Kinabalu tau...yang macam ko ni setakat level bukit-bukit pun tak lepas lah." Bebel Dania sambil membasuh mug bekas minumannya.
"So, kita pi IOI Mall ke?" Tanya Dania sebelum dia berpaling dan hampir tersembam pada dada Ayman. Dan mata mereka bertembung lagi.
"Ya Allah Ayman, sejak bila pulak ko kat belakang aku ni? Terkejut tau. Nasib baik jantung aku ni cukup sihat, cukup omega 3. Entah apa nasib aku hari ni asyik nak berlanggar dengan kau. Apa ke.."
YOU ARE READING
Minah Sado...Ko Ado??
RandomKisah Dania Aminah yang hidup bersama memorinya yang hilang. Cuba mencari kembali 'missing link' yang saling berkait. Siapa sebenarnya cinta pertamanya? Siapa musuh bebuyutannya? Apa kisah disebalik segalanya? Siapa dia dulu? Dan apa bezanya yang ki...