Bab 24

106 2 1
                                    

'Meski ku bukan yang pertama dihatimu tapi, cinta ku terbaik untukmu, meski ku bukan bintang dilangit tapi cinta ku yang terbaik'

Your love

Kad diatas kotak comel itu di baca Dania berkali-kali. Kotak comel kecil dibukanya, seutas gelang kaki perak berbuah butiran bintang-bintang kecil menjadikan gelang itu sangat cantik sesuai kesukaan Dania. Lapuk sungguh cara Ayman ni, tapi yang lapuk itulah yang selalunya berkesan. Senyum terbit dibibir Dania. Tidak langsung menyangka akan ada lagi 'surprise' dari Ayman. Sememangnya lelaki itu penuh dengan kejutan.

Pastinya angah yang menjadi
'Mr.Postman' lantikan Ayman untuk menyelinap masuk kebiliknya dan menitipkan kotak itu secara diam-diam di atas mejanya.

"Boleh 'cramp' gila pipi aku asyik tersenyum seharian gara-gara romantika mamat Ayman ni. Macam sewel pun ada jugak." Fikir Dania bahagia. Kad ditangan dibacanya sekali lagi, entah lirik lagu apa yang diplagiat Ayman dijadikannya madah cinta. Walau sudah 5 hari tidak bersua muka namun Ayman tidak pernah gagal menitip message buat Dania setiap hari. Ada saja ceritanya hingga kadang-kadang letih Dania melayannya.

Enggan terus hanyut melayan perasaannya yang terbuainya, Dania bersiap kerana perlu berada dalam kelas latihan karate seawal jam 10 pagi , bersama anak-anak didik barunya. Hari baru sesi perkenalan latihan bersama pelajar-pelajar baru berumur 3 - 5 tahun akan bermula hari ini. Teruja rasanya dia hendak mengajar kanak-kanak pada usia begitu kerana baginya anak-anak ini lebih mudah terdidik dan pantas menangkap langkah serta menurut arahan walau bermacam ragamnya perangai yang mungkin dia kena hadapi.

Dania gembira dengan jadual barunya hari ini. Agak teruja kali pertama punya anak-anak didik yang pastinya comel-comel belaka. Pantas bersiap memyelesaikan segala yang patut. Backpack berisi keperluan latihannya disikut sempurna.

Ting.

Whatsappnya berbunyi. Pastinya dari Ayman yang tidak henti mengucap kata sayang dan rindu. Sememangnya Ayman lagi manis dari gula.

+Sayang da ready. Hati-hati driving. Enjoy your day today. And always put me in your heart. I rindu you and love you so much.

Senyum mekar dibibir Dania tapi message Ayman hanya dibiarkan tanpa balasan. Dania pantas berkejar ke kereta menghidupkan enjin. Belum sempat duduk di kerusi pemandu, handphonenya mula berlagu tanda ada yang menelefon. Skrin handphonenya dipandang, nama Ayman tertera diatasnya.

"Hello. Sayang da breakfast ke?" Tanya suara dihujung talian.

"Sudah." Jawab Dania pendek. Sengaja enggan melayan. Takut Ayman naik lemak.

"Jam berapa sayang start training ni?" Tanya Ayman lagi.

"Jam 10 pagi I ada practise muay thai. Lepas tu jam 2 ada introduction class for kids. " Pendek jawapan Dania. Masih acuh tak acuh.

"Kenapa sayang tak reply message I?" Ayman bersuara dihujung talian.

"I nak cepat you. I da lambat. Sorry yer. You tak kerja ke ni? Nampak sangat you banyak masa nak kacau I kan? Ke you curi tulang ni?" Dania menceceh panjang.

"I baru sampai office sayang. Untuk sayang, I busy macam mana pun I akan luangkan masa. Sayang I ni lagi penting dari semua kerja I ni." Ayman keluar dari kereta selesai memakirkan keretanya.

"Ehmmm...I tak rasa nak beli minyak jualan Encik Ayman hari ni, sebab today I sangat busy. Ok bye. Jangan lupa pi solat jumaat. Jangan call I lagi." Tanpa ada rasa bersalah Dania menamatkan perbualan. Dibibirnya tersunging senyum nakal. Butang off ditekannya, serentak terdengar ketawa besar Ayman dihujung talian. Ayman melangkah laju menuju ke lift.

Minah Sado...Ko Ado??Where stories live. Discover now