Bab 32

74 2 0
                                    


"You ni free sangat tak kerja ke?" Tanya Dania ketika tangannya lincah membuka pagar rumah.

"Sunday sayang. I off. You nak pi mana-mana ke sebelum kita amik umi dan baba kat airport?" Giliran Ayman menyoal sebelum kaca mata hitam Rayban yang dipakai ditanggalkan sebelum disangkut pada kemeja putihnya. Mata Dania tak lepas memandang Ayman.

"Aduiii..kenapalah you ni I tengok bercahaya macam bulan yang cantik sangat. Bersinar terang macam bintang dilangit gelap. Memang dari dulu ke you ni menawan macam ni." Kata pujian yang hanya disimpan Dania dalam hati. Tidak mungkin dan tak sanggup untuk dia luahkan. Sia-sia nanti jadi bahan usikan Ayman.

"I tau lah I menawan macam bulan mengambang..bersinar macam bintang gemerlapan. Tapi I takut jugak kalau you asyik pandang I macam tu. Takut I tak tahan rasa nak peluk you." Usik Ayman berlagak seolah ingin memeluk. Dania yang terkejut memgangkat kedua belah tangannya ke dada dengan pantas. Hairan rasanya kerana Ayman seolah bisa mendengar suara hatinya.

Sedar yang dia dipermain oleh Ayman, Dania bersuara, "Apa pulak tengok you? I tengah tengok tembok kat belakang you tu hah...ehmmm..I rasa nak kena cat ni. Nak suggest lah dengan along dan angah nanti." Sambil dia pura-pura sibuk meneliti tembok pagar dibelakang Ayman sebelum terus masuk ke dalam rumah.

Ayman hampir tergelak besar melihat gelagat Dania yang degil enggan mengaku namun ditahan dari terhambur.

"I pi mandi dulu k. You buat lah rumah ni macam rumah orang lain. Jangan nak buat macam rumah sendiri. Beradab sikit. Jangan nak lebih-lebih." Laju Dania mendaki tangga menuju ke bilik.

Ayman tersengih kemudian berlalu ke dapur mengambil segelas air sebelum melayan diri sendiri di ruang depan. TV on. Buat macam rumah orang dan duduk dengan sopan, desis Ayman tersenyum sendiri.

Bosan melayan TV yang entah menayangkan cerita apa, Ayman terpandangkan gitar kayu Haikal yang tersandar elok ditepi dinding. Gitar itu dicapai dan mula dipetik.
Jejarinya sibuk membetulkan tiun gitar dalam pelukannya.

Tiun yang mengasyikan mula kedengaran. Sayup-sayup suara Ayman mendendangkan sebuah lagu. Sedap didengar telinga. Mampu mempersona walau tidak sehebat gaya pemuzik lagenda.

You can be the peanut butter to my jelly
You can be the butterflies I feel in my belly
I can be the captain
And you can be my first mate
You can be the chills that I feel on our first date

I can be your hero
And you can be my sidekick
You can be the tear that I cry if we ever split
You can be the rain from the cloud when it's stormin'
Or you can be the sun when it shines in the mornin'

Don't know if I could ever be
Without you 'cause girl you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need
'Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

'Cause you're the one for me, for me
And I'm the one for you, for you
You take the both of us, of us
And we're the perfect two
We're the perfect two
We're the perfect two
Baby you and me
We're the perfect two

I can be your prince and you can be my princess
You can be the sweet tooth I can be the dentist
You can be the shoes and I can be the laces
You can be the heart that I spill on the pages
You can be the vodka and I can be the chaser
You can be the pencil and I can be the paper
You can be as cold as the winter weather
But I don't care as long as we're together

Don't know if I could ever be
Without you 'cause girl you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need
Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry..

Alunan muzik dan nyanyiannya mula perlahan dan berhenti saat melihat Dania menuruni anak tangga. Dania memandang Ayman lalu menjongketkan keningnya.

"Kenapa berhenti. Tak sangka awak pandai main dan nyanyi pun boleh tahan." Puji Dania ikhlas.

"Takut kalau I terus nyanyi ramai artis Malaysia ni gulung tikar, sebab kehebatan I." Ayman membangga diri. Dania mencebik bibirnya. Perasan hebat mamat ni, tapi memang hebat pun mamat ni, pujinya cuma dalam hati. Langkahnya laju menuju ke dapur.

"Kalau setakat lagu ko tu tak payah lah nak membangga sangat, Man."

Terkejut Ayman dan Dania melihat Haikal muncul tiba-tiba.

"Sorrylah kacau angah tidur. Sedap sangat ke Man nyanyi." Ayman tersengih mengusik.

"Ehmm..nak komen jujur ke atau nak komen baik hati?" Duga Haikal yang sudah duduk di sofa.

"Jujurlah sayang..aku tak menyangka bila semua jelas tak berbeda. Bila nanti aku yang harus pergi kuterima walau sakit hati." Ayman mula menyanyikan setangkap lagu yang familiar pada pendengaran Dania, tapi tak tau lagu apa. Dengan penuh penghayatan. Dania memang failed bab ingat-ingat tajuk lagu dan nama penyanyi ni. Memang ke laut lepas lah jawabnya.

"Berikan satu tepukan yang gemuruh buat artis muda ini. Sangat- sangat membanggakan. Ini lah ciri-ciri adik ipar yang saya cari selama ini. Finally I found you bro.." Haikal bertepuk tangan kononnya memberikan standing ovation atas persembahan Ayman tadi.

Sambil keduanya ketawa berdekah berpelukan dan saling memuji antara satu sama lain, Dania hanya menggeleng tidak percaya melihat gelagat dua lelaki dewasa itu. Menyampahnya. Rasa nak tumbuk pun ada. Biar dua-dua jadi biul terus. Serius menyampah.

"Hahhh..cepat. Tak abis lagi saling memuji dan memuja. I nak pi pasar dulu. Nak cari barang basah nak masak untuk umi dan baba. Dan tolong jangan buat lagi aksi melampau tadi. Geli...tau tak?"

Keduanya terkejut melihat Dania sudah berdiri di depan pintu. Tidak memperdulikan kedua lelaki itu dia terus melangkah keluar. Haikal dan Ayman mula saling berbalas bahasa isyarat yang hanya mereka berdua mengerti. Serius menyebalkan, fikir Dania.

"Okey captain, kita nak ke mana? Cuma sebelum tu kita pi breakfast dulu yeah sayang. I lapar ni. Boleh tak?" Tanya Ayman serentak jarinya memutarkan kunci menghidupkan enjin kereta. Membuat muka itik meminta belas ihsan Dania.

"You ni memang comel dan manja dari kecik ke? Kenapa sampai sekarang pun masih comel ni. Manja yang amat pulak tu." Bisik hati kecil Dania sambil matanya tak berkelip memandang Ayman.

"I dari kecik memang comel macam ni." Ayman menjawab seolah-olah dia mendengar segala isi hati gadis disebelahnya itu. Dania menjadi gugup. Mula mengalih  matanya jauh dari Ayman. Pandangannya ditala keluar tingkap. Cuba meredakan hati yang tadinya hampir meletup.

"You nak makan apa? Kat mana?" Dania mula menyoal bila kereta sudah mula bergerak.

"Ehmmm...I nak makan something yang sweet lah rasanya."

"Yang sweet tu apa?"

"Anything lah." Nada Ayman beriak selamba.

"Something anything terpelanting tu apa benda? Bagitau lah bagi jelas. Yang sweet macam mana? Kena jelas." Dania tak puas hati.

"Something yang sweet macam you."
Jawab Ayman dengan nada suara yang serius. Matanya tetap tidak lari memandang ke hadapan. Serius dengan pemanduannya.

Bagai berjuta rama-rama terbang girang dalam perut Dania ketika ini. Seolah masa pun turut terhenti. Bunyi jantungnya berdetak kedengaran lebih laju dari deruan enjin kereta Ayman.

"Why is this collywobbles things happen to me Ya Allah. Ya Allah Ya tuhanku, tolonglah jaga jantungku agar tak terhenti berdegup." Doa Dania dalam hati. Entah apa-apa doa yang dipohon.  Kerana sesungguhnya dia sendiri ikut keliru.

Minah Sado...Ko Ado??Where stories live. Discover now