Bab 15

137 5 1
                                    

Ayman melenggang masuk ke dalam rumah dengan rasa hati yang gembira. Sambil bersiul kecil kunci keretanya diputarkan berkali dijari. Walaupun bukan seperti apa yang dia inginkan namun segalanya berjalan dengan baik antara dia dan Dania. Dania tidak sedingin sebelum ini. Malah Ayman nampak sisi baru Dania yang amat disukainya.

Dania yang baru ini, luarannya kelihatan agak sombong tapi dalamannya Dania yang lama masih menyorok menanti masa meminta untuk dibebaskan. Dia terpana seketika dengan perilaku Dania ketika melayan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima atau enam tahun yang menangis kerana lelah menantikan ayahnya yang datang untuk menderma darah. Sungguh sabar Dania melayan gadis kecil itu. Sungguh polos dan jujur. Sungguh dia terpukau.

Ain yang sedar dengan kepulangan Ayman cepat-cepat membukakan pintu untuknya.

"Hey Ain."

"Ehmmm...walaikumsalam." sindir Ain.

"Ehhh..errkkk..assalamualaikum.." Ayman tersengih menyedari kesilapannya.

"Dunia sekarang da terbalik, yang kat dalam pulak yang kena bagi salam. Yang kat luar tak reti-reti nak beradab...siap main hai hai lagi." Ain membebel dengan muka mencuka.

"Aku tau kau marahkan aku keluar dengan Dane tak bawak kau kan.. thanks a lot and sorry Ain...besok aku bawak kau dengan Dane keluar k."

"Ehmmm...da selamat sahabat aku tu ko hantarkan balik?" Ain menjawab sebelum bertanya dengan renungan tajam.

"Selamat..bakal adik ipar kau tu da selamat aku hantarkan depan pintu pagar rumah dia lagi. Kalau boleh aku nak hantar sampai depan pintu bilik lagi, tapi apakan daya." Ayman tersenyum nakal.

"Gara-gara kau, dia message tadi, aku terpaksa pura-pura cakap yang aku busy hari ni. Dan aku sehari menghadap tv yang entah apa-apa ni." Ain mengomel.

"Thank you Ain...sebab memahami dan sudi bantu aku. Kau lah kakak kesayangan aku dunia akhirat...da lah cantik baik pulak tu." Kata Ayman mencium pipi Ain sebelum dia bergerak naik dengan gembira.

"Besok kita hangout bertiga k." Jerit Ayman sebelum dia hilang dibalik pintu meninggalkan Ain yang sedang mengelap pipinya.

Ayman menghempaskan badannya dikatil sebelum dia mendarat dengan agak kasar. Berguling beberapa kali sebelum dia berpusing dan bertiarap menyembamkan mukanya pada bantal. Dan ada senyuman terbit dari bibirnya saat dia mengingat Dania.

*****

"Ayman..ko tau tak blood group ko O Rh-ve?" Tanya Dania sejurus dia memperoleh keputusan ujian darah Ayman dari Zain tadi. Aku hanya menggeleng sambil mengangkat kedua bahunya sebagai tanda tidak tahu.

Bukannya aku pernah nak pi check pun. Takde keperluan, fikir Ayman acuh tak acuh. Walaupun semasa zaman mereka masih bersekolah dan menjadi atlit dia pernah menjalani blood doping test bagi memastikan mereka tidak menggunakan sebarang jenis ubatan atau dadah terlarang. Namun untuk mengambil tahu tentang jenis darahnya tidak langsung, kerana apa yang dia kisahkan ketika itu hanya resultnya.

"So? Why?" Tanyaku dengan acuh tak acuh. Tapi lebih berbau cemburu.

Of course i'm jealous, jawab Ayman dalam hati pada hatinya yang sedang busy berperang dengan akal warasnya. Hati lelakinya sedikit terusik melihat kemesraan Dania dengan lelaki lain dan nasib lelaki itu baik kerana akalnya masih waras untuk menilai. Dania ni pun satu, kalau dengan orang lain bukan main lembut bahasanya, tapi dengan aku kasar dan dingin semacam, umpat hatinya. Bengang. Tapi sayang lebih mengatasi.

"Ayman..nah amik ni" Dania menghulur sebotol kecil jus oren dan sebiji pisang sebelum dia duduk dikerusi bersebelahan dengan kerusi malas dimana aku ditempatkan.

Minah Sado...Ko Ado??Where stories live. Discover now